Jihee membuka matanya perlahan-lahan dan wajah pertama yang dilihat adalah wajah Hyunjin di sebelahnya. Lelaki itu sedang memandang dia.
"Sekarang pukul berapa?" soalnya lemah.
"Baru pukul tiga pagi,"
"Tiga pagi? Kenapa awak tak tidur?" soal Jihee pelik.
Tidak penatkah lelaki itu setelah apa yang mereka lakukan semalam?
"Saya takut," balas Hyunjin.
"Takut apa?"
"Takut yang semua ni mimpi je. Kalau saya buka mata nanti, Noona sebenarnya takde dengan saya pun,"
Jihee tertawa perlahan.
"Ini bukan mimpi. Saya betul-betul dengan awak sekarang," pipi Hyunjin diusap lembut.
"Ya ke? Cuba try kiss kat sini dulu?" jari telunjuknya diletakkan di bibir.
"Jangan nak mengada," bahu Hyunjin dicubit manja.
Lelaki itu ketawa sebelum menarik tubuh Jihee lebih rapat dengannya. Kepala Jihee direhatkan di dadanya.
"Tapi serius saya cakap, saya memang tak percaya yang saya akan ada dengan Noona macam sekarang," ujar Hyunjin.
"Wae?"
Jihee mendongak sedikit untuk melihat wajah Hyunjin.
"Sebab Noona pernah cakap yang saya ni cuma kesilapan yang Noona pernah buat. Waktu tu saya rasa macam saya memang takkan ada peluang dengan Noona. Apa yang Noona cakap pagi kat rumah Noona tu lagi lah buat saya rasa yang saya memang patut mengalah,"
"Mianhei,"
Hyunjin mencium puncak kepala Jihee.
"Saya yang patut minta maaf sebab buat Noona macam tu dulu. Saya langsung tak fikirkan Noona dan ikut hati saya je. Mianhei,"
Jihee memusingkan badannya dan meniarap di sebelah Hyunjin. Tangannya memegang pipi Hyunjin.
"Saya dah maafkan awak. Saya tahu apa yang awak lalui lepas tu lagi teruk. Saya ingatkan saya je yang tersiksa, rupanya apa yang awak lalui lagi susah dari saya. Sekurang-kurangnya saya masih ada Taeyong Oppa dengan saya waktu tu. Tapi awak—," Jihee tidak sanggup menghabiskan ayatnya.
Kalau dia rasa susah, apatah lagi Hyunjin yang melalui semua itu.
"Saya rasa Jisung cerita separuh jalan je ni,"
"Apa maksud awak?"
"Saya memang macam orang gila lepas apa yang dah jadi. Tapi ada seorang perempuan kaya ni muncul dan selamatkan saya dengan Yunseong. Syarikat yang saya kerja sekarang ni, dia punya lah,"
Automatik wajah Jihee berubah.
"Awak ada sugar mummy?"
Hyunjin ketawa mendengar soalan itu.
"Omma saya lah,"
"Awak dah berbaik dengan dia?"
"Ya. Noona sendiri pernah nasihatkan saya untuk maafkan dia kan? Lagipun dia je keluarga yang kitorang ada,"
"Happynya saya dengar," pipi Hyunjin dicubit.
"Noona pula? Jaehyun sunbae tu memang Noona betul-betul cintakan dia ke?"
Jihee terdiam. Hampir lupa tentang tunangnya itu. Tadi Jaehyun ada menelefonnya namun dia tidak mengangkatnya.
"Aniya. Jaehyun tu saya dah anggap dia sebagai abang saya dah. Dia yang jaga dan temankan saya waktu Taeyong Oppa kerja. Dia ada dengan saya setiap masa. Dah dua kali saya tolak lamaran dia jadi kekasih dia. Cuma kali ketiga tu, saya terlalu benci dan nak mengelak dari awak. Sebab tu saya terima dia,"
"Tapi sekarang Noona dah jadi tunang dia," ada nada kesal dalam suara Hyunjin.
"Awak sanggup sorokkan dulu hubungan ni sementara saya selesaikan semuanya dengan Jaehyun?"
Hyunjin mengangguk.
"Saya akan tunggu Noona dan takkan lepaskan Noona lagi kali ni," tangan Jihee dikucup.
Jihee tersenyum sebelum memeluk Hyunjin.
"Saya pun. Saya tak sanggup nak berpisah dengan awak untuk kali kedua,"
***
"Yaa, lama lagi ke?"
Hyunjin menolak sedikit Jihee dari pelukannya.
"Saya tak ready lah nak berpisah," ujarnya.
Jihee ketawa perlahan. Sepanjang tiga hari dua malam di Jeju, dia asyik bersama dengan Hyunjin. Mereka sentiasa mencari peluang untuk bersama tanpa dicurigai oleh rakan sekerja yang lain.
"Kan kita dah janji yang kita akan tetap jumpa kat sini," lengan Hyunjin diusap.
"Betul?"
Jihee mengangguk. Kalau ikutkan hati dia masih belum puas menghabiskan waktu dengan lelaki itu. Rasa seperti dia ingin mengajak Hyunjin supaya mereka memanjangkan lagi tempoh mereka di Jeju.
"Esok kita ada meeting lagi kan? Apa kata kita keluar lunch sekali?"
"Okay. Kita jumpa esok,"
"Dah halau saya?"
"Aniya. Tapi awak kena balik rehat. Kita dah lah baru sampai lepas tu awak offer diri nak hantar saya sampai rumah pula,"
"Okay. Noona pun pergilah rehat. Malam nanti saya call Noona," pipi Jihee dielus lembut.
"Okay,"
Hyunjin mencium bibir Jihee sekilas sebelum keluar dari kereta dan mengambil bagasi Jihee. Kemudian dia menunggu sehingga gadis kesayangannya itu masuk ke rumah terlebih dahulu sebelum dia memandu pulang.
YOU ARE READING
Mistake
Фанфик"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|