27

120 14 5
                                    

"Oppa,"

"Ya sayang, kenapa?" Taeyong memandang adiknya sekilas.

Jihee bermain dengan jarinya sendiri. Dia memandang Taeyong yang sedang memandu itu. Mereka baru sahaja pulang dari majlis perkahwinan kawan Taeyong.

"Jihee ada nak cakap apa-apa ke?" soal Taeyong bila adiknya itu diam.

"Oppa sayang Jihee tak?"

Taeyong ketawa mendengar soalan itu.

"Soalan apa ni? Kalau Oppa tak sayang, lepas Omma Appa takde dulu, Oppa tinggalkan Jihee tau,"

Sebelah tangannya mengusap kepala si adik.

"Kalau satu hari nanti Jihee tiba-tiba ada buat salah atau kecewakan Oppa. Oppa akan sayang Jihee lagi?"

Taeyong mengerutkan dahinya.

"Jihee ada niat nak buat Oppa marah ke?"

Jihee menggeleng.

"Saje tanya," ujarnya.

"Jihee ah, Jihee sorang je adik Oppa tau. Kalau betul Jihee ada buat salah pada Oppa, Oppa tetap kena maafkan Jihee kan? Takkan Oppa nak benci Jihee pula. Eh, tapi adik Oppa ni nak buat apa? Rasanya Jihee budak baik kan?"

Jihee mengetap bibirnya. Satu perasaan takut mula muncul dalam dirinya. Abangnya itu terlalu percayakan dirinya.

Sepanjang perjalanan, Jihee hanya memandang keluar tingkap. Fikirannya makin berserabut.

Sampai sahaja di rumah dia terus ke biliknya. Telefon bimbit dari beg tangan yang dibawanya tadi dikeluarkan.

Nombor Hyunjin didial. Dia perlu juga berjumpa dengan lelaki itu untuk menyelesaikan semuanya.

"Hello, Hyunjin ah,"

"Hello,"

Jihee terdiam. Itu bukan suara Hyunjin sebaliknya suara seorang perempuan.

"He-hello, Hyunjin ada?"

"Hyunjin? Ah, dia tengah mandi. Eonnie ni siapa? Kakak dia eh?"

"Saya-,"

"Siapa?"

"Kakak You,"

"Kakak?"

"Maybe. Nah ambil lah. I nak mandi,"

Jihee menekup mulutnya mendengar perbualan di hujung talian. Dia kenal suara itu. Itu memang suara Hyunjin.

"Wae?"

"Hyunjin, awak dekat mana?"

"Rumah kawan. Noona nak apa?"

"Kawan? Kawan apa yang-,"

"Noona tak study? Next week dah start exam kan? Saya tak nak kacau Noona. Saya letak dulu,"

"Hyunjin-,"

Panggilan sudah dimatikan. Jihee terus terduduk di lantai biliknya. Air matanya mengalir lagi.

Sekali lagi perasaan takut itu datang. Takut jika Hyunjin membuangnya selepas ini. Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi.

***

"Aku perasan sekarang kau dah jarang lepak dengan kitorang?"

Hyunjin yang sedang mengemas bukunya itu memandang Seungmin.

"Mana ada. Aku sekarang malas nak keluar lah," bohongnya.

Sedangkan sebenarnya dia sibuk dengan Hyewon. Melalui Hyewon, dia belajar pergi ke kelab malam dan berhibur di sana. Siapa sangka gadis seperti Hyewon sudah biasa dengan aktiviti begitu. Dan dia juga mempunyai 'orang dalam' yang membolehkan pelajar sekolah seperti mereka masuk ke tempat itu.

Sudah tentu hal itu tidak diketahui oleh kawan-kawannya. Mana mungkin dia akan memberitahu mereka. Dia berhubungan dengan Hyewon pun mereka tidak tahu. Semuanya kerana di sekolah mereka seolah tidak mengenali satu sama lain.

"Tch, aku ingatkan kau dah tak sudi lepak dengan kitorang,"

"Appa aku kan takde. Aku kena lah make sure adik-adik aku duduk diam kat rumah. Abang harapan kan,"

Seungmin ketawa mendengar itu.

"Aku balik dulu lah. Jangan lupa bawa pendrive tu esok,"

Seungmin mengangguk dan menghantar Hyunjin ke luar rumah.

Setelah melambai ke arah sahabatnya itu dia memecut motosikalnya laju. Sehinggalah dia melalui kawasan taman permainan yang biasa dikunjunginya. Motosikalnya diberhentikan di tepi jalan.

"Haish,"

Dia turun dan menanggalkan topi keledarnya. Kakinya melangkah ke arah taman permainan tersebut.

"Noona,"

Bahu gadis yang sedang duduk di salah satu bangku panjang di situ disentuhnya.

"Hyunjin?"

Jihee nampak terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Earphone yang tersumbat di telinganya ditanggalkan.

"Buat apa kat sini? Dah lewat kan?" soal Hyunjin.

"Saya rindu awak. Dah lama kita tak jumpa kat sini," ujar Jihee perlahan.

Hyunjin tersentak.

"Awak balik lah, tak perlu teman saya. Saya akan balik sekejap lagi," ujar Jihee.

Hyunjin terus memerhatikan gadis itu. Dia perasan yang Jihee memakai hoodie yang bersaiz besar dari biasanya.

"Noona," dia mengambil tempat di sebelah gadis itu.

"Tak sejuk ke?" jaketnya ditanggalkan dan dipakai kan pada Jihee.

"Hyunjin ah, awak dah tak sayang saya ke?" soal Jihee.

Hyunjin mengusap pipi Jihee.

"Kenapa tanya macam tu?"

"Sebab semalam tu. Siapa yang-,"

Hyunjin terus mencium bibir Jihee membuatkan ayat Jihee tidak sempat habis. Jihee yang sememangnya rindukan teman lelakinya itu mula membalas.

"Saya sayang awak Hyunjin ah," ujar Jihee.

Hyunjin tidak membalas sebaliknya dia menarik Jihee ke dalam pelukannya. Belakang badan gadis itu diusapnya. Namun dia langsung tidak membalas ungkapan sayang dari Jihee tadi.

Mistake Where stories live. Discover now