33

121 17 15
                                    

Jihee menggeliat kecil setelah dia menutup komputer ribanya. Mug yang berada di atas meja sejak tadi dicapai untuk dibawa turun ke bawah dan dicuci.

Saat dia sampai di dapur baru dia sedar sesuatu.

"Hujan? Patutlah sejuk semacam,"

Mug dicuci dan diletak di tempatnya kembali. Dia kemudian ke ruang tamu untuk menutup lampu. Memandangkan esok cuti, dia merancang untuk menonton drama di biliknya sahaja.

Saat dia ingin mematikan suis lampu, hatinya terdetik untuk melihat ke luar rumah. Dia menyelak sedikit langsir dan memandang ke luar.

"Gila!"

Kakinya dengan laju melangkah ke pintu. Sempat dia mencapai payung yang berada di tepi rak kasut sebelum dia keluar.

"Hwang Hyunjin!"

Dia berdiri di hadapan lelaki yang sedang duduk memeluk tubuh sambil bersandar di kereta itu.

"Noona? Saya ingatkan Noona takkan keluar," dia tersenyum.

"Awak ni kenapa? Dah gila duduk dalam hujan macam ni?" soal Jihee sedikit menjerit.

"Kan saya dah cakap saya takkan pergi selagi Noona tak setuju nak makan malam dengan saya,"

Jihee melepaskan keluhan berat.

"Tapi sekarang ni hujan lebat Hyunjin. Kenapa tak tunggu dalam kereta? Kenapa kena buat macam ni? Kalau awak sakit macam mana?"

"Noona risaukan saya?"

Jihee tidak menjawab sebaliknya dia menarik lengan Hyunjin sehingga masuk ke dalam kawasan rumah.

"Tunggu kat sini,"

Jihee masuk ke dalam dan muncul semula bersama tuala bersih. Tuala itu diserahkan kepada Hyunjin.

"Keringkan kaki awak lepas tu masuk bilik tu. Mandi dan tukar pakaian awak,"

Jihee meninggalkan Hyunjin dan ke dapur. Hyunjin membawa diri ke bilik yang ditunjuk Jihee. Dia tersenyum nipis bila mengenangkan wajah risau Jihee saat melihat dirinya di dalam hujan tadi. Dan senyumannya itu tidak hilang sehinggalah dia selesai membersihkan dirinya.

"Noona,"

Terkejut dia saat melihat Jihee berada di dalam bilik itu dan sedang memilih baju dari dalam almari di situ.

"Dah siap?" Jihee menoleh.

Dan wajahnya berona merah saat melihat Hyunjin yang hanya bertuala itu.

"Awak pilihlah baju mana yang awak muat. Ni semua baju Taeyong Oppa," kata Jihee sambil berjalan ke arah pintu.

Tidak mahu dia berlama di situ. Takut jadi perkara lain pula nanti.

"Noona sekejap," Hyunjin sempat memegang lengannya.

Dan kedudukan mereka sangat rapat saat itu.

"Gomawo sebab bagi saya tumpang berteduh," ujar Hyunjin.

Jihee menelan liurnya bila mendengar suara Hyunjin yang seakan berbisik itu.

"Takkan saya nak biarkan awak terus duduk dalam hujan macam tu? Nanti apa pula kata jiran saya," balas Jihee.

Hyunjin tidak membalas sebalikya dia terus memerhatikan wajah Jihee. Tidak sangka yang setelah hampir tujuh tahun, dia dapat menatap wajah itu dalam jarak yang dekat.

"Yaa, saya keluar dulu. Nanti jangan lupa keluar, saya ada buatkan teh panas untuk awak," pegangan Hyunjin pada tangannya dialihkan lalu dia terus keluar dari bilik.

Setelah pintu ditutup Hyunjin tertawa perlahan.

"Kiyowo,"

***

Jihee meletakkan comforter di atas sofa panjang yang diduduki Hyunjin.

Kerana hujan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti serta kilat dan petir yang tidak berhenti sejak tadi, Jihee merasa dia patut menawarkan Hyunjin untuk bermalam di rumah itu.

"Betul ni nak tidur kat ruang tamu je?" soal Jihee lagi.

Dia sendiri tidak tahu kenapa Hyunjin tidak mahu tidur di bilik Taeyong.

"Ya Noona. Dah berapa kali Noona tanya macam tu,"

"Okay. Saya naik dulu. Kalau nak apa-apa ketuk je pintu bilik saya," ujar Jihee.

"Kalau nak Noona?"

"Awak nak saya halau awak ke? Nak drive dalam hujan lebat macam ni?" soal Jihee.

"Mianhei, saya bergurau je,"

Jihee mengendahkan lelaki itu dan berjalan ke tangga. Baru sahaja di anak tangga pertama, bunyi petir yang kuat kedengaran lagi dan seluruh rumah tiba-tiba menjadi gelap.

"Argh!" automatik Jihee terjerit dan terjatuh.

"Noona!"

Hyunjin segera menyalakan lampu dari telefon bimbitnya. Dia mendapatkan Jihee yang berada ti tangga.

"Noona okay?"

Jihee yang sudah terduduk di tangga itu menggeleng perlahan.

"Kaki saya rasa sakit," ujarnya sambil memegang buku lali.

"Saya tolong,"

Hyunjin membantu Jihee bangun dan membawanya ke sofa kembali. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja kecil di hadapan mereka. Kaki Jihee dicapai dan diangkat lalu diletakkan di atas pehanya.

"Saya rasa kaki Noona terseliuh kut," ujarnya sambil membelek kaki gadis itu.

"Maybe. Kenapalah sekarang juga nak blackout?" rungut Jihee.

"Saya cuba urut sikit. Kalau sakit bagitahu saya," ujar Hyunjin dan mula mengurut kaki Jihee perlahan.

Di situasi Jihee pula, dia hanya memandang Hyunjin dengan bantuan cahaya dari telefon bimbit lelaki itu. Entah kenapa hatinya sedikit tersentuh bila dilayan begitu. Terus terlupa segala rasa bencinya pada lelaki itu.

"Noona?"

"Huh?"

Jihee sedikit tersentak bila bahunya disentuh Hyunjin.

"Noona berangan? Saya panggil dari tadi,"

"Wae?"

"Cuba gerakkan kaki Noona,"

Jihee menurut dan menggerakan sedikit kakinya.

"Dah okay sikit dari tadi. Gomawo," Jihee menurunkan kakinya dari peha Hyunjin.

"Saya naik dulu," Jihee bangun.

Tetapi mungkin nasibnya memang malang, kakinya tidak sengaja terpijak comforter yang meleret jatuh dari sofa menyebabkan dirinya terjatuh ke atas Hyunjin.

"Ugh,"

"Noona okay tak?" soal Hyunjin.

Suara itu kedengaran begitu dekat sekali. Jihee mengangkat wajahnya dari dada Hyunjin dan pandangan mereka terus bertemu. Dia merasakan tangan Hyunjin di bawah sana sedang memeluk pinggangnya.

Lama mereka diam dan saling berbalas tatapan sebelum Jihee tanpa sedar mengangkat tangannya dan menyentuh pipi Hyunjin.

Hyunjin mengeratkan lagi pelukan pada pinggang Jihee. Kemudian dia merapatkan wajah mereka dan menghapus jarak bibir mereka.

Mistake Where stories live. Discover now