"Oppa!"
"Kenapa?" soal Taeyong dengan senyuman.
"Jihee baru je masuk tak sampai sebulan, Oppa dah bagi Jihee projek baru untuk Jihee handle sendiri?"
Jihee mengambil fail yang dihulur Taeyong.
"Oppa tahu adik Oppa ni pekerja yang boleh diharap,"
Jihee menjeling Taeyong geram.
"Ala bagi lah Oppa chance nak relaks sikit. Kesian Jisoo sebab Oppa asyik busy je,"
Jihee menggulingkan mata ke atas.
"Okay fine. Tapi kena bagi Jihee anak buah baru,"
"Amboi, ingat air ke apa senang-senang je order anak buah macam tu,"
"Tak kira. Jihee nak anak buah baru. Kalau boleh nak kembar," ujar Jihee selamba.
"Wah, sesedap dia je,"
Jihee hanya ketawa melihat wajah abangnya itu.
"Eh, meeting dengan client ni harinu tau,"
"Oppa join?"
"Harini je. Lepas tu Jihee handle,"
"Allright,"
Perbualan mereka terhenti bila pintu bilik Taeyong diketuk. Setelah mendapat keiizinan, setiausaha Taeyong masuk.
"Wakil dari company untuk projek baru tu dah sampai," ujar Minjeong.
"Okay! Jom Jihee,"
Jihee bangun dan membetulkan pakaiannya. Fail tadi turut dicapainya sebelum lengan Taeyong dipaut untuk ke bilik mesyuarat.
Saat melangkah ke dalam ruangan itu, jantung Jihee bagaikan ingin gugur saat melihat salah seorang dari dua wakil syarikat itu.
"Jihee kenalkan. Yang ni Hwang Hyunjin. Yang ni pula P.A dia Yuna. Oppa pernah join charity event syarikat diorang tahun lepas,"
"Hyunjin," Hyunjin menghulurkan tangannya.
"Jihee. Lee Jihee," dia terpaksa menyambut juga huluran itu.
"Shall we start?" soal Taeyong.
"Sure,"
Sepanjang perbincangan itu Jihee langsung tidak dapat fokus. Perasaannya mula bercampur baur.
Setelah hampir tujuh tahun, sekarang dia perlu bertemu kembali dengan lelaki itu.Lebih menyakitkan dia perlu berkejasama dengan lelaki itu. Bermakna dia akan lebih kerap berjumpa dengan lelaki itu selepas ini? Sudahlah itu projek pertamanya, sudah tentu dia inginkan hasil yang terbaik.
"Jihee!" lengannya disiku Taeyong.
"Huh?" dia seakan baru tersedar.
"Tahulah Encik Hyunjin ni kacak, tapi tak perlulah tenung dia sampai macam tu," bisik Taeyong di telinganya.
Jihee terdiam. Dia tenung Hyunjin? Biar betul?
"Cik Jihee nampak macam banyak berfikir je," Hyunjin bersuara.
"Aniya. Mianhei sebab tak fokus," ujar Jihee sambil tersenyum kelat.
Perbincangan mereka berakhir setelah hampir dua jam di situ. Jihee dengan segera bangun kerana dia ingin segera pergi dari situ. Tidak sanggup dia berada dekat dengan Hyunjin.
"How about a lumch together?" Soal Hyunjin setelah mereka selesai mengemas segala dokumen.
"Good idea. But, saya tak boleh join. Dah janji dengan wife saya," tolak Taeyong.
"Tapi adik saya ni boleh temankan. Kan Jihee? Bolehlah korang berdua berkenalan sebab korang akan handle this project toogether,"
"Saya okay je. Tapi Cik Jihee—,"
"Saya—,"
"Don't worry lah. Dia baru lagi kat sini and selalu pesan food delivery je. Maybe you can bring her to a nice restaurant here,"
"Sure," Hyunjin tersenyum lebar.
Tetapi tidak Jihee. Rasanya seperti dia ingin membunuh Taeyong yang sesuka hati membuat keputusan bagi pihaknya.
***
Jihee memandang Hyunjin yang sedang bercakap di telefon di luar kereta sekarang. Perasaan marahnya makin menjadi-jadi terhadap lelaki itu.
Entah ke mana Hyunjin ingin membawa dia makan tengahari, dia sendiri tidak tahu. Yang pastinya, hampir dua pulu minit mereka di dalam kereta dan akhirnya mereka tersadai di tepi jalan kerana kereta lelaki itu tiba-tiba buat hal.
"Saya dah call mekanik. Dalam setengah jam lagi diorang sampai," ujar Hyunjin yang kembali duduk di kerusi pemandu.
"Setengah jam? Awak bergurau ke? Lagi setengah jam lunch hour dah tamat tahu tak?" soal Jihee geram.
"Saya dah call Encik Taeyong. Dia bagi kelonggaran untuk Cik Jihee masuk lambat sikit,"
Jihee mengetap bibirnya geram. Dia kemudian memusingkan badannya sedikit ke sebelah tingkap. Malas mahu menghadap lelaki yang menyakitkan hati itu.
"Noona,"
Matanya dipejam bila mendengar suara lembut Hyunjin itu. Entah kenapa dadanya terasa berat setelah panggilan itu keluar dari mulut Hyunjin setelah sekian lama.
"Saya tak sangka saya akan jumpa Noona lagi," sambung suara itu lagi.
"Saya minta maaf,"
Dan dia merasakan tangannya disentuh malah digenggam erat dan ditarik sedikit. Belakang tapak tangannya terasa dicium lembut.
Air mata yang hampir mengalir segera diseka dengan sebelah lagi tangannya. Dia berpusing menghadap Hyunjin dan satu tamparan diberikan kepada lelaki itu.
"Jangan sentuh saya sesuka hati awak lah Encik Hwang Hyunjin! And stop calling me Noona, saya bukan kakak awak," tangannya di genggaman Hyunjin ditarik.
"Kita kat luar sekarang. So saya boleh panggil Noona macam ni. Lagipun Noona tak rasa kelakar ke bila kita guna panggilan formal macam tu?" soal Hyunjin sambil ketawa perlahan.
"Awak nak saya tampar awak dekat sebelah kiri pula ke?"
"Anything for you," pipi kirinya disua di hadapan wajah Jihee dengan selamba.
Jihee mengetap bibirnya melihat perlakuan lelaki itu. Tangannya diangkat tinggi.
"Kacaknya teman lelaki saya," pipi Hyunjin diusap sebelum dicubit manja.
"Mestilah, Hwang Hyunjin memang kacak. Sesuai untuk si Noona cantik Lee Jihee,"
Jihee perlahan-lahan menurunkan tangannya kembali. Entah kenapa dirinya mengingat kembali memori semasa mereka bercinta tujuh tahun lepas.
"Noona gwaenchanha?" Soal Hyunjin cemas.
Dia perasan perubahan tiba-tiba gadis itu.
"Lama lagi ke mekanik nak sampai? Kalau lama lagi, saya rasa baik saya call teksi atau kawan saya untuk jemput saya kat sini,"
Hyunjin ingin menjawab namun telefon bimbit Jihee yang tiba-tiba berdering menghentikannya. Dan perasaan kurang senangnya muncul bila mendengar nama yang meniti di bibir Jihee saat mengangkat panggilan tersebut.
"Hello Jaehyun ah,"
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|