"Jadi sebab tu awak pilih untuk jadi playboy? Sebab awak tak suka perempuan lepas Omma awak pergi?"
Hyunjin mengangguk. Kali ini mereka berada di sebuah padang luas yang terletak beberapa kilometer dari pusat beli-belah tadi.
"Maybe tu salah satu sebab dia. Sebab yang lain, saya terlalu kacak. Rugilah kalau saya tak gunakan kelebihan saya ni,"
"Yaa!" bahu Hyunjin dicubit.
Hyunjin ketawa sebelum dia kembali bersuara serius.
"Saya puas bila tengok diorang merayu supaya saya tak tinggalkan diorang,"
"Tapi diorang tak salah. Bukan semua perempuan macam Omma awak,"
"Aniya. Diorang semua sama je. Nak kan duit saya. Sebab tu bila saya bayar diorang lepas kitorang-,"
Hyunjin berhenti. Dia hampir sahaja membocorkan rahsianya yang satu itu.
"Lepas korang?" Jihee mengerutkan dahinya.
"Lepas kitorang break. Saya akan bayar diorang supaya diorang tak kacau saya lagi," Hyunjin tersenyum kekok.
"Banyak betul awak bazirkan duit untuk diorang," Jihee tersenyum nipis.
"Sebab tu saya dah berhenti sekarang,"
Jihee menoleh memandang lelaki itu.
"Seriously? Rasanya haritu saya nampak awak dengan Minjeong dekat library. Berdua dekat rak paling hujung,"
"Oh, jadi Noona lah yang jatuhkan buku tu?"
"Saya terkejut sebab ingatkan takde orang kat situ," Jihee mengusap belakang lehernya.
Dia pergi ke rak hujung untuk meletakkan buku dan dia ternampak Hyunjin bersama seorang pelajara junior. Akibat terkejut, buku di pegangannya terlepas dan dia terus berlari pergi dari situ.
"Gomawo. Sebab Noona saya tak perlu layan dia. Kalau tak, habis bibir saya ni haa,"
"Yaa, awak cakap macam Minjeong tu desperate nak kan awak je,"
"Bingo!"
"Dia tu tak berhenti ganggu saya walaupun dah ada boyfriend. Macam terdesak sangat je. Tahu lah saya ni kacak,"
"Menyampah," Jihee menjeling Hyunjin geram.
Tak habis-habis nak puji diri sendiri.
"Asyik cakap tentang saya je. Noona pula? Dah jumpa pengganti Jaehyun Sunbae? Tadi saya tengok Noona macam sedih je bila nampak dia dengan Yeri sunbae,"
Jihee terdiam bila nama Jaehyun disebut.
"Belum. Entahlah tak rasa macam saya perlukan pengganti dia," balasnya.
"Kenapa?"
"Sebab awak,"
"Saya?" Hyunjin menunjuk ke arah diri sendiri.
"Sebab saya selalu kacau Noona?"
Jihee mengangguk.
"Saya kacau Noona sebab saya sukakan Noona," lelaki itu tersenyum.
"Haish, berapa kali saya nak cakap. Jangan guna taktik playboy awak tu pada saya," ujar Jihee geram sebelum dia bangun.
"Dah lah cepat, saya nak balik,"
Jihee ingin bangun namun Hyunjin menarik kuat tangannya sehingga dia kini berada sangat dekat dengan lelaki itu.
"Hwang Hyujin, awak buat apa ni? Lepaskan saya," bahu lelaki itu dipukul.
Namun Hyunjin malah memaut pinggang Jihee dan menariknya agar mereka lebih rapat. Jantungnya makin berdegup laju.
"Hyunjin, awak jangan macam-macam. Saya jerit nanti," Jihee masih cuba mengugut dan berusaha melepaskan dirinya.
"Sekejap. Sekejap je Noona,"
Hyunjin tiba-tiba mendaratkan kepalanya di bahu Jihee. Jihee yang tadi berusaha melepaskan diri, berhenti. Dia dapat mendengar suara esakan halus Hyunjin saat itu.
"Yaa, gwaenchanha?" soalnya risau.
Hyunjin menggeleng perlahan.
"Saya masih tak boleh terima yang dia dah ada anak lain selain kami,"
Jihee diam. Ternyata Hyunjin begitu kecewa dengan apa yang berlaku. Anak mana yang tak kecewa bila ibu bapa mereka memilih untuk bersama dengan anak orang lain berbanding diri mereka sendiri.
"Gwaenchanha Hyunjin ah. Awak boleh menangis," bahu lelaki itu ditepuk perlahan.
Dia juga mula membalas pelukan Hyunjin.
***
"Tuan Hyunjin,"
Hyunjin yang sedang duduk bermain telefon bimbit di ruang tamu itu mengangkat wajahnya lalu memandang pembantu rumah yang sedang berdiri berhampiran dengan sofa tempat dia berada.
"Tuan Hwang nak jumpa kat bilik kerja dia,"
Hyunjin mengangguk dan bangun lalu berlalu ke tingkat atas di mana bilik kerja bapanya berada. Dia mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk.
"Ada apa Appa?"
"Duduk,"
Tuan Hwang mengeluarkan sesuatu dari laci mejanya lalu diberi pada Hyunjin.
"Ini-,"
"Dia dah kahwin dengan lelaki tu tujuh tahun lepas. Itu anak tiri dia,"
Gambar yang berada di tangannya direnyukkan. Gambar ibunya dan remaja lelaki yang ditemuinya minggu lepas.
"Appa tahu dia dah kahwin?"
"Baru tahu. Diorang tinggal di Jepun selama ni. Baru je balik sini beberapa bulan lepas," ujar Tuan Hwang tenang.
"Appa tak berdendam dengan dia?"
Tuan Hwang ketawa perlahan.
"Takde guna nak berdendam. Benda dah jadi,"
"Jadi Appa maafkan dia? Appa dah lupakan apa yang jadi tujuh tahun lepas?"
"Hyunjin-,"
"Kenapa? Kenapa semua orang boleh lupakan semua tu macam tu je?" Hyunjin berdiri.
"Hyunjin, dia Omma kamu. Walau seteruk mana pun apa yang dia buat. Dia tetap Omma kamu dan adik-adik kamu,"
"Tak. Dia bukan Omma Hyunjin bila dia buat keputusan untuk tinggalkan kita tujuh tahun lepas. Hyunjin takkan maafkan dia sampai bila-bila,"
Usai menghabiskan ayatnya dia terus melangkah keluar dari situ. Pintu bilik kerja bapanya itu dihempas kuat menunjukkan rasa marahnya.
"Hyunjin, Hyunjin. Rasanya Appa waktu muda dulu takde lah keras kepala macam kamu,"
YOU ARE READING
Mistake
Fanfic"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|