32

129 19 115
                                    

"Noona!"

Jihee dengan segera mencari kunci kereta dari dalam beg tangannya. Akibat terlalu tergesa-gesa, dia terlepas beg tangannya. Habis berterabur barangannya.

"Saya tolong,"

Hyunjin membantu Jihee mengutip barangannya. Sehingg

"Thanks,"

Jihee kembali melangkah ke keretanya.

"Noona tunggulah!" lengannya ditahan Hyunjin.

"Jangan sentuh saya lah!" lengannya direntap.

"Okay sorry," Hyunjin menjauh setapak.

"Discussion kita dah habis tadi. Dan untuk pengetahuan awak, saya tak berurusan dengan sesiapa lepas waktu pejabat. Kalau ada apa-apa nak cakap, tunggu next discussion kita Encik Hwang,"

"Noona, saya—,"

"Berhenti panggil saya macam tu boleh tak? Saya bukan kakak awak lah!" Jihee merengus geram.

"Okay sorry. Saya nak bercakap dengan awak Jihee ssi. Penting," ujar Hyunjin serius.

"Saya dah cakap yang saya tak suka bercakap tentang kerja lepas habis office hour,"

Jihee membuka pintu belakang keretanya dan meletakkan fail kerjanya di situ. Kemudian dia ke bahagian pemandu pula dan membuka pintu.

"Ini bukan tentang kerja. Saya nak cakap tentang kita,"

Jihee yang baru ingin masuk ke kereta terhenti. Pintu kereta ditutup kembali dan dia berpaling memandang Hyunjin.

"Awak cakap apa? Kita?" Jihee tersenyum sinis.

"Please, bagi saya peluang untuk bercakap," rayu Hyunjin.

"Lima minit,"

"Kita bercakap dekat tempat lain nak? Maybe kita boleh dinner sekali dan—."

"Empat minit tiga puluh saat,"

Hyunjin meraup wajahnya melihat wajah serius Jihee saat itu.

"Okay, saya nak minta maaf. Saya tahu apa yang jadi dulu memang salah saya. It was a mistake. Please forgive me Noona," tangan Jihee dipegang.

"Mistake?" Soal Jihee dengan nada yang bergetar.

"Ya, it was my mistake. Saya—,"

Panggg!

Tangan Jihee menggeletar setelah dia melayangkan penampar ke pipi lelaki di hadapannya itu.

"Awak tahu, sebab awak punya mistake tu lah saya hampir gila tahu tak? Awak tinggalkan saya waktu saya betul-betul perlukan awak! Sebulan saya tunggu awak cari saya balik dan cakap yang awak cuma terlalu ikutkan perasaan dan tak berniat pun nak kita berpisah! Saya tunggu awak Hyunjin!"

"Tapi awak? Awak sibuk berhibur sana sini. Awak ingat saya tak tahu yang awak bercinta dengan budak baru kelas awak waktu tu? Awak memang betul-betul buang saya Hyunjin! Sampai saya jadi gila! Sampai saya tak boleh nak uruskan diri sendiri dan jatuh sakit. And the worst part is anak saya mati sebab keadaan saya yang macam mayat hidup waktu tu," air mata Jihee yang ditahan sejak tadi mengalir juga.

"Noona, saya minta maaf. Saya tahu ni memang salah saya. Saya dah dapat balasannya pun atas ap yang saya dah buat pada Noona dan anak kita," air mata Jihee diseka dengan jemarinya.

"Dia bukan anak awak lah! Awak tak layak pegang gelaran tu!" tangan Hyunjin ditepis.

"Noona–,"

"Awak tahu, kenal dengan awak, jatuh cinta dengan awak adalah kesilapan paling besar yang saya pernah buat Hyunjin ah. Saya menyesal sangat," sambung Jihee lagi.

"Noona, no. Jangan cakap macam tu. I love you Noona. Saya sayangkan Noona. Saya sedar semua salah saya selama ni. Kita mula semula hmm?" pipi Jihee disentuh.

Jihee menggeleng perlahan.

"Kisah kita dah lama tamat Hwang Hyunjin,"

"Aniya Noona. Saya tak pernah anggap kisah kita tamat. Kita cuma berhenti sekejap je. Bolehkan macam tu? Saya janji saya akan jaga Noona dengan baik kali ni. Kalau perlu, saya jumpa dengan abang Noona dan dapatkan izin dia. Hmm?"

Jihee tetap menggeleng. Dia membuka pintu keretanya dan mengambil sesuatu dari dashboard lalu diserahkan pada Hyunjin.

"Apa ni?"

Hyunjin mengoyak sampul putih yang diberikan Jihee itu.

"Jung Jaehyun?"

Jihee mengangguk.

"Saya akan bertunang dengan dia dua minggu lagi," ujar Jihee.

Hyunjin tertawa perlahan.

"Dua minggu lagi? Saya akan pastikan dalam masa dua minggu ni, Noona akan jatuh cinta dengan saya semula,"

Kad tadi dikoyak dan dilempar ke udara.

***

"Bunga lagi?"

Jihee mengeluh melihat jambangan bunga yang berada di hadapan pintu rumahnya. Dia tahu siapa pengirimnya.

Telefon bimbit di dalam beg nya dikeluarkan. Baru sahaja dia ingin mendial nombor seseorang, kedengaran bunyi hon kereta dibunyikan. Dia memandang ke arah luar pagar rumahnya.

"Dia ni memang dah gila ke apa?"

Bunga tadi dicapai dan dia terus meluru ke arah pemilik kereta yang juga pengirim bungan tersebut.

"Noona suka bunga tu?"

Hyunjin yang baru keluar dari perut keretanya tersenyum lebar.

"Awak ni kenapa hah? Saya dah cakap kan berhenti kirim bunga-bunga ni semua pada saya!" jambangan bunga itu ditolak ke dada Hyunjin.

Sudah hampir dua minggu dia menerima kiriman bunga dari Hyunjin. Bukan bunga sahaja, setiap kali mereka berjumpa untuk berbincang mengenai projek kerjasama syarikat mereka itu, ada sahaja yang dilakukan Hyunjin untuk memikatnya. Senang kata, mood 'playboy' dan 'sweet talker' zaman persekolahannya itu menguasainya sekarang.

"Kenapa? Bukan perempuan suka bunga ke?"

"Ya, perempuan memang suka bunga. Tapi sorry saya tak suka. Lebih-lebih lagi bila bunga tu dari awak!"

"Jadi kalau bukan bunga, Noona nak apa? Coklat? Teddy bear? Kek? Hmm—,"

"Ada. Ada sesuatu yang saya nak sangat,"

"Apa dia?" Soal Hyunjin teruja.

"Saya nak awak pergi dari hidup saya. Boleh?"

"Mianhei yang tu tak boleh,"

"Dah lah, baik awak blah sekarang!" ujar Jihee.

"Eh, lupa pula tujuan asal saya. Saya nak ajak Noona dinner malam ni. Jom?" lengan Jihee ditahan.

"In your dream,"

Jihee segera berpaling untuk masuk ke rumah.

"Kalau Noona tak nak, saya takkan pergi sari sini. Saya akan tunggu sampai Noona setuju,"

"Seriously? Tunggu lah awak selama mana yang awak nak. Saya tak kisah,"

Tanpa menoleh memandang Hyunjin, Jihee terus masuk ke dalam kediamannya kembali.

Mistake Where stories live. Discover now