Jihee melangkah keluar dari kedai serbaneka itu lalu berjalan untuk menuju ke keretanya. Pada masa yang sama, seseorang melangkah keluar dari farmasi di sebelah menyebabkan mereka berdua terlanggar satu sama lain.
"Mianhei,"
Jihee mengutip tin minumannya yang jatuh itu. Dia sempat melihat pek berisi ubatan milik orang yang dilanggar itu dan mencapainya.
"Maaf, saya tak sengaja," pek itu dihulur.
"Eo, Jihee Noona?"
"Jisung?"
Keduanya mula tertawa perlahan. Tidak sangka akan bertemu di situ.
"Noona tinggal dekat kawasan sini ke?" soal Jisung ramah.
Jihee menggeleng.
"Saya nak jumpa kawan tadi. Tapi dia tiba-tiba tak dapat datang,"
"Oh. Kalau macam tu, apa kata saya belanja Noona minum? Dekat depan sana ada kafe baru buka. Tu pun kalau Noona sudi,"
***
"Jadi Noona dah berbaik dengan Hyunjin?"
Jihee mengangguk.
"Lebih kurang. Kitorang kan kena uruskan projek dekat Jeju tu, nak tak nak saya kena berbaik dengan dia. Tapi as rakan sekerja je lah,"
"Faham. Noona, kalau saya tanya sesuatu boleh?"
"Tanya je lah,"
"Noona bencikan Hyunjin?"
Jihee diam. Dia sendiri masih keliru. Kalau ikutkan selepas apa yang terjadi dahulu, dia memang bencikan Hyunjin. Dia tidak ingin melihat atau mendengar nama lelaki itu lagi.
Tetapi bila mereka bertemu semula, lain pula jadinya. Dia makin selesa dengan lelaki itu sejak mereka kerja bersama. Perasaan benci dan menyampahnya itu semakin pudar bila melihat Hyunjin yang sekarang.
"Kalau ingat balik apa yang dia dah buat, saya memang bencikan dia. Saya—,"
"Mianhei Noona. Saya tak patut tanya walau macam mana saya curious sekalipun,"
Jisung mula serba salah. Sudahlah lama tak berjumpa, jumpa je tanya tentang sahabatnya yang pernah menyakitkan Jihee dulu.
"Gwaenchanha," Jihee tersenyum nipis.
"Oh ya, tadi awak pergi farmasi kan? Sakit ke?"
"Ah, saya tolong Hyunjin je. Dia tak berapa sihat,"
"Dia sakit apa?"
"Demam sikit je. Entahlah macam mana dia boleh kena hujan sampai demam macam tu. Dia pula sorang-sorang, saya lah yang jadi mangsa nak kena jaga dia,"
"Sorang? Dia tak tinggal dengan family dia ke?"
"Sekejap, Noona memang tak tahu apa-apa tentang Hyunjin ke?"
Jihee menggeleng.
"Sepanjang Noona contact dengan Seungmin untuk tujuh tahun ni, dia tak cerita apa-apa?"
Sekali lagi Jihee menggeleng.
"Hyunjin dia—,"
***
Hyunjin membuka pintu apartmentnya.
"Kenapa tak datang esok je?" soalnya.
"Ala sorrylah. Aku ada hal sikit tadi," Jisung melangkah masuk.
Jisung ke dapur dan mendapatkan air suam lalu dibawa pada Hyunjin bersama dengan ubat yang dibelinya tadi.
"Kau bila nak bagi kahwin? Kalau ada isteri takde lah nak harapkan aku setiap masa," bebel Jisung.
"Wah, soalan kau. Bagi girlfriend kau sini. Biar aku kahwin dengan dia," ujar Hyunjin geram.
"Yaa, kasar sangat gurauan kau ni!"
"Dah tu, tanya lagi soalan bodoh. Aku ni girlfriend pun takde,"
"Tch, kalau macam tu carilah. At least kalau kau sakit ada orang jaga,"
"Kau dah tak sudi nak jaga aku ke?"
"Bukan tak sudi. Sekarang ni bolehlah. Nanti aku dah kahwin, siapa nak tengokkan kau?"
"Kau tahu kan kenapa aku takde girlfriend sampai sekarang?" ada keluhan di hujung ayatnya.
Jisung ikut mengeluh. Dia salah buka topik pula dah.
"Yaa, aku nak minta maaf dengan kau," kata Jisung tiba-tiba.
"Dah kenapa pula kau ni?" soal Hyunjin hairan.
"Aku terserempak dengan Jihee Noona tadi and kitorang sempat minum-minum then tukar-tukar cerita,"
"Lepas tu?"
"Aku ceritakan semuan tentang kau. Apa yang jadi tujuh tahun lepas,"
"Semua?"
Jisung mengangguk. Hyunjin nampak terkejut sebelum dia menyandarkan kepalanya pada sofa.
"Dia patut tahu semua tu Hyunjin ah,"
"Untuk apa? Semua yang jadi pun salah satunya sebab balasan untuk apa yang aku buat pada dia,"
"Tapi dia kena tahu juga yang kau dah menyesal dengan perbuatan kau tu,"
"Aku dah beritahu dia. Aku dah luahkan semuanya, yang aku sayang dia, aku nak balik pada dia. Tapi dia dah pilih Jaehyun sunbae. They love each other. Aku tak nak jadi penghalang kebahagiaan dia,"
"Kau nak mengalah?"
"Orang dah tak sudi Jisung,"
Jisung menggelengkan kepalanya melihat wajah pasrah Hyunjin itu. Kalau lah dia tahu macam mana risaunya wajah Jihee saat dia memberitahu tentang Hyunjin yang tidak sihat tadi.
"Yaa, lepas projek resort tu aku ingat aku nak pergi dari sini,"
Jisung memandang Hyunjin.
"Pergi mana?"
"Hmm, tolong Chan Hyung dekat Australia maybe,"
"Habis tu siapa yang nak uruskan syarikat kat sini?"
"Yunseong ada,"
"Kau biar betul?"
Hyunjin mengangguk.
"Betullah. Ini yang terbaik rasanya,"
YOU ARE READING
Mistake
أدب الهواة"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|