"Masuklah,"
Jihee melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
"Awak dah sihat?" soalnya.
Ya. Lelaki itu demam dan atas permintaan Puan Jung, Jihee ke sana untuk menemaninya kerana pasangan Jung itu ada urusan di luar dan secara kebetulan, pembantu rumah mereka cuti.
"Sihat sikit dari semalam. Duduk lah, aku ambilkan air,"
Jihee tidak sempat menghalang lelaki itu yang sudah ke dapur. Dia kemudian mengambil tempat di sofa.
"Ni, minuman favourite kau kan?"
Jaehyun muncul kembali sambil meletakkan kotak susu pisang di hadapan Jihee. Manakala satu lagi diminum olehnya.
"Sejak bila awak minum susu pisang? Bukan awak tak suka ke sebelum ni?" soal Jihee.
Dia mencapai kotak minuman itu dan menikmatinya memandangkan tekaknya memang haus.
"Entah. Lepas kita break, aku tiba-tiba suka pula,"
"Uhukk!"
"Yaa!"
Jaehyun segera berpindah duduk ke sebelah Jihee yang tiba-tiba batuk itu. Dia mengusap belakang badan gadis itu.
"Kau okay?" soalnya.
"Okay,"
Jihee menolak perlahan tangan Jaehyun dan dia berganjak sedikit. Tidak selesa bila Jaehyun terlalu dekat dengannya.
"Yeri tak datang jenguk awak?" soal Jihee untuk memecahkan kesunyian.
"Aku demam ni sebab lepas bergaduh dengan dia kat dalam hujan,"
"Oh," Jihee membalas pendek.
"Tu apa tu?"
Jaehyun menunjuk ke arah beg kertas yang dibawa oleh Jihee tadi.
"Baru saya teringat. Saya bawakan kek coklat. Omma awak cakap awak takde selera nak makan nasi dan asyik nak makan benda manis je,"
Dia mengeluarkan bekas makanan yang berisi kek coklat itu lalu diletakkan di hadapan Jaehyun.
"Ni kek yang kau buat?"
Jaehyun sudah mencapai bekas itu dan sudu plastik yang dibawa Jihee.
"Ya. Kebetulan saya ada buat kek semalam," ujarnya.
"Lamanya aku tak makan kek kau,"
Jaehyun nampak begitu teruja. Jihee sekadar memerhati. Memang sewaktu mereka bercinta dahulu, dia sering memberi lelaki itu kek coklat buatannya.
"Kau nak?"
Jaehyun menunjuk ke arah kek itu.
"Takpe lah, saya dah-,"
"Makanlah,"
Jaehyun dengan selamba menyuap kek ke dalam mulut Jihee saat gadis itu sedang bercakap.
"Yaa!" Jihee memukul bahu Jaehyun.
Jaehyun hanya ketawa dan menyuakan lagi sudu di hadapan Jihee.
"Tak nak lah. Awak makan lah, saya bawa untuk awak,"
"Aku dah makan banyak. Tak baik membazir," ujar Jaehyun seakan memujuk.
Jihee akhirnya akur dan membuka mulutnya. Jaehyun tersenyum dan menyuap kek ke mulut Jihee lagi.
"Dah. Saya tak nak. Awak habiskan lah,"
Jihee menolak bila lelaki itu cuba menyuap nya lagi.Jaehyun tersenyum kelat sebelum menghabiskan baki kek tersebut.
YOU ARE READING
Mistake
أدب الهواة"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|