26

121 12 12
                                    

"Kau okay?" soal Seungmin.

"Kenapa pula tak okay? Tak nampak aku tengah fokus berperang ni?" soal Hyunjin kembali.

Seungmin hanya tersenyum hambar. Dia tahu apa yang terjadi di bilik rawatan di sekolah tadi. Kerana dia mengikut Hyunjin tanpa lelaki itu sedar.

"Kau dengan Jihee Noona okay?"

"Yaa! Kau ni banyak tanya lah! Kan aku dah kalah!" Hyunjin mengusutkan rambutnya sendiri.

Jisung dan Felix juga terkejut melihat Seungmin yang ditengking tiba-tiba itu.

"Haish, mianhei. Aku tak sengaja," bahu Seungmin disentuh.

"Kau ada masalah apa sebenarnya? Rehat tadi kau hilang, lepas tu masuk kelas kau tidur je. Kau kenapa?" soal Jisung.

"Aku-,"

Ding Dong!!!

"Siapa? Korang ada pesan makanan ke?" soal Jisung hairan.

"Pesan makanan apa? Kan Felix dah masak tadi,"

Jisung bangun dan menuju ke pintu untuk melihat siapa yang datang. Kemudian lelaki itu muncul semula.

"Hyunjin, Jihee Noona nak jumpa kau,"

Semua mata kini memandang Jisung.

"Kau bergurau?" soal Hyunjin.

"Ingat aku ada masa? Pergilah, kesian Noona tunggu lama kat luar,"

Hyunjin bangun juga dan berjalan ke arah pintu. Dia melihat Jihee yang berdiri sambil memandang lantai di hadapan pintu.

"Noona,"

"Hyunjin ah,"

Tangan Jihee terus ditarik ke dalam. Kemudian dia membawa Jihee ke salah satu bilik yang berada di rumah Jisung itu lalu mengunci pintu.

"Kenapa sampai datang sini?" soal Hyunjin.

Dia duduk di katil manakala Jihee berdiri di hadapannya.

"Saya call awak tak angkat," balas Jihee.

"Macam mana tahu saya kat sini?"

"Seungmin bagitahu,"

"Ada apa?" soal Hyunjin lagi.

"Awak marah saya ke Hyunjin? Kalau tentang Jaehyun tadi, saya minta maaf. Dia cuma tolong bawa saya ke bilik rawatan je. Saya-"

"Kalau sebab tu je Noona datang sini, saya malas nak dengar,"

Hyunjin bangun dan melangkah ke pintu.

"Saya mengandung Hyunjin ah,"

Tangan yang ingin memulas tombol pintu itu terhenti. Hyunjin berpaling dan mendapatkan Jihee kembali.

"Noona cakap apa?"

"Saya mengandung Hyunjin. Dah nak masuk dua bulan Macam mana ni?" tangan Hyunjin diambil dan digenggam.

"Anak saya ke?"

"Hyunjin!"

Jihee terkejut dengan soalan lelaki itu.

"Salah ke soalan saya?" soal Hyunjin sambil menarik tangannya perlahan-lahan.

"Yaa, awak tahu kan awak lelaki pertama yang sentuh saya?" mata Jihee sudah berair.

"Ya, saya tahu. Saya lelaki pertama. Tapi tak mustahil ada yang kedua dan seterusnya lepas saya kan?"

"Hwang Hyunjin,"

"Noona tak sedar ke Noona dah lama tak habiskan masa dengan saya? Noona sibuk jadi adik yang baik untuk abang Noona dan turutkan permintaan dia untuk terus berkawan dengan Jaehyun sunbae,"

"Jadi awak cuba nak cakap yang ni anak Jaehyun? Macam tu?"

"Maybe,"

Pangg!!

Hyunjin menyentuh pipinya yang baru ditampar Jihee.

"Sampai hati awak! Saya percayakan awak petang tu dah serahkan semuanya! Dan sekarang awak tuduh saya macam ni Hyunjin!"

Jihee menekup mulutnya dan terus berlalu keluar dari situ.

"Argh, bulls**t!"

Dia meraup wajahnya.

"Kau bodoh ke Hyunjin?"

Dia dengan segera melangkah keluar dari bilik dan meluru ke pintu utama. Dia perlu mengejar Jihee.

Mungkin nasibnya baik kerana lif kosong pada waktu itu. Sampai sahaja di bawah dia terus mencari Jihee yang dia yakin masih belum jauh.

Sehinggalah matanya terpandang sesuatu. Langkah kakinya terus terhenti.

Di kawasan parking lot itu, dia melihat Jaehyun yang sedang memeluk Jihee sambil mengusap belakang badannya.

"Salah ke apa yang aku cakap tadi?"

Dia mengenggam penumbuknya sebelum berpatah balik ke dalam bangunan apartment itu.

***

Hyunjin memberhentikan motosikalnya di hadapan sebuah rumah dua tingkat di kawasan perumahan mewah itu.

"You tinggal kat sini?" soal Hyunjin.

Hyewon yang baru menanggalkan topi keledar itu mengangguk. Dia menghulurkannya kepada Hyunjin lalu membetulkan rambutnya.

"Thanks sebab tolong I tadi dan hantarkan I balik," ujar Hyewon sambil tersenyum.

"Small matter,"

Sewaktu dalam perjalan pulang dari melepak bersama rakan-rakannya tadi, Hyunjin ternampak Hyewon yang diganggu lelaki mabuk di sebuah perhentian bas di bandar. Dia lantas menolong dan menawarkan diri untuk menghantarnya pulang.

"I masuk dulu,"

Hyunjin mengangguk. Tetapi baru sahaja dia ingin memakai topi keledarnya, Hyewon berpatah balik ke arahnya.

"Wae?" soalnya.

"You nak masuk dulu?" soal Hyewon sambil menyentuh lengan Hyunjin.

Hyunjin tersenyum nipis dan tertawa perlahan. Topi keledarnya diletakkan kembali lalu dia turun.

"Kajja," Hyewon menarik tangan Hyunjin.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Hyunjin tiba-tiba ditolak ke sofa.

"Wow, apa ni?" soalnya bila Hyewon duduk di pangkunya.

"Hmm, tanda terima kasih sebab tolong I tadi,"

"Seriously? I tolong sikit je,"

Hyewon ketawa suka.

"Wait,"

Tangan Hyewon yang menyentuh bahunya itu ditahan.

"Parents You-"

"Ah, I lupa nak bagitahu. I tinggal seorang. Maybe few months lagi baru diorang balik dari US,"

"Kenapa tak cakap awal-awal?" tangannya diletakkan di pinggang Hyewon.

"Girlfriend You, dia takkan marah kan kalau dia tahu You dengan I-,"

"I takde girlfriend,"

"Really? Bukan You bercinta dengan seorang sunbae tu ke?"

Hyunjin ketawa perlahan. Terbayang di fikirannya Jihee dan Jaehyun berpeluk tempoh hari.

"Tak penting lah. Sekarang ni kita nak buat apa?"

"You rasa?"

Hyunjin tersenyum lebar. Hyewon turun dari pangku Hyunjin dan menarik tangannya perlahan ke tingkat atas. Atau lebih tepat ke bilik tidurnya.

Di fikiran Hyunjin pada saat itu hanya satu. Dia mahu menghilangkan Jihee dan masalah mereka dari pemikirannya.

Mistake Where stories live. Discover now