40

122 19 17
                                    

"Awak marah?"

Jihee yang menggenggam kedua tanggannya itu menoleh memandang Jaehyun di sebelahnya.

"Awak tahu jawapannya Jaehyun," ujarnya.

"Tapi saya rasa tak salah pun. Taeyong Hyung pun mesti faham,"

"Tak salah? Awak nak percepatkan perkahwinan kita tanpa tanya pendapat saya, awak cakap tu tak salah?" Jihee cuba menahan suaranya agar tidak terlalu tinggi.

Terkejut dia bila Jaehyun tiba-tiba sahaja memberitahu orang tuanya yang mereka ingin mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka saat makan malam di rumah keluarga Jung tadi.

"Saya tahu awak takkan setuju kalau saya tanya awak dulu," ujar Jaehyun tenang.

"Habis tu? Kenapa awak buat juga?"

"Jaehyun jawablah!" jerit Jihee bila Jaehyun hanya diam.

"Sebab saya takut awak balik pada dia Jihee!"

Serentak dengan itu kereta yang dipandunya diberhentikan di tepi jalan.

"Awak cakap apa?"

"Saya takut awak balik pada dia. Saya sayangkan awak Jihee. Tujuh tahun saya tunggu awak, awak ingat saya nak biarkan je bila saya tengok awak dengan dia?"

"Si–siapa maksud awak?"

"Awak tak tahu atau buat-buat tak tahu?"

Jihee mengetap bibirnya. Mustahil dia tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Jaehyun.

"Jangan nak merepek Jaehyun. Saya tunang awak. Takkan lah saya nak buat macam tu,"

"Tiga kali Jihee awak batalkan lunch date kita sebab dia. Itu awak cakap takde apa-apa," Jaehyun menggenggam erat stereng keretanya.

"Tu semua sebab kerja lah Jaehyun. Lagipun bukan saya dengan dia je. Ada pekerja lain juga,"

"Pekerja lain?" Jaehyun ketawa sinis.

"Jaehyun–,"

"Awak nak tahu sesuatu Jihee?"

Jihee mula berasa takut melihat Jaehyun saat itu.

"Yuju dengan Younghoon sekarang kat Jepun. Diorang ke sana tiga hari lepas,"

Jihee tersentak. Kenapa dia boleh lupa tentang itu.

"Jaehyun ah, saya—,"

Jaehyun menepis tangan Jihee di lengannya sebelum dia kembali memandu. Jihee pula memandang ke luar tingkap dengan fikirannya yang mula berserabut memikirkan apa yang terjadi sekarang.

Saat mereka sudah masuk ke kawasan rumah Jihee, Jaehyun tiba-tiba tertawa sinis. Jihee yang sedikit keliru itu memandang ke hadapan di mana rumahnya berada. Dan di sana ada Hyunjin yang sedang duduk bersandar di kereta miliknya betul-betul di hadapan pagarnya.

"Saya tak rasa dia datang malam minggu ni atas urusan kerja," sambung Jaehyun lagi.

"Phone saya silent dari tadi. Maybe dia ada urusan penting," Jihee masih berharap Jaehyun akan

"Jaehyun,"

Jihee tidak sempat meghalang Jaehyun yang sudah keluar dari kereta. Tidak sempat dia ingin keluar, dilihatnya Jaehyun sudah mendapatkan Hyunjin dan menumbuk wajah lelaki itu.

"Jung Jaehyun!"

Jihee segera keluar dan menghampiri mereka. Dia menarik Jaehyun agar menjauhi Hyunjin.

"Awak ni kenapa? Tiba-tiba nak pukul dia?"

"Awak back up dia?"

"Habis tu awak nak saya back up awak yang tiba-tiba tumbuk dia?"

"Arghh!" Jaehyun mengusutkan rambutnya.

Kemudian dia mara ke arah Hyunjin dan mencekak kolar bajunya.

"Kenapa kau kena muncul semula hah? Lepas apa yang kau dah buat, kenapa kau kena datang balik?" soal Jaehyun menjerit.

"Sunbaenim, saya—,"

Bukk!!!

Sekali lagi wajahnya mendapat tumbukan dari lelaki itu. Kali ini lebih kuat menyebabkan dia hampir terjatuh namun sempat berpaut pada keretanya.

"Jaehyun berhentilah!" Jihee menarik lelaki itu.

"Jaehyun please,"

Jaehyun terkedu melihat cecair jernih di mata Jihee.

"Jihee," pipi gadis itu disentuhnya.

"Berhentilah," rayu Jihee.

"Saya sayangkan awak Jihee. Saya takkan lepaskan awak pada dia kali ni. Ingat tu,"

Jaehyun menolak Jihee darinya sebelum dia kembali ke keretanya dan memandu pergi dari situ.

"Noona okay?" bahunya disentuh dari belakang.

Jihee menggeleng dan terus memeluk tubuh Hyunjin lalu menangis semahunya. Entah kenapa ada rasa takut dalam dirinya. Takut jika dia perlu berpisah dengan Hyunjin lagi.

***

Jaehyun meraup wajahnya beberapa kali.

"Kenapa dia Jihee? Kenapa?" soalnya.

"Tujuh tahun aku ada dengan kau. Susah senang kau semuanya aku ada. Kenapa kau tetap nakkan dia?"

Kepalanya dihentak perlahan pada stereng kereta. Kejadian di pejabat Jihee beberapa minggu lepas bermain di fikirannya.

Dia ke sana untuk menghantar dompet Jihee yang tertinggal di keretanya setelah habis waktu pejabat. Setiausaha Jihee yang kebetulan berada di lobi memberitahu yang Jihee masih lagi di pejabat menyiapkan kerjanya.

Jaehyun keluar dari lif dan masuk ke dalam pejabat tunangnya itu. Kakinya terus ke sebelah kiri di mana bilik Jihee berada. Bunyi orang ketawa jelas kedengaran memandangkan pintu bilik itu sedikit terbuka.

"Noona jangan macam-macam. Pekerja Noona semua dah balik tau. Jangan sampai saya—,"

"Awak nak buat apa hah budak nakal?"

"Saya nakal ke Noona yang nakal ni hmm?"

Jaehyun menolak perlahan pintu bilik Jihee. Dan yang dilihatnya adalah Jihee yang sedang berciuman bersama seseorang di sofa yang berada di biliknya. Saat lelaki itu bergerak sedikit, Jaehyun dapat melihatnya dengan jelas. Mereka berdua terlalu menikmati masa bersama sehingga tidak sedar kehadiran dia.

"Hwang Hyunjin,"

Dan setelah kejadian itu, dia pernah datang ke rumah Jihee secara senyap-senyap dan jelas di matanya Hyunjin yang keluar dari sebuah teksi dan masuk ke rumah Jihee.

"Hwang Hyunjin tak guna! Kau ingat kau boleh dapat Jihee? Dalam mimpi kau je lah!"

Telefon bimbitnya dikeluarkan dan nombor seseorang didial. Tidak tunggu lama panggilannya bersambut.

"Hello Hyung, Jaehyun ada sesuatu nak beritahu Hyung. Rasanya Jaehyun dah tahu siapa bekas teman lelaki Jihee dulu. Yang tinggalkan Jihee lepas dia paksa Jihee gugurkan kandungan tu,"


































So, siapa yang patut dapat Jihee?

Hyunjin or Jaehyun?

Mistake Where stories live. Discover now