06

152 30 5
                                    

"Dah siap,"

Jihee tersenyum melihat kek coklat yang baru sahaja dibakarnya. Memang selalunya bila hujung minggu dia akan turun ke dapur untuk membakar biskut atau kek. Dia memang sukakan itu memandangkan mendiang ibunya dulu merupakan seorang baker.

"Ahjuma!"

"Ya Cik Jihee," Mak Cik Jung muncul dari arah ruang tamu.

"Yang ni nanti Ahjuma bawa balik bagi anak-anak Ahjuma,"

Sebuah bekas yang sudah siap diisi dengan sebiji kek ditolak ke arah pembantu rumahnya itu.

"Aigoo, mesti diorang suka. Dah lama tak makan kek Cik Jihee," ujar Mak Cik Jung dengan senyuman.

Jihee ikut tersenyum.

"Yang ni untuk Taeyong Oppa dan kawan-kawan dia. Nanti Ahjuma simpankan ya?"

"Baik. Yang ni pula untuk siapa?"

Mak Cik Jung menunjuk ke arah satu lagi bekas berisi kek.

"Ah, ni untuk Seungmin. Jihee dah janji nak bagi dia waktu dia temankan Jihee beli barang semalam," ujar Jihee ceria.

"Nak Ahjuma hantarkan?" soal Mak Cik Jung.

"Aniya. Jihee boleh hantarkan sendiri,"

Jiher mencabut apron yang tersarung di tubuhnya.

"Jihee naik tukar baju sekejap,"

Dia berlari naik ke bilik. Seluar pendek dan tshirt besar di tubuhnya kini diganti dengan blouse tanpa lengan dan skirt paras lutut.

Setelah menyembur sedikit hair mist ke rambut dan merapikannya dia mencapai telefon bimbitnya lalu kembali keluar. Sampai sahaja di ruang tamu, dia melihat Mak Cik Jung sudah menunggunya dengan bekas makanan tadi.

"Ini dia,"

"Gomawo Ahjuma,"

Dia mengambil kek tersebut lalu berjalan ke luar rumah. Rumah Seungmin yang berada di sebelah rumahnya dituju.

"Cik Jihee,"

Pembantu rumah Keluarga Kim yang sedang mengangkat jemuran itu menegurnya.

"Seungmin ada?"

"Ada. Dia dengan kawan-kawan dia tengah main game kat ruang tamu tu,"

"Kawan-kawan?"

"Ya. Kawan-kawan dia. Ada dua orang. Pergilah masuk,"

Jihee mengangguk. Entah kenapa dia rasa berdebar tiba-tiba. Namun kakinya tetap melangkah ke arah pintu rumah agam itu.

"Seungmin ah!"

Automatik tawa mereka yang berada di ruang tamu itu terhenti. Jihee berjalan ke sana dan matanya jatuh pada seseorang yang sedang duduk di sofa single.

"Noona, apa tu?" Seungmin bangun dan menghampirinya.

"Kek coklat yang Noona janji semalam,"
balas Jihee.

"Wah, kitorang baru nak pesan makanan untuk minum petang. Noona datang tepat pada waktunya," Seungmin tersenyum suka.

"Noona balik dulu lah," Jihee meminta diri.

Dia mula rasa tidak selesa bila perasan dirinya ditenung sejak tadi.

"Eh, janganlah balik lagi. Join kitorang,"

***

"Ni Felix, ni pula Hyunjin,"

Seungmin memperkenalkan kawan-kawannya kepada Jihee. Mereka kini sedang duduk di meja di tepi kolam renang rumahnya untuk menikmati minum petang.

"Hai Noona," Felix tersenyum dan mengangkat sebelah tangannya.

Jihee membalas senyuman itu dan dia mula memandang ke arah Hyunjin.

"Saya Hyunjin," Hyunjin menghulurkan tangannya.

Jihee terpaksa menyambutnya bila mereka diperhatikan. Dan dia dapat merasakan Hyunjin dengan sengaja mengusap tangannya sewaktu mereka ingin meleraikan tangan mereka.

Dia memandang lelaki itu dan lelaki itu tersenyum dan mengenyitkan mata ke arahnya. Jihee dengan cepat mengalihkan pandangannya.

"Makanlah. Kek Jihee Noona buat sedap tau," Seungmin mula mempelawa mereka.

"Sedap. Macam beli kat kedai," Felix memuji setelah menyuap sepotong kek ke mulutnya.

"Gomawo," ujar Jihee pendek.

Mereka mula menikmati kek sambil berbual pendek. Jihee hanya menyampuk bila perlu sahaja.

"Seungmin, ada panggilan dari Tuan," pembantu rumahnya muncul di situ.

"Sekejap tau korang," Seungmin meminta diri dan masuk ke dalam rumah.

"Aku nak ke toilet," Felix ikut bangun.

Kini hanya tinggal Jihee dan Hyunjin berdua di situ. Jihee mula rasa menyesal kerana tidak menerima pelawaan Mak Cik Jung yang ingin menghantar kek ke situ tadi. Sekarang dia perlu berhadapan dengan orang yang memang dia cuba elak sejak minggu lepas.

"Pandai Noona buat kek. Manis macam Noona," Hyunjin menopang dagunya sambil memandang Jihee di hadapannya.

"Yaa, saya cuma ikut resepi je," Jihee mula berasa kekok.

Dia memotong kek miliknya dan disumbat ke mulut. Dalam hati dia berharap agar Seungmin atau Felix segera muncul.

"Noona," Hyunjin bangun dari kerusinya.

Jihee mula berasa gementar bila Hyunjin duduk di kerusi Seungmin iaitu di sebelahnya.

"Comot," tangan Hyunjin mengelap kesan krim coklat di tepi bibir Jihee.

Jihee terkaku jari tangan lelaki itu mengenai bibirnya. Hyunjin mengusap bibirnya walaupun dia yakin kesan krim itu sudah tiada.

"Saya teringat apa yang jadi dekat kolam hotel minggu lepas,"

"Yaa," tangan Hyunjin ditolak perlahan.

"Noona dah lupa?" soalnya seakan berbisik.

Kerusinya ditarik lebih rapat dengan Jihee. Wajah Jihee terus ditenungnya.

"Jangan buka cerita tu please," Jihee menunduk sambil bermain dengan jarinya.

"Wae? Noona malu?"

"Tak. Saya-,"

Jihee terkedu bila dia mengangkat wajahnya, wajah Hyunjin begitu hampir. Jika dia bergerak pasti bibir mereka bertemu.

"Saya ingatkan Noona nampak cantik malam tu sebab make up je. Rupanya Noona memang cantik," puji Hyunjin.

Jihee menggenggam erat skirt yang dipakainya. Dia yakin pipinya kini sudah berona merah akibat pujian Hyunjin itu.

"Eo, Noona blushing," pipi Jihee diusap.

"Hyunjin ah, nanti Seungmin nampak," tangan Hyunjin ditolak.

Hyunjin ketawa perlahan melihat wajah Jihee. Dia menjeling ke arah pintu gelangsar dan dia dapat melihat Felix yang sedang bebual bersama Seungmin di dalam rumah. Mungkin mereka akan ke situ kembali dalam beberapa saat lagi.

"Saya harap saya boleh jumpa Noona dekat sekolah nanti,"

Pipi Jihee dicium sebelum dia bangun dan kembali ke tempat duduknya. Jihee memandang lelaki itu tidak percaya. Tidak sangka Hyunjin begitu berani.

Hyunjin tersenyum sebelum dia mula fokus pada telefon bimbitnya. Manakala Jihee, dia masih keliru dengan layanan dan perlakuan lelaki itu terhadapnya.



























okay ke k.o??🤔🤔🤔

Mistake Where stories live. Discover now