Hyunjin berbaring di atas katilnya setelah dia selesai menyiapkan kerja rumahnya di meja belajar beberapa minit yang lalu.
Telefon bimbitnya dicapai lalu dia mencari nombor seseorang. Nombor yang dicuri dari telefon bimbit Seungmin saat lelaki itu meninggalkannya di meja sewaktu dia ke tandas.
"Yeppeun Noona," tersenyum dia membaca nama yang disimpan di kontak nama telefon bimbitnya itu.
"Nak call ke tak? Ke macam over sangat kalau call? Hmm,"
Dia berfikir sejenak.
"Haish, cuba text je lah,"
You
Hye, dah tidur?Butang send ditekan. Dia menanti dengan penuh sabar.
Drttt!
Noona Cantik
Siapa?You
Cuba teka.Noona Cantik
Sorry, saya takde masa nak
main teka-teki. Pergi
cari orang lain.You
Ini sayalah.
Hwang Hyunjin.
Kita baru jumpa dekat
rumah Seungmin petang tadi.Noona Cantik
Mana awak dapat nombor
saya?You
Saya ambil dari phone Seungmin.Noona Cantik
Oh.
Okay bye.You
Noona tengah buat apa?Noona Cantik
Jangan sibuk.
Dah pergi, jangan kacau saya.You
Tapi saya bosan.
Saya nak berbual dengan Noona.Noona Cantik
Pergi berbual dengan kekasih
awak lah. Jangan kacau saya.You
Saya mana ada kekasih lah.
Sebab tu saya text Noona.Noona Cantik
Seriously?
Awak takde kekasih?You
Betul lah.
Noona mesti tak percaya kan lelaki
sekacak saya ni single?Noona Cantik
Perasan.
Dah lah saya nak tidur.You
Hmm, okay.
Good night Noona Cantik.
Mimpikan saya tau.
Jumpa kat sekolah esok.Noona Cantik
Siapa entah nak jumpa awak.Hyunjin tersenyum membaca pesanan terakhir gadis itu. Dia menutup ruangan perbualan mereka lalu telefonnya diletakkan ke tepi.
"Ah, aku rasa aku dah betul-betul jatuh cinta ni,"
***
"Ramainya orang,"
Jihee dan Yuju yang berdiri di pintu masuk kafeteria itu memandang barisan untuk mengambil makanan yang agak panjang dari biasa.
"Ah Younghoon dah makan dengan kawan-kawan dia," rungut Yuju.
Jihee memandang ke arah yang diperhatikan Yuju. Younghoon sedang menikmati makanan tengaharinya sambil rancak berbual bersama rakan-rakannya.
"Kau nak beratur atau nak makan makanan kat snack bar je?" soal Yuju.
"Aku malas nak beratur,"
Yuju tersenyum sebelum menarik tangan Jihee untuk berpatah balik. Mereka kemudiannya berjalan ke arah bertentangan untuk ke snack bar.
"Nice, takde orang lagi,"
Mereka masuk dan terus ke bahagian rak yang menempatkan roti dan sandwich. Jihee sibuk memilih roti berperisa di situ sehingga dia tidak sedar yang Yuju sudah pun beralih ke bahagian rak makanan yang lain.
"Yuju ah, kau nak coklat ke vanila?" Jihee memegang dua bungkus roti dan menoleh ke sisi.
"Saya suka coklat,"
Jihee terkedu melihat Hyunjin yang berada di sebelahnya. Lelaki itu sedang berdiri sambil tersenyum ke arahnya.
"Yaa, macam mana-,"
"Kawan Noona dah lama siap pilih sandwich dia. Noona je yang tak perasan," ujar Hyunjin.
"Oh," Jihee hanya mengangguk.
"Jadi Noona nak roti coklat atau vanila?"
"Saya-,"
"Ambil dua-dua je lah. Saya bayarkan,"
Roti di tangan Jihee diaambil.
"Yaa, saya boleh bayar sendiri lah," ujar Jihee.
Dia memandang Hyunjin yang berhenti di peti sejuk yang menempatkan minuman pula.
"Noona suka susu pisang kan?"
Sekali lagi Jihee terkedu. Macam mana Hyunjin boleh tahu mengenai minuman kegemarannya.
"Hyunjin ah,"
"Yes Noona," Hyunjin tersenyum lebar.
"Saya bayar sendiri,"
Roti di pegangan Hyunjin diambil. Begitu juga dengan susu pisang yang baru diambil lelaki itu dari dalam peti sejuk.
"Noona, biarlah saya bayar," Hyunjin mengikut langkah gadis itu ke kaunter.
"Jihee, aku baru nak panggil kau. Lama sangat kau pilih roti," Yuju yang berdiri di kaunter memandangnya.
"Kirakan," ujar Jihee kepada penjaga kaunter.
"Saya bayar,"
Hyunjin menghulurkan kad miliknya sebaik sahaja penjaga kaunter itu selesai memasukkan roti dan air tadi ke dalam plastik.
"Mwoya?" soal Yuju keliru.
Jihee memberi isyarat yang dia akan menceritakan semuanya pada Yuju nanti.
"Saya bayar semula,"
Jihee menghulurkan sekeping not kertas kepada Hyunjin.
"Saya tak nak. Saya ikhlas tau nak belanja Noona,"
"Yaa, tapi-"
"Makan elok-elok Noona yang cantik," Hyunjin mengusap kepala Jihee yang lebih rendah darinya itu sebelum dia berjalan keluar dari situ.
"Yaa! Kau kena cerita pada aku sekarang," Yuju terus menarik tangan Jihee keluar.
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|