Jihee meletakkan pinggan berisi sandwic di hadapan Hyunjin.
"Ini je yang ada kat rumah saya. Makanlah lepas tu balik," ujarnya.
"Noona tak nak makan?" soal Hyunjin.
"Saya dah makan tadi," balasnya.
Sedangkan sebenarnya dia menipu. Dia tidak mahu berduaan dengan lelaki itu di meja makan walhal memang hanya mereka berdua di rumah itu sekarang.
Jihee masih marahkan dirinya kerana gagal mengawal perasaan sendiri semalam. Kalau bukan disebabkan bunyi petir yang kuat semalam, mungkin dia dan Hyunjin akan pergi lebih jauh.
"Noona ada plan lepas ni? Nak teman saya pergi satu tempat tak?" soal Hyunjin.
Dia juga ikut bangun dari meja makan dan berdiri di hadapan Jihee.
"Saya ada plan lain dengan Jaehyun," ujar Jihee.
"Jaehyun? Tapi saya nak Noona ikut saya sekejap je. Saya janji tak lama. Boleh kan?" bahu Jihee disentuh.
Jihee menolak tangan Hyunjin dari bahunya. Ayat yang dirangka sejak awal pagi tadi perlu dikatakan kepada lelaki itu.
"Hyunjin, rasanya awak dah salah faham ni. Hubungan kita cuma sebagai rakan sekerja. Dan saya tumpangkan awak semalam pun sebab saya takut awak jatuh sakit dan akan bagi kesan pada projek kita. So please, know your limit. Saya dah cakap yang saya takkan berurusan dengan awak bila luar waktu kerja,"
"Know my limit? Then how about the kiss last night? Noona dah lupa?" soal Hyunjin.
Jihee terdiam bila disoal begitu.
"Itu salah saya sebab saya terlalu ikutkan perasaan. Saya minta maaf,"
"So it just a mistake? Noona tengah cuba nak balas dendam dekat saya ke macam mana sekarang ni?" Hyunjin tersenyum sinis.
"Dendam? Jangan nak merepek. Dah lah Hyunjin. Kalau awak tak nak breakfast, awak boleh balik. Sekejap lagi Jaehyun akan sampai. Saya tak nak timbulkan masalah,"
Jihee melangkah ke arah tangga.
"Noona cintakan dia?" soal Hyunjin.
Automatik langkah Jihee terhenti.
"Jawab soalan saya Noona!"
"Ya, saya cintakan dia," Jihee tidak berganjak dari tempatnya.
Itu membuatkan Hyunjin berjalan dan berdiri di hadapan gadis itu. Dagu Jihee ditarik sedikit membuatkan gadis itu kini memandangnya.
"Pandang mata saya dan cakap yang Noona cintakan dia and Noona dah lupakan saya,"
Jihee terdiam dan menunduk.
"Kenapa tunduk? Pandang saya Noona!" Hyunjin menggertak gadis itu.
Terhinjut bahu Jihee akibat suara kiat Hyunjin itu. Matanya mula berkaca. Dia benci melihat diri Hyunjin yang satu ini. Dia seolah melihat Hyunjin tujuh tahun lepas yang bertikam lidah dengannya di hari mereka berpisah itu.
"Pandang saya dan cakap semua tu Noona! Saya nak dengar!" bahu Jihee dipegang.
Jihee akhirnya mendongak dan memandang tepat ke anak mata Hyunjin.
"Ya, saya cintakan dia. Dan saya dah lama lupakan awak Hyunjin. Saya benci awak!"
Tangan Hyunjin di bahu Jihee perlahan-lahan jatuh melorot. Hyunjin memejamkan matanya seketika sebelum dia mengangguk.
"Okay, saya dah dapat jawapannya. Rasanya saya dah kena balik. Gomawo sebab tumpangkan saya semalam. Saya minta maaf sebab ambil kesempatan semalam. Jumpa lagi minggu depan on our next discussion,"
Hyunjin membawa langkah ke arah pintu utama kediaman itu. Saat dia sudah memulas tombol pintu, dia berpaling ke arah Jihee.
"Mianhei, rasanya saya tak dapat datang majlis pertunangan Noona esok. Saya doakan majlis Noona berjalan lancar dan tahniah,"
Dumm!
Air mata laju menuruni mata Jihee selepas pintu ditutup.
"Jangan jadi bodoh Jihee. Esok majlis kau. Jangan jadi gila,"
***
Jihee melihat cincin yang tersarung di jarinya. Sudah hampir tiga jam sejak majlisnya tamat. Dan Hyunjin langsung tidak kelihatan sedangkan tiga rakan baiknya itu hadir.
"Mianhei, rasanya saya tak dapat datang majlis pertunangan Noona esok. Saya doakan majlis Noona berjalan lancar dan tahniah,"
Jihee mengeluh perlahan bila teringatkan kata-kata Hyunjin semalam.
"Ah Lee Jihee, berhenti fikir tentang dia," kepalanya diketuk perlahan.
"Jihee,"
Dia menoleh ke arah pintu. Yuju melangkah masuk ke dalam biliknya.
"Kau kenapa?" soal sahabatnya itu.
"Kenapa kau tanya macam tu?"
"Jihee, Jihee. Aku ni kawan dengan kau bukan baru semalam tau? Tengok muka kau pun dah tahu tengah ada benda yang kau fikir," ujar Yuju sambil mengambil tempat di sebelahnya.
"Yuju, aku minta maaf sebab lambat bagitahu kau. Sebenarnya aku dah jumpa Hyunjin semula,"
"Hah?"
"Yaa!"
Jihee segera menekup mulut Yuju. Risau jika orang lain di luar bilik terganggu dengan jeritan gadis itu.
"Kau biar betul? Habis tu apa jadi? Berapa kali dah kau jumpa dia?"
"Aku dengan dia tengah uruskan projek resort dekat Jeju tu sama-sama. And yes, sekarang ni aku memang selalu kena hadap dia,"
"Dia ada cakap apa-apa?"
Jihee mengangguk.
"Dia minta maaf. Katanya dia dah dapat balasan lepas apa yang dia buat pada aku dulu,"
"Kau maafkan dia?"
Jihee mengangguk.
"Lagi? Dia buat apa pagi? Aku dengar yang dia macam dah berubah jadi baik. Dia ada try kau lagi tak macam dulu?"
Jihee diam seketika. Segala luahan dan perasaan lelaki itu padanya kembali bermain di kotak fikirannya.
"Dia ajak aku mula semula dengan dia," jujur Jihee menjawab.
"Gila! Semudah tu? Dia memang tak tahu malu,"
"Jaehyun tahu tak?" soal Yuju lagi.
"Dia tahu yang kitorang kena kerja sama-sama. Tu je,"
"Yaa, kau kena cerita semua pada Jaehyun. Takut nanti benda lain pula jadi,"
Jihee mengangguk.
"Lagi satu aku nak tanya, kenapa kau tiba-tiba terima lamaran Jaehyun? Tahu-tahu je dah nak bertunang,"
Jihee mengetap bibirnya.
"Jihee, kau—,"
"Yuju, aku terpaksa. Ni je cara supaya aku boleh mengelak dari Hyunjin,"
"Kau gila ke? Kau gunakan Jaehyun untuk—,"
"Yaa, kau jangan cerita pada orang lain. Aku tahu semua ni salah. Kau jangan risau, aku akan cuba buka hati aku untuk dia. Kau doakan je lah,"
Dan tanpa mereka sedar, Jaehyun sedang berada di luar bilik dan mendengar semuanya. Niatnya untuk memanggil Jihee dan berbual bersama tunangnya itu dibatalkan lalu dia terus beredar dari situ dengan rasa kecewanya.
YOU ARE READING
Mistake
Fanfiction"Falling in love with you is the biggest mistake I've ever done," Warning (15++) Start| 4/9/2021| End |30/10/2021|