"Cepatlah, itik! Kau ni macam kura-kura lah."
Dah itik, kura-kura pula. Habis tu, dia apa? Beruk? Orang utan? Gorilla? Itulah Qayyum. Cakap main lepas. Bagi penampar sebiji, baru tahu langit tinggi ke rendah.
"Sabarlah! Kau tak nampak ke aku tengah buat apa ni?" Qayyum menghalakan pandangannya ke arah Zehra yang sedang duduk di sofa sambil gigih memakai stoking.
Tetapi tak lama dia pandang sebelum berdecit. Itulah, membuta tak ingat dunia. Orang kejut macam nak runtuh rumah ni, dia boleh pula buat tak tahu? Tidur mati pula tu. Apa masalah dengan telinga dia ni?
Entah-entah, gempa bumi pun dia tak rasa gegarannya. Maklumlah, orang tidur mati mana nak perasan, kan?
"Aku tunggu dalam keretalah. Lambat betul!" Qayyum memberi kata putus.
Nak tunggu budak tu? Tak payah tunggu. Gigih sangat pakai stoking sampai tak sedar dia ambil masa 15 minit. Dengan mulutnya tak henti bercakap. Ei, sumbat dengan stoking aku yang dah lama diperap tu karang!
"Alah, tunggu lah! Kau ni, suruh tunggu sekejap pun susah."
"Bukan masalah susah tak susah, tapi kau lambat! Kau faham tak? L-A-M-B-A-T. Lambat!"
Ambil kau! Sekali dah mengeja, terdiam terus dibuatnya. Masing-masing memang tak nak kalah. Pantang betul nenek moyang mereka kalau mengaku kalah ni.
"Sudah-sudahlah tu bergaduh. Pergilah cepat sana. Nanti kau orang berdua terlepas game karang." muncul Aisyah sambil bercekak pinggang.
Daripada dapur dah dengar mereka berdua ni bertekak tak habis-habis. Naik pening kepalanya. Ini, kalau nenek dia orang yang dengar dia orang bertekak ni, bukan setakat membebel, tetapi pakej bagi tazkirah, tahniah, takziah, ceramah, talkin. Ha, semualah. Azan iqamat pun termasuk.
"Zehra tu, bu. Lambat sangatlah. Macam kura-kura. Entah-entah, kura-kura pun lagi laju daripada dia."
Zehra yang mendengar sekadar menjeling. Ei, kaki mengadu. Manja betul!
Aisyah gelengkan kepalanya. Bila berjumpa, mesti bertekak. Bila berjauhan, kata rindu. Apa masalah dua ekor ni? Nak kena letak seorang dekat utara, seorang lagi selatan ni.
"Luth mana?"
Qayyum menjungkitkan bahu. "Dah pergi dulu kut dengan Dyan. Tak tahu. Ikram pun tak ada."
"Ha, sudah. Jom! Nanti lambat lagi, bising pula."
Selesai Zehra memakai kasut sukannya, kekura tangan dan pipi Aisyah berkali-kali. Dia tersengih apabila melihat Aisyah yang sudah menggelengkan kepala. Maaflah, ibunda. Anak bongsu mu ini sungguh aktif.
"Pergi dulu, ibu! Assalamualaikum...."
***
Dahi Luthfi berkerut tatkala kelibat Qayyum dan Zehra baru sahaja dinampaknya. Janjinya tadi pukul 8 malam. Tapi sekarang? Pukul 9 sudah. Ini mesti sempat gaduh dulu, lepas tu siap pakej kena bebel dengan ibu.
"Kenapa lambat sangat?" terus Luthfi bertanya setelah Qayyum dan Zehra menghampiri tempat dimana dia duduk bersama Dyan dan Ikram.
Zehra hanya mengukirkan senyuman manis untuk Dyan dan Ikram. Haish, dapat tengok anak buah, terus hilang rasa marahnya pada Qayyum.
Qayyum menunding jari pada Zehra. "Dialah ni. Macam kura-kura. Lambat."
Dia ni kan. Tak habis-habis obses dengan kura-kura dia tu. Aku tahulah aku ni comel. Halah-halah. Susah betul jadi orang yang lawa ni.
"Lambat beberapa minit je. Halah...." balas Zehra tidak mahu kalah.
"Beberapa minit kau kata? Kau tahu tak aku tunggu kau dari lepas maghrib tadi? Aku lah... Ei! Dapat naik gelanggang tinju ni, memang kau orang pertama aku tinju."
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...