S2 | Bab 19

1.2K 66 2
                                    

Beberapa bulan berlalu dengan cepatnya. Tahu-tahu, due date Zehra untuk bersalin semakin hampir. Wanita itu sedang dalam keadaan sarat mengandung. Nak bergerak banyak pun, tak boleh. Kaki boleh bengkak. Kerap menangis tidak tentu fasal. Semakin manja dengan keluarganya.

Tak luak sedikit pun kasih sayang mereka sekeluarga untuk Zehra. Waktu-waktu macam inilah mereka perlu memberikan perhatian yang lebih untuk Zehra. Berikan kata-kata semangat.

Sedar yang rasa katil dihenyak, Zehra hanya diam. Kembali menyambung lenanya. Mungkin itu ibu. Sebab tadi dia ada minta ibu temankan dia tidur hari ini. Tiba-tiba takut pula nak tidur seorang diri walaupun dah biasa.

Terasa tubuhnya dipeluk, Zehra membuka mata perlahan-lahan. Jantungnya berdegup laju. Ini bukan ibu. Sebab bauan ni... Dia kenal sangat.

Matanya tiba-tiba berkaca. Dia mengemam bibir agar tidak mengeluarkan esakan halus. Matanya terpejam saat nafas mint lelaki itu menampar lembut gegendang telinganya.

Rindu.

Hanya perkataan rindu sahaja yang mampu dia ungkapkan tika ini.

"Lama sangat aku pergi sampaikan tak sedar yang perut ni dah membesar." ujar lelaki itu perlahan. Tangannya mengusap lembut perut Zehra yang kian membesar itu.

Anak daddy dengan mummy....

"Aku minta maaf sebab tinggalkan kau lama sangat. Aku cuma... belum bersedia untuk dengar kata-kata perpisahan daripada kau. Dan kini, aku pulang. Aku dah bersedia kalau kau tekad untuk nak aku lepaskan kau." lelaki itu menghela nafas panjang. Bibir mengukirkan senyuman nipis.

"Aku dah bersedia, Elya Az-Zehra."

Kepala Zehra dielus lembut. Kemudian, dicium pula tepi kepala isterinya itu. Kalau itu yang Zehra mahukan, dia terima sahaja. Kalau benar yang mereka masih lagi berjodoh, pasti ada cara lain untuk Allah pertemukan kami.

"Tak perlu. Saya tak nak perpisahan."

Mata Arrayyan yang tadinya terpejam, terus tercelik tatkala suara lembut Zehra menyapa gegendang telinga. Langsung dia bangun daripada baringannya dan duduk menghadap Zehra.

Zehra yang terkial-kial mahu bangun itu dibantu dengan menarik lengan wanita itu dengan lembut. Bantal diletakkan secara menegak dikepala katil sebelum tubuh Zehra bersandar disitu.

Tangan Arrayyan dipegang dan digenggam erat bagai tidak mahu lepaskan walaupun sesaat.

"Sepatutnya... saya yang perlu minta maaf pada awak." Arrayyan menjongketkan keningnya.

"Saya marah awak, saya tinggikan suara pada awak, saya derhaka pada awak. Dan yang paling teruk sekali... saya tuduh awak seorang pembunuh."

Zehra meletakkan dahinya diatas kekura tangan Arrayyan sebelum kekura itu dicium lama. "Saya minta maaf. Saya minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya banyak dosa pada awak. Saya minta maaf."

Terasa basah kekura tangannya itu, Arrayyan tersenyum nipis. Kepala isterinya itu dielus lembut lalu tubuh kecil isterinya itu dibawa masuk ke dalam pelukan. Membiarkan isterinya itu menangis sepuas-puasnya.

Hampir 10 minit Zehra menangis, akhirnya berhenti juga tangisan wanita itu. Barulah Arrayyan berpeluang untuk bercakap. Kalau tidak, pasti akan dibantah percakapannya oleh isterinya itu.

"Aku dah lama maafkan kau. Kau tak salah pun. Aku faham kenapa kau bertindak macam tu. Sebab tu aku pergi. Aku bagi kau masa untuk bersendirian. Aku nak biarkan kau tenangkan diri dulu, fikir masak-masak. Aku tak nak kau menyesal dikemudian hari nanti." ujar Arrayyan lembut.

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now