"Buat apa ni? Meriah semacam je? Projek ibu mengandung mengidam nak makan ke?" sapa Zehra dari ruang tamu. Dia tersengih memandang ibu dan kedua-dua kakak iparnya.
"Nak buat kek batik. Zehra suka, kan?" laju Zehra mengangguk. Kerusi tinggi dimeja pulau itu menjadi tempat dia melabuhkan punggung.
"Zehra borak apa dengan abah tadi? Serius semacam je ibu tengok?" soal Aisyah ambil berat. Tangan tetap bergerak mematahkan biskut kepada serpihan sebelum dicampurkan ke dalam coklat didalam kuali.
Zehra sekadar senyum pada ibunya.
"Ibu risau abah kena culik dengan perempuan lain eh?" Zehra tersengih mengusik. Tangannya mencuit-cuit lengan ibunya.
Dyan dan Nadelle yang memerhati daripada tadi hanya tergelak melihat Zehra mengusik ibu mentua mereka. Mereka menggeleng-gelengkan kepala. Ada sahaja bahan untuk mengusik ibunya itu.
"Sebelum ibu goreng Zehra buat makan malam, baik diam. Kita tanya elok-elok, boleh pula dia main-main." Aisyah marah manja. Mata menjeling tajam Zehra.
"Alah, gurau je! Garanglah ibu ni. Macam liger dalam sangkar hari tu." Zehra cemberutkan mukanya.
"Oh, abah ada beli liger baru ke?"
Zehra angguk kepala. Ringan mulutnya mahu bercerita pada semua.
"Ada. Minggu lepas. Jantan dengan betina. Sepasang." ringkas Zehra memberitahu.
Minggu lepas ada terserempak dengan abah dekat markas. Time tu baru nak turunkan liger untuk masukkan ke dalam sangkar. Entah apa angin abahnya tiba-tiba beli liger yang baru.
"Abah dah bagi nama ke?" bahu dijongketkan.
Mereka berempat riuh bercerita dan berceloteh diruangan dapur. Gelak tawa bersama, kadang-kala Zehra cemberut kerana diusik, Aisyah pula menjeling mendengar omongan merepek daripada Zehra, manakala Dyan dan Nadelle sekadar gelak terhibur. Kadang kala mereka masuk campur. Jaranglah kalau balik sini tak gelak terbahak-bahak. Senak perut dibuatnya.
Sementara diruang tamu pula,
"Zehra okey ke dengan Ray, bah?" soal Luthfi dengan wajah seriusnya.
Izz menyandarkan badannya disofa. "Macam tu lah. Tadi abah baru je brainwash dia."
Luthfi dan Qayyum sama-sama angguk kepala mengerti. Ada sebablah tu kenapa Zehra kena brainwash. Dulu waktu mula-mula mereka berkahwin pun sama juga. Kena brainwash kaw-kaw dengan abah. Tak pun dengan ibu.
"Ni, Ray mana? Tak nampak pun batang hidung dia?" soal Qayyum pula. Sudah lama dia tidak berborak dengam Arrayyan. Mahu tahu juga perkembangan dia dengan adiknya macam mana.
Kot-kotlah kalau buat hal nanti dia boleh piat telinga mereka berdua. Amboi! Suka kau kenakan orang ya, Qayyum.
"Outstation. Minggu depan baliklah."
"Kau orang ni? Sampai bila dekat sini?"
Luthfi dan Qayyum sama-sama tergelak. "Halau ke, bah? Kita orang baru sampai ni."
Izz turut sama tergelak. "Abah tanya je pun. Kot-kotlah stay lama, bolehlah abah dengan ibu spend time lama dengan cucu. Lama benor tak jumpa."
Luthfi garu kepala. "Baru minggu lepas kita orang da—"
"Diam! Sibuk je! Biarlah abah nak buat apa dengan cucu abah." Izz mencerlung tajam kedua-dua anak lelakinya tajam.
Amboi!
"Fine!"
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...