"Assalamualaikum..." Zehra titip salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah ibu dan abahnya. Kepala menoleh kanan dan kiri. Mencari kelibat seseorang. Dahi mengerut.
Takkanlah tak balik lagi? Selalunya waktu macam ni dah balik.
"Baru balik ke?" tegur Aisyah dari belakang. Baru keluar daripada ruangan dapur. Waktu-waktu macam ni memang waktu dia masak makan malam.
Laju Zehra menoleh memandang ibunya. Dia tersengih kerang busuk. Tangan ibunya disalam dan dicium lembut.
"Haah. Baru je."
Aisyah sekadar angguk kepala. "Abah mana?"
Zehra angkat tangan menunjukkan ke luar. "Ada tu tengah tengok Andrew repair kereta kesayangan abah. Kereta tu kan ibu dah jahannam kan."
Aisyah menjeling anak perempuannya. Manakala Zehra tersengih kerang busuk. Garang!
"Tak, tak. Gurau. By the way, mana Ray? Bukan selalunya time macam ni dia dah balik ke?"
Mendengar soalan Zehra, Aisyah baru teringatkan sesuatu. "Ray outstation. 2 minggu."
Zehra diam. Kenapa Arrayyan tak bagitahu dia?
"Kamu kerja. Dia tak sampai hati nak ganggu kamu." sambung Aisyah lagi. Memberitahu semua pesanan Arrayyan untuk Zehra.
"Oh, ya. Kamu tak tahu ke perancangan sebenar Arrayyan hari ini?"
Laju Zehra geleng kepala. Langkah dibawa menuju ke ruang tamu bersama ibunya. Sofa dua berangkai menjadi tempat dia dan ibunya melabuhkan punggung.
"Sepatutnya Ray flight esok. Tapi tak tahulah kenapa dia awalkan flight dia. Katanya plan hari ni nak surprisekan kamu. Nak bawa kamu ke rumah baru kamu berdua." bicara Aisyah pada Zehra. Mahu Zehra sedar silapnya. Kasihan pula bila diingatkan balik.
Arrayyan banyak bersusah payah sediakan kejutan tu, tapi tidak menjadi gara-gara Zehra mula bekerja.
"Patutlah dia tanya aku semalam...." gumam Zehra perlahan. Tetapi dapat Aisyah dengar sipi-sipi.
"Apa dia?"
Zehra geleng kepala. "Tak, tak ada apa. Ray tak bagitahu Zehra pun."
Pinggang Zehra dicubit Aisyah. Kuat sehingga membuatkan Zehra mengerut dahi kesakitan. "Sakitlah, bu!" bibir Zehra muncung sedepa. Merajuk!
Aisyah sekadar menjeling. "Dah nama pun kejutan, memanglah dia tak bagitahu! Apa punya soalan kamu ni?" dahi Aisyah berkerut.
Aneh-aneh saja perangai Zehra ni. Entah ikut peragai siapa. Bapaknya agaknya.
"Janganlah marah. Suka betul marah-marah. Nasib baik abah sayang. Kalau tak, hm...." makin galak Zehra mengusik ibunya.
Sengaja nak bagi ibu marah. Hahahaha! Ibu comel bila marah.
Aisyah mencerlung anaknya tajam. "Beranilah bapak kau nak cari yang lain kalau nak kena kerat buat sup."
Selepas itu, Aisyah bangun berjalan ke dapur. Menyambung kembali kerja yang tergendala. Apa? Ingat orang main-main ke?
Zehra tergelak kuat. Sensitiflah ibu ni. Bakal dapat adik ke?
Melihat abahnya yang baru berjalan masuk mahu mencari isteri, Zehra terus menyapa. Mahu tergelak dia melihat wajah abahnya yang polos. Habislah abah!
"Sorry, bah. Tadi ibu cakap dia nak kerat abah buat sup kalau abah cari yang lain." ujar Zehra dengan tawanya.
Izz mengerut dahi. Apa ni? Tak faham! Tak faham!
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...