S2 | Bab 20

1.7K 73 11
                                    

Zehra memandang lama Rihanna yang kekal menunduk memandang jari jemarinya itu. Tangan Rihanna ditarik dan digenggam. Membuatkan Rihanna angkat kepala membalas renungan sayu sahabatnya itu.

"Kau kenapa ni? Ada masalah ke? Kalau ada masalah, bagilah tahu aku. Mana tau nanti aku boleh tolong." perlahan suara Zehra memujuk Rihanna untuk membuka mulut.

Mata Rihanna mula berkaca. Zehra tetap baik dengan dia walaupun dia pernah cuba untuk membunuh wanita itu. Jelaslah dekat sini yang dia paling jahat antara semua. Sanggup nak bunuh sahabat sendiri, merangkap sepupu.

"Eh, kenapa menangis? Ceritalah dekat aku. Janganlah buat aku risau." terbias riak risau diwajah Zehra.

"Aku nak minta maaf."

Lah! Nak minta maaf pun sampai menangis. Cengeng betul minah ni sekarang. Siapa yang mengandung ni sebenarnya?

"Tak ada apalah. Aku okey je. Tengok aku sekarang. Okey kan? Sihat walafiat lagi. Janganlah risau." bahu Rihanna ditepuk-ditepuk menenangkan gadis itu yang sudah tersedu-sedan.

"Aku minta maaf sebab pernah berniat nak bunuh kau."

Zehra menjulingkan matanya ke atas. Halah, minah ni! Sejak bila jadi macam ni pula ni? Tak relax lah!

"Berniat je, kan? Tapi tak buat kan? Chill, chill sudahlah. Tak ada apa pun." tenang Zehra menjawab.

Apa? Betullah kan? Berniat je, tapi tak buat. Itu tak apa. Mana tau sekarang dah insaf. Maafkan je lah. Tak susah pun walaupun tak dapat melupakan. Just move on!

"Betul kau dah maafkan aku? Kalau kau nak pukul aku, aku sanggup. Asalkan kau boleh maafkan aku." perlahan suara Rihanna meminta kepastian.

"Kau nak aku tarik balik ke penerimaan maaf kau tu?" kening dijongketkan. Gertak sikit! Biar sedar perempuan ni!

Laju Rihanna menggeleng. Kemudian, dia menarik sengihan. Tubuh Zehra dipeluk erat. Air mata mengalir keluar lagi. Sahabat aku ni, kuat orangnya. Sangat adore dengan perempuan bernama Elya Az-Zehra.

"Oi, sudahlah! Aku lemas!" Zehra menepuk-nepuk paha Rihanna minta dilepaskan.

Anak dengan maknya lemas dipeluk lama-lama. Kuat pula tu! Tak berperikemanusiaan betul!

Rihanna melepaskan pelukan. Dia tergelak kuat melihat muka masam sahabatnya. "Bila due date kau? Dah tahu ke jantina anak kau tu?"

"Kalau ikutkan pengiraan, dua hari lagi. Fasal jantina anak tu, biarlah rahsia. Nak buat surprise! Barulah syok!"

Rihanna mencebik. "Kalau tak tahu jantina anak, macam mana aku nak hadiahkan baju dekat anak buah aku nanti! Karang dia lelaki nanti, aku terbeli baju warna pink. Tak pasal-pasal jadi pondan anak buah aku tu."

"Biarlah! Anak aku bukan anak kau!"

Telinga Zehra dipiat oleh Rihanna. Matanya memincing tajam Zehra yang sedang menahan kesakitan apabila telinga dipiat kiat.

"Degil kau, kan!"

Rihanna menjeling. Pandangan dibuang ke luar balkoni. Bibir mengukirkan senyuman lebar.

"Ra, kau tahu tak? Bulan depan kan, aku dengan Asher akan —"

Dahi Rihanna berkerut tatkala terdengar bunyi suara menjerit kesakitan. Langsung dia menoleh. Alangkah terkejutnya apabila orang itu ialah Zehra. Tangan Zehra sudah memegang perutnya yang terasa sakit mencengkam.

"Ra, kau kenapa?! Nak bersalin dah ke?!"

Rihanna buntu! Apa yang perlu dia buat ni?!

"Sa... sakit, Naa. Panggilkan Arrayyan." tersekat-sekat suara Zehra mahu bicara.

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now