S2 | Bab 11

901 62 4
                                    

"Wah, besarnya!" Rihanna menutup mulut tidak percaya. Kepala menoleh memandang sekeliling sudut. Ini lagi besar daripada rumah papa ni. Mewah betul Arrayyan ni!

"Datang sini seorang ke?" tanya Zehra sebelum mempamit Rihanna duduk disofa.

"Tak. Ada tu Rizqi dekat luar. Entah buat apa pun, aku tak tahu."

"Eh, eh! Zehra," Rihanna duduk mendekat dengan Zehra. Lengan Zehra dipeluk erat. Mahu mencungkil sedikit rahsia daripada perempuan ini.

Zehra menjongketkan keningnya. "Apa?"

Mata Rihanna melirik ke perut Zehra. Bibir tersengih-sengih kerang busuk. Tidak faham dengan tindak tanduk Rihanna tu, langsung Zehra menolak tubuh Rihanna menjauhi dirinya.

Apa benda dia ni? Lempang nak?

"Agaknya kalau aku lempang kau, berpusing tak kepala kau nanti?" Zehra menjeling Rihanna. Gila!

Rihanna muncung sedepa tatkala dimarahi. Tak cakap apa pun kena marah. Garang!

"Tak, aku nak tanya kau."

Dagu dihayunkan kedepan. "Apa? Nak tanya apa?"

Rihanna tersengih lagi. "Tak ada isi lagi ke?"

"Ha?" Zehra tidak faham.

"Perut kau tu. Tak ada isi lagi ke? Lembablah kau ni!" lah, marah kita pula! Manalah orang faham dia nak cakap apa!

"Isi apa? Kau nak kata aku gemuk lah ni?" paha Zehra dipukul kuat.

"Apa kau ni? Bukanlah! Kau belum mengandung lagi ke? Ha!" geram! Berkias-kias pun tak faham! Kena sepuk nanti, berguling-guling karang!

"Mengandung?" dahi Zehra berkerut.

Mengandung? Mengandung tu apa?

Paha Rihanna dipukul kembali. "Hish, kau ni! Agak-agaklah. Aku muda lagi kot!" Rihanna dijeling.

Tiba-tiba tanya orang dah mengandung ke belum. Yang dia tu? Bilanya nak berlangsung? Lelaki tu, apa nama dia? Asher?

Ha, Asher! Belum ada niat nak ajak kahwin ke? Huh!

Rihanna tersengih nakal. "Dah berapa bulan kot. Takkanlah tak ada isi lagi? Tak mungkinlah Arrayyan tu tak ada nafsu dekat kau."

Nafsu, nafsu! Disebabkan kaulah aku terpancing nafsu dia! Tak guna punya perempuan!

"Kau tanya aku. Yang kau ni bila nak kahwin? Takkanlah si Asher tu tak ada bagi hint apa-apa?"

Rihanna diam sebentar. Asher? Kahwin? Hint?

"Oh, ada-ada! Tapi aku cakap dekat dia tunggu kau beranak dulu, baru kahwin." kening dijongketkan-jongketkan. Apa? Tak salah kan?

Pinggang Rihanna dicubit kuat. Ha! Kan dah kena!

Rihanna menjerit kesakitan. "Sakitlah! Apa kau ni?! Tak salah pun kan aku cakap macam tu!" dia memuncung.

Mama! Tengoklah menantu mama seorang ni! Berani dia cubit anak kesayangan mama. Pukul dia, ma! Pukul dia! Biasa dia ni!

"Jangan letak harapan macam tu, Na. Kalau aku tak boleh mengandung macam mana?" sengaja Zehra mahu menguji.

"Hish, kau ni! Apa cakap macam tu? Masin mulut tu nanti, baru tahu!"

Eh, tak! Tak! Kalau... Dah dah cakap tadi, 'kalau aku tak boleh'. Bukannya tak nak!

"Sudahlah, bercakap dengan kau asyik merepek je. Duduk sini sekejap. Aku panggilkan Ray. Jangan pergi mana-mana, jangan sentuh apa-apa. Aku sepuk kau nanti, berguling-guling karang!"

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now