S2 | Bab 18

1.1K 70 4
                                    

Zehra yang masih lagi tidur akibat ubat tidur yang diberi doktor tadi dipandang sayu. Aisyah setia menemani disebelah. Mana tau sekejap lagi Zehra akan bangun? Dia kalau boleh nak jadi orang pertama yang Zehra cari.

"Bila anak ibu ni nak bangun? Kalau ibu sentiasa ada dengan Zehra, mesti semua ni tak akan jadi." lirih Aisyah bersuara sambil menggenggam erat tangan anak perempuannya.

Luna dan Suraya hanya diam memerhati. Entah, mereka pun dah tak tahu nak cakap macam mana. Dah suruh balik, tapi tak nak. Nak tunggu Zehra sedar dulu katanya.

"Akak tak nak balik dulu ke? Dah lewat ni. Kami boleh tolong jagakan Zehra." celah Luna dan mendapat anggukan daripada Suraya.

Aisyah sekadar menggelengkan kepala. "Tak apa. Akak tunggu Izz bawakan pakaian akak ke sini. Kalau Luna dengan Su nak balik, pergilah. Akak okey je jaga Zehra seorang-seorang dekat sini."

"Kami nak pergi turun solat dulu. Nanti dah siap, kami belikan makanan sekali untuk akak."

"Terima kasih Luna, Su. Akak minta maaf sebab akak dah banyak susahkan kau orang berdua."

Luna dan Suraya tersenyum. Tubuh Aisyah dipeluk erat. "Tak apa, kak. Kami tak kisah pun. Jangan sedih-sedih lagi, okey?"

Aisyah sekadar mampu tersenyum nipis. Pemergian mereka berdua ke surau tingkat bawah dipandang kosong. Fikirannya juga kosong. Dekat mana lagi dia nak cari Arrayyan? Atau mungkin Izz dah jumpa tapi sengaja rahsiakan daripada aku?

















Dahi Arrayyan berkerut-kerut tatkala mimpi ngerinya hadir lagi. Sudah beberapa malam. Asyik mimpi yang sama sahaja hadir dalam lena malamnya. Apa sebenarnya maksud mimpi itu?

"Abang.... Jaga anak kita baik-baik, ya? Nama dia, Medina. Medina Az-Zahra. Jumpa disyurga nanti. Saya tunggu abang dengan Medina."

Mata Arrayyan terbuka luas apabila kepalanya terngiang-ngiang bunyi mesin bantuan pernafasan dihospital. Langsung dia bangun daripada baringannya. Keringat yang berada didahi diseka perlahan. Jantungnya berdegup kencang. Allah....

Dugaan apa lagi yang kau hadirkan dalam rumah tangga kami, Ya Allah? Tidak bisakah engkau biarkan kami bahagia? Walaupun hanya sementara?

"Zehra, kau okey? Kau sihat tak? Maafkan aku sebab ambil masa yang lama untuk pulihkan luka dihati aku. Aku belum bersedia untuk berhadapan dengan kau. Aku belum bersedia untuk dengar kata-kata perpisahan yang keluar daripada mulut kau." bisik Arrayyan perlahan. Mukanya diraup kasar. Nafas dihela panjang.

Maafkan aku....



















"Sorry susahkan abah untuk jaga Zehra dekat sini. Mesti Zehra anak yang menyusahkan, kan?" Zehra menunduk memandang jarinya. Tidak memandang wajah abahnya yang sudah tersenyum nipis.

"Abah tak pernah anggap yang Zehra ni anak yang menyusahkan. Abah tak kisah susah untuk isteri dan anak-anak abah. Sebab awak semua ni, jiwa dan raga abah. Kalau awak semua tak ada, rasanya abah pun tak nak hidup dah." Izz hadiahkan senyuman untuk anak perempuannya. Bubur disuapkan ke dalam mulut Zehra.

Zehra boleh je makan sendiri, tapi dia yang tak benarkan. Sudah lama dia tak manjakan satu-satunya anak perempuan dia ni. Lepas ni, tak tahulah dia dapat jumpa Zehra lagi ke tidak.

Sama ada berpindah jauh, atau dia yang pergi dahulu.

"Abah,"

Izz menjongketkan keningnya sebagai balasan.

"Bila Arrayyan nak balik? Dia dah tak nak jumpa Zehra ke? Dia dah tak sayangkan Zehra ke?" mata Zehra berkaca. Jujur dia rindukan suaminya. Rindu sangat-sangat. Setiap hari dia menunggu kepulangan lelaki itu.

Tetapi, hampa. Lelaki itu tetap tidak pulang.

"Daripada kau tanya abah soalan macam tu, baik kau makan habiskan semua ni." Qayyum terlebih dahulu memotong sebelum abahnya menjawab pertanyaan Zehra.

Izz menghela nafas lega. Mujur....

Bahaya kalau abah jawab tu. Mahu menangis air mata berdarah Zehra tu nanti. Elok-elok dah keluar hospital, nanti masuk balik. Mujurlah abah ada buat hospital sendiri. Tak perlulah ulang-alik dari rumah ke hospital lain yang lebih kurang jauh jarak perjalanannya.

"Uih! Banyaknya! Siapa nak habiskan semua ni?!" mata Zehra membulat tatkala melihat banyak beg plastik diatas meja. Makanan yang baru sahaja Qayyum beli tadi.

Rasanya tadi, aku minta pau kacang merah je. Ini kenapa ada nasi ayam, nasi beriyani, nasi tomato. Segala jenis nasi ada dekat situ. Dengan air buahnya lagi. Dengan karipap, kuih muih. Ya Allah, Qayyum!

"Oh, tak. Abah yang suruh aku beli tadi. Katanya, kau mengadu yang bubur tu tak sedap." selamba Qayyum menyalahkan abahnya.

Tak guna punya anak!

Zehra memalingkan wajah memandang abahnya. Kening dijongketkan.

"Sejak bila pula abah kata macam tu? Kau jangan macam-macam. Aku sunatkan kau buat kali kedua nanti." tajam mata Izz merenung anak keduanya, Qayyum.

Qayyum tersengih. Keningnya digaru perlahan. "Jangan marah-marah, bah. Tahun depan nak timang cucu lagi ni."

"Cucu dari siapa pula ni? Anak kau bukan baru lahir ke hari tu?" dahi Izz mengerut tidak mengerti. Wajah ketiga-tiga anaknya dipandang hairan.

Jangan cakap kena prank. Aku sepuk seorang-seorang nanti!

"Zehra mengandung." celah Luthfi dimuka pintu. Wajahnya dingin. Tangannya bersilang memeluk tubuh.

Izz memandang anak perempuannya. Melihat sengihan dan jari 'peace' yang dibuat Zehra itu, Izz membuat muka tidak percaya. Ma—macam mana?

"Muda sangat ke umur Zehra nak jadi ibu nanti?" soal Zehra bersama sengihannya. Takut abah renung kita macam tu.

"Relax lah! Dyan pun lebih kurang je umur dia dengan kau masa bersalinkan Ikram dulu. Kan, Luth?"

Luthfi sekadar angguk kepala. Dyan bersalinkan Ikram waktu dia umur 23 tahun. Dan pada waktu tu, dia berumur 26 tahun. Not too young, kan? Ke muda juga?

"Abah tak tahu. Terpulang pada Zehra. Kalau Zehra dah bersedia nak jadi ibu, abah tak ada masalah. Arrayyan tak ada pun, abah boleh jaga Zehra. Ibu boleh jaga Zehra. Zehra selamanya anak manja abah dengan ibu."

Mendengar balasan abahnya itu, Zehra tersengih malu. Muka ditekup dengan selimut. Alah, abah ni! Sweetlah!

Izz tergelak kecil melihat tingkah laku anak perempuannya itu. Kepala digeleng-gelengkan. Suka betul kalau dimanjakan.

"Eee... Gediknya! Sukalah tu dapar attention abah dengan ibu!" perli Qayyum dengan matanya yang menjuling ke atas. Menyampah!

Zehra menjongketkan keningnya. "Kau jealous kan? Tahu dah...." balas Zehra tak kurang sinisnya juga. Mulut dibuka untuk menerima suapan bubur daripada abahnya.

Bila ada orang yang suap, jadi sedap pula!

"Ni, semua ni siapa nak makan?"

Zehra menjongketkan bahunya. "Kaulah! Kau yang beli. Aku minta pau kacang merah je."

Qayyum mendengus geram. "Hish, kau ni!"

"Sedekah je lah dengan patients lain. Daripada membazir tak ada sesiapa makan nanti." celah Luthfi meleraikan perbalahan kedua-dua adiknya.

Zehra dan Qayyum menjeling satu sama lain.

'Mujur abang Luthfi ada. Kalau tak, mandul kau aku kerjakan!' bisik Zehra dalam hati.

'Mujur kau mengandung, dik. Kalau tak, dah lama aku sumbat stoking aku dalam mulut kau tu!' bisik Qayyum bersama sumpah saranahnya dalam hati.














COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now