"Paksu, Zehra lupa pula nak bagitahu yang—"
Zehra tergamam. Senyuman lebarnya tadi terus memudar. Kelu lidahnya daripada terus berbicara. Jantung mengepam laju. Tanpa buang masa, dia terus masuk kembali ke dalam selimut. Berselubung satu badan. Badan mengiring membelakangi mereka.
"Zehra,"
Senyap. Tiada balasan.
Aisyah memandang Izz seketika sebelum mengalihkan pandangannya kembali. Tangannya bergerak menyentuh Zehra. Bibirnya terketar-ketar menahan sebak.
"Zehra, ibu minta maaf." sayu suara Aisyah kedengaran digegendang telinga Zehra.
Zehra mengemam bibirnya rapat. Menghalang diri daripada mengeluarkan esakan. Argh, kenapa mereka disini? Macam mana mereka tahu yang dia berada disini? Paksu dengan maksu bagitahu?
"Zehra...."
"Baliklah, ibu. Zehra okey dekat sini. Belum mati lagi." gumam Zehra perlahan. Tetapi masih dapat didengari oleh Aisyah dan Izz.
Izz dan Aisyah sama-sama terkedu. Izz meraup wajahnya kasar. Punggung dilabuhkan dikerusi yang terletak disebelah katil. Bahu Zehra dipegang.
"Maafkan kami, Zehra. Abah dengan ibu tak bermaksud nak buat Zehra macam tu sekali. Kami cuma...."
"Cuma apa?"
Laju Aisyah dan Izz menoleh ke arah suara yang mencelah. Wajah Ayad yang kelihatan menegang itu mereka pandang sekilas sebelum menunduk.
"Sumpah kalau ikutkan hati aku, aku dah halau kau orang berdua pergi dari sini. Tak payah susah-susahkan diri nak lawat Zehra dekat sini. Bagi kau orang, Zehra kan anak yang menyusahkan. Kan?!" tempik Ayad dengan mukanya membengis.
Suraya disebelah hanya diam tidak mencelah. Memandang abang dan kakak iparnya dengan pandangan sayu. Kemudian, beralih pandangan pada Zehra yang kaku berselubung dalam selimut.
Zehra yang berselubung didalam selimut hanya diam mendengar ibu abahnya dimarahi oleh paksu Ayad. Dia tak salahkan ibu abah. Dia tak salahkan sesiapa. Memang semua ini berpunca daripada dia sendiri. Cumanya, dia belum cukup bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa melainkan paksu dan maksunya.
Dia malu.
Dia segan dengan semua orang. Biarlah dia menyendiri dahulu.
"Baliklah. Kedatangan kau orang dekat sini melukakan lagi hati Zehra." Ayad bagi kata putus.
"Bang...."
Suraya dijeling. Wanita itu terus menunduk. Tidak berani mahu melawan. Bukan apa, dia cuma kasihankan abang dan kakak iparnya. Mana tahu kedatangan mereka ke sini mahu memohon maaf dengan seikhlas hati?
Hati orang kita tak tahu. Senanglah cakap itu ini, tapi kita tak tahu apa yang mereka sedang rasakan.
"Yad, tolonglah... Bagilah kami bercakap dengan Zehra. Sekejap pun jadilah. Kami betul-betul rindukan dia." pujuk Aisyah dengan pandangannya yang sudah berkaca lagi.
Ibu tak sampai hati nak biarkan anak ibu dekat sini....
"No! Pergi balik! Aku tak izinkan kau orang berdua melawat Zehra lagi. Selagi aku masih boleh bersabar, baik kau orang balik. Aku tak nak kotorkan tangan aku dekat sini. Balik!"
Izz bangun daripada kerusi. Lengan Aisyah ditarik pergi daripada situ. Tak apalah. Kalau itu yang terbaik, dia akan berikan Zehra masa. Salah mereka juga kerana pulaukan Zehra selama ini.
"Jom balik, Syah."
Aisyah menggeleng tidak mahu. Air matanya merembes keluar.
"Tak nak! Saya nak jumpa Zehra. Saya nak minta maaf dengan dia, bang."
"Nanti kita datang lagi, okey? Dah lewat malam ni." pujuk Izz lembut. Bibir membuang keluhan berat tatkala Aisyah tetap menggeleng dan menangis.
"Sayang.... Jom?"
Aisyah tidak melawan lagi. Zehra direnung sayu sebelum langkah suaminya diekori keluar daripada wad peribadi itu. Hilang susuk tubuh mereka berdua, Ayad menghela nafas panjang. Punggung dihempaskan diatas sofa.
"Sampai bila abang nak marahkan dia orang? Kita bukan sesiapa nak hukum dia orang sampai macam ni sekali. Abang Izz dengan Kak Aisyah ada hak atas anak dia orang." mangkuk bertingkat diletakkan diatas meja. Tangan Ayad diusap mahu tenangkan suaminya itu.
"Abang cuma tak nak dia orang lukakan hati Zehra lagi. Itu je. Cukuplah mereka dera mental Zehra, abang tak nak pula dia orang dera fizikal Zehra."
"Astaghfirullah, abang! Apa cakap macam tu? Takkanlah Abang Izz dengan Kak Aisyah nak buat Zehra macam tu? Kalau betul pun abang marahkan dia orang, janganlah merepek sampai macam tu sekali. Tak baiklah...." Suraya berlalu ke bilik air bersama buah-buahan yang dibelinya untuk dibasuh.
Ayad sekadar memerhati tingkah laku isterinya. Tidak menjawab balasan isterinya tadi. Entah, setelah apa yang berlaku, dia jadi tak yakin nak lepaskan semula anak buahnya itu kepada kakak dan abang iparnya. Takut fikiran Zehra asyik terganggu. Lagi-lagi waktu Zehra mengandung ni.
Ayad tidak memandang Danial. Sebaliknya hanya merenung cawan teh yang berada dihadapannya itu. Walaupun termenung panjang, telinga tetap dapat mendengar apa yang Danial ceritakan.
"Kau dah dapat cari mamat tu?"
Danial angguk kepala. Telefonnya dikeluarkan lalu diletakkan dihadapan Ayad. Kepala toleh kekanan dan kekiri. Memerhati kalau ada yang curi mendengar.
Ayad mengangkat keningnya. "Buat apa dia pergi sana? Cari perempuan tu?"
Danial angguk kepala lagi. "Aku tak tahu apa cerita sebenarnya. Tapi yang aku tahu, dia ke sana sebab ada hal penting yang nak diselesaikan dengan perempuan tu."
"Kalau aku dapat tahu dia kahwin dengan perempuan tu, memang aku kerat 'anu' dia. Dia fikir aku tak berani?" Ayad menarik senyuman sinis. Jari telunjuknya diketuk-ketukkan diatas meja.
Danial menelan liur payah. Tangannya terus turun menutup 'anu' kepunyaannya apabila terasa ngilu. Sial punya member! Cakap main lepas!
"Kau pahal? Gian?" Ayad mengherotkan senyumannya apabila dapat menangkap Danial yang seperti cacing kepanasan.
Danial sekadar menjeling. "Zehra mana?"
"Lepas minum susu, terus tidur."
Danial menyengih. "Kau teringin nak ada anak perempuan eh?"
Ayad menjeling. "Ada masalah ke kalau aku nak anak perempuan?"
"Tak adalah. Kalau kau nak, kau boleh je kan minta isteri kau. Lagipun kau orang muda lagi. Izuan pun mesti teringin nak ada adik perempuan."
"Kalau aku sepuk kau, agak-agaknya berguling tak nanti? Umur Izuan tu dah boleh ada anak sendiri. Nak minta adik buat apa?"
Macam biasalah. Danial mesti berfikir guna lutut. Sebab tu perangai minta kaki. Kerjanya asyik nak menyakat aje.
"Apa sebut-sebut nama orang ni, abi? Kalau abi bagi Wan adik, Wan okey je. Malaslah Wan nak kahwin. Nanti jadi kes macam Zehra tu." celah Izuan yang kebetulan baru pulang daripada markas.
Ayad menjeling anak lelakinya. Manakala Danial tersengih seraya mengangkat tumbs up. Sokong dengan kata Izuan.
Ini barulah anak saudara aku!
"Ha, Wan pun dah bagi greenlight. Apa salahnya, kan?"
"Sudahlah! Bercakap dengan kau orang ni, boleh stres kadang-kadang." Ayad berjalan masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Danial dan Izuan diluar.
Danial dan Izuan ketawa berdekah. Yes! Kali ni menjadi pun kenakan Ayad! Satu kemenangan yang besar bagi mereka.
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...