"Ray ingatkan nak bawa Zehra balik rumah Ray. Boleh ke?" soal Arrayyan perlahan. Takut-takut mahu bertanya.
Biarpun sudah jadi menantu, rasa gerun dalam diri terhadap lelaki yang bergelar bapa mentua ni masih ada lagi. Nampak sahaja tenang, tetapi sebaliknya? Kita sendiri tak tahu.
"Apa pula tak boleh? Bawa je lah. Lagi pun kamu suami dia." selamba Izz menjawab.
Betullah. Arrayyan suami Zehra. Dia berhak nak buat apa-apa saja pada Zehra. Tetapi kalau dah sampai naik tangan, itu dia memang tak boleh. Dia dulu pun tidak pernah naik tangan pada anak-anak, ini pula orang luar. Memang dia tidak akan sesekali benarkan perkara itu terjadi pada anak-anaknya.
Nak nak lagi Zehra. Zehra itulah satu-satunya puteri dalam keluarga ini. Anak yang manja dengan keluarganya. Dijaga rapi oleh adik-beradik lelakinya. Luthfi dan Qayyum. Dia pasti yang Luthfi dan Qayyum juga tak akan sesekali benarkan orang lain menyakiti adik kesayangan mereka.
Percayalah. Dia sayang semua anak-anak dia sama rata. Tak ada lebih, dan tak kurang. Cara mendidik pun sama. Tak ada istilah dia tu special atau apa. Kalau dia rasa ada yang terkurang, cepat-cepat dia akan meminta maaf. Kadang-kadang dia juga terlupa. Alpa dengan dunia. Tetapi bila dikaitkan dengan keluarga kecilnya, tidak akan sesekali dia mendiamkan diri.
"Zehra dah tahu ke yang kamu nak bawa dia balik rumah kamu?"
Arrayyan menggeleng. Baru rancang. Belum ada masa nak bagi tahu.
"Pergilah tanya dia dulu. Bincang elok-elok dengan dia. Lagi pun tak lama lagi dia dah kena lapor diri dekat hospital. Dah mula bekerja. Takut juga kalau rumah kau orang jauh dari tempat kerja Zehra nanti." bicara Izz perlahan.
Walaupun ada kalanya dia berat hati mahu melepaskan Zehra kepada orang lain, tetapi dia juga perlu fikirkan kebahagiaan hidup Zehra. Takkanlah selamanya Zehra mahu duduk berkepit dengan ibu abah dia.
"Nanti Ray cuba bincang dengan dia. Dia pun tak bagi tahu yang dia dah nak masuk kerja."
"Nak bagi surprise lah tu kot. Dia kata dia dapat ganti tempat Rayyan."
Arrayyan angkat kepala memandang Izz. Ganti tempat Rayyan?
Arrayyan memandang Zehra yang membelakangi dirinya lama. Tanpa sedar dia menghela nafas perlahan. Kuat ke aku nak hadap semua ni?
Bibir dipaksa mengukir senyuman manis.
"Zehra," panggil Arrayyan perlahan.
Laju Zehra berpaling kebelakang. Membalas senyuman manis Arrayyan. "Ya?"
"Dah habis menggosok baju ke? Sinilah. Borak sama-sama." tempat kosong disebelahnya ditepuk-ditepuk. Menyuruh Zehra duduk disebelahnya.
"Sikit lagi. Sekejap ya?"
Arrayyan sekadar angguk kepala. Membiarkan Zehra menghabiskan kerjanya dulu. Zehra berpaling kembali mahu menyambung kerjanya. Baju kemeja putih Arrayyan digosok dengan berhati-hati.
Dalam banyak-banyak baju kemeja, Arrayyan paling suka baju kemeja berwarna putih, hitam, maroon dan navy blue. Tapi kemeja yang selalu dipakainya mesti warna hitam. Tak pun putih. Entah kenapa. Dia pun tidak tahu. Abah, Luthfi dengan Qayyum pun sama. Suka betul dua warna itu.
Beberapa minit berlalu. Zehra selesai menggosok baju mereka berdua untuk digunakan pada esok hari. Plan untuk esok, dia sudah rancang betul-betul. Harapnyalah semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
Zehra ambil tempat disebelah Arrayyan yang duduk diam merenung dirinya. Duduk bersila menghadap Arrayyan. Begitu juga dengan Arrayyan.
"Ada apa? Nak borak apa?" polos Zehra bertanya dengan mata yang membulat.
Arrayyan tergelak kecil. Comel!
"Esok kau kerja?"
Perlahan-lahan Zehra angguk kepala. Bibir bawah gigit. Macam mana Arrayyan boleh tahu? Rasanya dia tak beritahu Arrayyan lagi.
"Abah bagitahu tadi." bagai tahu apa yang difikirkan Zehra, Arrayyan terus membuka mulut menjawab.
"Sorry... Saya nak bagitahu awak tapi lupa. Ingatkan nak bagitahu lepas saya gosok baju tadi, tapi awak dah tanya dulu." tangan Arrayyan dikucup lembut. Meminta maaf.
"Tak apa. By the way, kau ganti tempat Rayyan?" Zehra sekadar angguk kepala.
Arrayyan hanya senyum. "Aku ingatkan nak bawa kau ke satu tempat esok. Tapi bila dapat tahu kau dah masuk kerja esok, tak apalah. Lain kali."
"Alah, iya ke? Kalau macam tu, tak apalah. Saya cuba minta cuti. Lusa baru masuk." serba salah pula rasanya apabila Arrayyan terpaksa batalkan plannya kerana dia bekerja esok.
"Tak apalah. Kau masuk je lah kerja. Lagi pun first day, kan? Lain kali boleh je pergi. Tak penting pun."
Tak penting? Arrayyan tersenyum hambar.
Mesti Zehra lagi excited nak masuk kerja berbanding nak pindah masuk rumah baru mereka berdua.
Tak apalah, Ray. Lain kali boleh.
Arrayyan pujuk hatinya daripada berkecil hati. Tidak mahulah dia kecil hati hanya disebabkan perkara kecil macam ni. Nanti orang kata apa pula. Suami tak faham isteri sendiri.
"Sungguh? Kalau penting, tak apalah. Saya boleh je cuti."
"Tak apa, Zehra. Tak penting pun. Jangan risau. Dah, tidur. Esok kau kena bangun awal."
Zehra tersengih. Betullah! Esok kena bangun awal. Bangun subuh, sediakan sarapan, gerak ke tempat kerja pukul 7 pagi.
Arrayyan tarik Zehra baring diatas lengan kekarnya. Zehra hanya menurut. Tidak menghalang. Selimut ditarik membaluti mereka berdua.
"Awak tahu, saya tak sabar nak masuk kerja esok! Saya nak bersihkan bilik kerja arwah, nak simpan dan buang yang mana perlu dan tak perlu." teruja Zehra berceritakan tentang plannya esok hari.
Arrayyan hanya diam mendengar. Excited? Betullah apa yang dia rasakan tadi.
Dia terpaksa pujuk lagi hatinya daripada kecewa dan kecil hati. Benda kecil je, Arrayyan. Janganlah ambil serius sangat. Kau kena faham keadaan isteri kau.
Habis tu, aku? Siapa yang nak faham aku?
"Awak dengar tak apa yang saya cerita ni?"
"Hm...." Arrayyan mengeratkan pelukan.
"Dah, tidur. Esok nak guna tenaga banyak."
Zehra hanya akur. Mata dipejamkan sebelum lena dibuai mimpi. Dengkuran halus menyapa gegendang telinga Arrayyan.
Arrayyan menghela nafas berat.
Tak apalah, Arrayyan. Kau pujuklah hati kau sendiri. Tak ada sesiapa yang kisahkan kau pun. Jangan pening-pening nak fikirkan masalah yang memang tak ada jalan penyelesaian dia.
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Acción2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...