6

969 74 2
                                    

"Dah habis dating dengan Zehra?" tegur Rihanna dimuka pintu dengan keningnya yang terjongket.

Rayyan tersengih. Beg kertas yang berisi barangan yang dibeli tadi dibawa keluar daripada kereta kecuali hadiah hari lahir Rihanna. Itu hadiah lain. Hadiah daripada dia dan Zehra. Memang sama-sama rancang nak bagi hadiah yang sama kepada Rihanna. Special bukan?

"Dah tapi belum puas. Rasa macam nak spend time satu hari dengan dia." selamba Rayyan membalas. Kasutnya dibuka dan disusun. Kaki membuka selangkah masuk ke dalam rumah.

Rihanna membuat mimik muka. Ei, gediknya! Tolong.... Dia bukan abang saya. Sila kutip sebelum manusia ini dilemparkan ke dalam loji kumbahan.

"Please! Saya di sini masih belajar dan single mingle. Tolong hormat ya." tangan dinaikkan ke atas bahu. Mata digulingkan ke atas.

"Eh, tadi kau yang tanya kan?"

"Iyalah, memang Na tanya tadi. Tapi tolong jangan tunjuk sangat kemesraan tu ya." Rayyan tergelak mendengar balasan daripada Rihanna. Inilah orang bila dengki dengan kebahagian abang sendiri dengan sahabat. Banyak betul alasan yang dibagi.

"Hadiah untuk aku? Tak ada ke?"

Rayyan memusingkan kepala memandang Rihanna yang berdiri dibelakangnya. Kening dijongketkan. "Excuse me? What is it? Hadiah?"

Rihanna angguk kepala berkali-kali. "Iyalah. Hadiah. Hadiah birthday."

"Bukan birthday kau minggu depan ke?"

"Tak salah kan kalau minta awal?"

"Iya, tak ya juga kan. Tapi maaflah. Belum beli. Tunggulah minggu depan ya. Terima kasih. Aku nak masuk bilik dulu. Nak qada' tidur. Bye!" laju Rayyan melangkah menaiki tangga untuk menuju ke biliknya yang berada ditingkat dua. Laju-laju sebab tak nak Rihanna banyak tanya. Padahal ada je hadiah dia dalam kereta tu.

Rihanna menghentakkan kakinya tidak puas hati. "Rayyan Han! Tak nak kawan kau!" jerit Rihanna sekuat hati. Geram betul!

Rayyan yang berada didalam bilik sudah tergelak besar. Plith! Adik siapa ni? Hahahaha!

***

Seusai sahaja membersihkan diri, Zehra duduk dibirai katil. Matanya tertunak kepada beg kertas pemberian Rayyan tadi. Tertanya-tanya dengan isi beg kertas itu. Apa isinya sampaikan beg kertas itu pun bersaiz besar.

Zehra membuka langkah mendekati sofa kecil. Tidak dilupakan dengan mencapai hadiah pemberian Rayyan itu. Duduk diselesakan diatas sofa. Tanpa banyak bunyi, tangam diseluk ke dalam beg kertas itu dan megeluarkan isinya.

Dahinya berkerut tatkala isinya dua buah kotak bersaiz segi empat sama yang berlainan warna. Satu kotak berwarna maroon, satu lagi kotak berwarna hitam keemasan. Apa ni? Kenapa rasa macam special sangat?

Kotak berwarna maroon dibuka dahulu. Mulutnya terlopong. Tangan naik menekup mulut. Alangkah terkejutnya dia melihat isi kotak itu. Sepasang telekung berwarna pink pastel.

Cantik.

Cantik sangat-sangat.

Macam mana Rayyan boleh tahu tentang telekung ini? Inilah telekung yang dia idami selama ini. Mahu beli, tetapi masih belum kesampaian. Nak beli saja, pasti akan kehabisan stok. Mana taknya. Telekung ini diperbuat daripada kain yang berkualiti, kain yang sejuk, design yang simple tetapi cantik.

Kotak berwarna hitam keemasan pula dibuka. Sekali lagi dia terlopong. Tangan naik menekup mulut. Tetapi kali ini air mata mula bergenang dipelupuk mata. Tidak tahan lagi, air mata dibiarkan jatuh di atas pipi. Perasaannya dikala ini bercampur baur. Terharu, gembira, sebak. Macam-macam lagilah.

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now