3

1.2K 85 2
                                    

"Kau nak balik dah?"

Luthfi anggukkan kepala. Matanya menjeling Ikram yang sudah tersengguk-sengguk disebelah Dyan. Dah melahap dua aiskrim, dengan coklatnya. Last-last terus tidur kekenyangan.

Dah pesan banyak kali. Bila waktu malam, jangan makan makanan yang manis macam tu. Tapi degil. Sama lah macam mama dia tu. Orang cakap jangan makan asam, tetap nak makan juga.

Nak marah, takut kecil hati nanti. Merajuk. Tak pasal-pasal kena tidur luar. Tapi tak apa. Lelaki beli beras. Apa takut?

"Ouh, okay. Drive safe."

Luthfi angguk kepala lagi.

"Kau? Tak balik?"

Rayyan tergelak. Dia gelengkan kepala. Luthfi lupa ke dia bekerja sebagai apa? "Aku kena masuk kerja."

Luthfi membulatkan mulutnya membentuk huruf 'o'. Setelah itu dia tersengih. "Sorry, aku lupa. Aku ingatkan kau cuti hari ni."

Kan dah agak. Sejak dah ada anak seorang ni, cepat betul jadi pelupa. Padahal umur baru 25 tahun. Dah nak masuk 26 tahun. Bukannya 56 tahun.

"Okeylah, aku balik dulu. Dia orang semua ni pun dah mengantuk. Kau jangan tak tidur pula. Aku sekeh kau nanti." pesan Luthfi sebelum meletakkan Ikram ditempat duduk belakang. Tali pinggang siap-siap dipakaikan.

"Khab...." malas-malas Rayyan membalas. Ambil kau. Sekali keluar bahasa bahasa orang siam, ha. Terkulat-kulat kau nak faham.

"Kau orang berdua terus balik. Jangan nak singgah mana-mana. Dapat tahu kau orang balik lambat, siap eh. Mark my word, Qayyum... Zehra..."

Qayyum dan Zehra masing-masing persis burung belatuk. Angguk-anggukkan kepala tanda memahami pesanan Luthfi. Sejak dah ada anak ni, makin kuat bebel Luthfi ni ya. Kalau dulu susah nak dengar dia membebel, sekarang... Hm, setiap hari kalau boleh nak membebel. Tak faham kami.

"Iya... Iya... Kami faham."

Luthfi menjeling tajam kedua-dua adiknya. Faham, faham... Tapi orang cakap bukannya nak dengar. Degil! Masak sangat dengan perangai mereka berdua ni.

Selepas itu, kereta Luthfi perlahan-lahan keluar daripada tempat parking sebelum membelah jalan raya yang agak lenggang itu. Jam pun sudah menunjukkan pukul 12 malam. Memang tidak hairanlah masing-masing pun sudah mula mengantuk.

"Kami balik dulu, Rayyan." ujar Qayyum.

Rayyan membalas dengan menganggukkan kepalanya. Matanya tak lepas daripada memandang kelibat Qayyum dan... Zehra yang masing-masing masuk memasuki kereta. Buah hati jantung pengarang dalam diam.

Diam-diam sudahlah. Shh!

Melihat Qayyum yang sudah meloloskan diri ke dalam kereta itu, Zehra mengambil kesempatan untuk menunduk sedikit kepalanya dan menarik senyuman manis untuk Rayyan. Khas. Istimewa. Hahahaha!

Suka sama suka. Tapi, macam biasalah. Malu tapi mahu. Malu tahi ayam ya.

Rayyan terpegun seketika. Jantungnya berubah rentak. Jangan macam ni.... Tak bekerja aku nanti.

Ouh, iya. Rizqi dengan Rihanna awal-awal lagi sudah pulang ke rumah. Esok kena pergi kuliah awal katanya. Entahlah.... Setiap hari Khamis mesti kena hadir awal. Sejak bila pula peraturan bertukar jadi macam tu ya?

Kereta milik Qayyum dihantar dengan pandangan. Bila kau nak melamar, Yan? Tunggu kena kebas dulu baru terhegeh-hegeh nak melamar ke, apa? Atau nak tunggu aunty Aisyah jemput datang ke rumah dulu?

Bukan tak nak, tapi tengah tunggu masa yang sesuai. Nanti-nantilah dia berfikir.

***

Zehra menjungkitkan keningnya melihat Rihanna yang moodnya sudah bertukar menjadi singa kelaparan. Masam sahaja mukanya. Garang. Tetapi tetap menjadi pujaan hati.

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now