"Tak apa, bah. Biar Ray yang uruskan Zehra." walau apa-apa pun, dia tetap perlu tenangkan keluarganya. Tidak mahulah kerana dia, keluarga ini berpecah belah.
"Kau sengaja cari pasal dengan menantu dan anak aku, kan?" Aisyah memincing tajam pada Jennie. Membuatkan Jennie menelan liur payah kerana ketakutan.
Tipulah kalau dia tidak kenal perempuan dihadapannya ini. Aisyah, isteri King Izz Farhan. Mereka berdua memang sudah lama dikenali dan terkenal dalam dunia Mafia. Terkenal dengan ketegasan dan kecekapan mereka dalam apa jua keadaan. Senjata, strategi, latihan, pengambilan anak buah. Semuanyalah yang berkaitan.
"Kau tercegat lagi dekat sini buat apa?! Baliklah sana! Nak tunggu orang bentang karpet dulu baru nak blah! Kau ingat kau anak raja nak tunggu orang pamit kau dulu?!" suara Aisyah meninggi menghalau Jennie keluar daripada rumah menantu dan anaknya. Dadanya berombak kencang. Pantang betul nenek moyang ada yang cuba nak ganggu rumah tangga anak-anaknya.
Bahu Rihanna, Rizqi dan Zehra terhinjut terkejut dek jerkahan Aisyah itu. Faham yang Aisyah ni memang pandai marah, tapi tidak sangka pula mereka yang Aisyah boleh semarah itu. Boleh jadi Izz ketika baran juga.
Jennis mendengus kasar. Beg tangannya dicapai lalu menapak keluar daripada rumah itu. Kakinya dihentak-hentakkan diatas lantai. Tunjuk protes!
"Hentaklah lagi kaki tu kalau kau nak aku patahkan kaki kau bagi anjing makan!" sambung Aisyah lagi dengan jelingan tajamnya.
Hilang terus bunyi hentakan kaki daripada Jennie. Suasana menjadi sunyi sepi. Masing-masing buntu tidak tahu mahu buat apa. Mereka masih lagi dikawal dengan api kemarahan.
"Zehra, jom? Aku nak cakap dengan kau sikit." perlahan suara Arrayyan mahu memujuk Zehra.
Melihat Zehra tidak berganjak, segera Arrayyan menarik lengan Zehra menuju kebelakang rumah. Pergi ke padang yang luas. Hanya ada dia, Zehra dan kuda sahaja.
Sudah jauh daripada ahli keluarganya, Zehra laju menepis tangan Arrayyan. Hingus disedut lama. Air mata dipipinya dikesat menggunakan hujung lengan baju. Argh, dia tidak sukakan perasan kasihan ini!
Memang patut dia marahkan Arrayyan kerana Arrayyan menipu! Arrayyan pembunuh! Dialah yang rancang pembunuhan Rayyan! Tetapi kenapa dia masih lagi ada rasa belas kasihan terhadap lelaki itu?
"Zehra...."
"Awak pembunuh, Arrayyan. Kenapa awak tergamak buat Rayyan macam tu? Apa salah Rayyan pada awak?" Zehra memusingkan badan menghadap Arrayyan. Arrayyan dipandang dengan penuh kebencian.
Disebabkan Arrayyan, Rayyan mati! Disebabkan Arrayyan, dia tidak dapat bersuamikan Rayyan! Disebabkan Arrayyan juga... Dia kehilangan lelaki sebaik Rayyan Han!
Arrayyan membuang keluhan panjang. Tetap bersabar dengan semua tuduhan yang dilontarkan daripada Zehra untuk dia.
"Kau salah faham, Zehra. Aku tak pernah buat macam tu pun. Aku tak pernah cakap dekat dia macam tu. Percayalah cakap aku, Zehra." pujuk Arrayyan dengan lembut.
Zehra tersengih sinis. Pelipisnya diurut perlahan. Banyak sangat menangis sampaikan pening kepala. Pening dengan drama pukul 7 malam macam ni. Allah!
"Kau nak aku percayakan kau setelah apa yang kau dah buat pada Rayyan? Dia abang kembar kaulah, Arrayyan! Manusia jenis apa kau ni sanggup bunuh darah daging sendiri?!" tempik Zehra hilang kesabaran. Disebabkan dia, aku kena tanggung rindu yang menggunung pada Rayyan!
Arrayyan meraup rambutnya kasar. Apa lagi cara yang ada untuk pujuk Zehra supaya percayakan dia? Sumpah, dia tak buat pum kerja macam tu! Dia tak pernah berkomplot dengan sesiapa untuk bunuh Rayyan! Tak mungkin lah dia tergamak nak bunuh abang kembar sendiri!
"Zehra, aku—"
"Kau pengecut, Arrayyan." bahu Arrayyan ditolak dengan jari telunjuknya.
"Kau memang lelaki pengecut! Menyesal aku terima kau jadi suami aku. Aku menyesal sebab tak suruh ibu tolak pinangan kau. Aku menyesal kenal kau, kau tau tak?!"
Arrayyan terdiam seribu bahasa setelah mendengar kata-kata penyesalan daripada mulut Zehra. Wajah Zehra yang sembap itu ditenung lama. Cuba menjadi kebenaran.
Dan yang ada dimata Zehra cuma kebencian terhadap dirnya sahaja. Tiada lagi pandangan penuh kasih sayang, tiada lagi pandangan yang sarat dengan cinta, tiada ada semua itu.
"Kau nak aku lepaskan kau?"
Giliran Zehra pula terdiam. Merenung wajah Arrayyan lama.
"Ya. Aku perlukan kebebasan daripada pembunuhan macam kau." balas Zehra dengan nada yang mendatar. Riak wajahnya kelihatan kosong setelah apa yang berlaku tadi.
Arrayyan menunduk. Hatinya bagai disiat-siat mendengar balasan yang keluar daripada mulut Zehra. Zehra belum dengar penjelasan yang sebenar lagi dah buat tindakan melulu. Dia sendiri dah tak tahu nak jelaskan macam mana.
"Aku akan bagi kau masa. Fikirkan dulu. Kalau kau betul-betul nekad untuk aku lepaskan kau, aku akan pulangkan kau kepada ibu abah dengan cara yang baik. Buat masa ni, aku tak akan kacau kau. Aku bagi kau masa untuk kau fikir baik-baik. Aku tak nak kau buat tindakan melulu."
Arrayyan merapatkan dirinya dengan Zehra sebelum tubuh isterinya itu dipeluk lama. Tepi kepala Zehra dikucup lembut.
"Tak nak sedih-sedih, okey? Aku tak kisah kau nak salahkan aku. Tak apa, aku faham kau masih belum dapat terima pemergian Rayyan. It's okay, princessa."
"Jaga diri baik-baik, hm? Kalau kau nak pergi mana-mana, pastikan minta izin ibu abah dulu. Kau nak bagitahu aku pun tak apa. Tak nak bagitahu pun tak apa. It's up to you. Jangan lupa makan banyak. Aku tak nak tengok kau kurus nanti. Okey?"
Dahi Zehra dikucup pula. Lama. Seakan-akan mahu memberitahu sesuatu. Tetapi, tidak dapat Zehra fahami. Tidak pula Zehra menolak perbuatan Arrayyan.
Selepas itu, Arrayyan melepaskan pelukan. Wajah Zehra ditatap buat kali terakhir sebelum pergi meninggalkan Zehra berseorangan. Memberi ruang untuk Zehra berfikir panjang dengan keputusannya.
Sebelum keluar, Arrayyan berjumpa dengan ibu dan bapa mentuanya dahulu. Tangan mereka berdua disalam dan dicium.
"Jagakan Zehra untuk Ray, ibu... Abah. Ray bagi dia masa untuk berfikir. Kalau ada apa-apa, call je Ray." pesan Arrayyan pada ibu dan bapa mentuanya.
Bahu Arrayyan ditepuk-ditepuk. "Jangan ambil hati dengan Zehra, ya? Abah dengan ibu minta maaf bagi pihak dia sebab dah keterlaluan dengan kamu."
Arrayyan tersenyum nipis. "Tak apa, bah. Ray faham emosi dia kadang-kadang tak menentu."
"Ray pergi dulu, assalamualaikum...."
Salam Arrayyan sekadar dijawab didalam hati. Pemergian Arrayyan dihantar dengan pandangan yang sayu. Allah!
Jika benar mereka masih lagi berjodoh, panjangkanlah umur dan jodoh mereka. Berikan mereka ketenangan dan kematangan ketika membuat keputusan.
"Rihanna dengan Rizqi balik dulu. Jangan ceritakan benda ni pada Airiel dengan Luna, ya?"
Rihanna dan Rizqi membalas dengan anggukan kepala. "Baik, pak ngah... Mak ngah. Kami balik dulu. Pak ngah dengan mak ngah jangan lupa berehat."
Izz dan Aisyah sekadar tersenyum lalu anggukan sahaja pesanan mereka.
"Kita pun kena balik, bang. Biarkan Zehra fikir sendiri salah dia. Biar dia sedar salah dia."
Izz angguk kepala setuju. Tidak mahu berlama, lantas mereka berdua keluar daripada rumah itu. Sayu dan suram sahaja suasana rumah itu setelah pergi satu per satu orang. Tiada lagi suasana ceria.
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Acción2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...