12

818 63 1
                                    

Buk!

Meja kayu yang berada ditengah-tengah bilik itu dihentak kuat oleh Dario. Dadanya berombak kencang. Tangannya dikepal kuat. Wajah tuanya membengis. Membuatkan anak-anak buahnya kecut perut menunduk menekur lantai.

Tak guna kau, Lucca! Anak luar nikah tak sedar diri! Aku yang kutip kau masa kau kecil, kau tahu?!

"Apa yang kita nak buat pada Lucca, Tuan?"

Dario tersenyum sinis. Kepala diangkat memandang satu per satu anak buahnya yang sedang berdiri tegak dihadapannya.

"Sekarang, dah tiba masanya. Kita pergi ke langkah yang terakhir. Aku dah penat nak menunggu. Anak aku terseksa disebabkan mereka semua!"

"Destroy all of them! Jangan tinggal satu pun!"

Anak-anak buah Dario menunduk. Akur dengan arahan tuan mereka.

"Arahan diterima!"

Kita akan berjumpa King. Tuan Izz Farhan.

Kita akan berjumpa nanti.

***

Rayyan tersenyum tatkala anak matanya tertunak pada tubuh kecil gadis kesayangannya yang duduk termenung diatas salah satu dahan pokok yang tumbung berhadapan dengan pantai. Kalau dari side angle gadis itu sahaja dah cantik, apa entah lagi berhadapan.

Masyaa Allah! Bidadari syurgaku!

Dia berjalan mendekati gadis itu. Tempat kosong disebelah gadus itu menjadi tempat punggungnya dilabuhkan.

"Jauh betul termenung."

Gadis itu tersentak sedikit sebelum membalas senyuman Rayyan.

"Apa yang Zehra fikirkan?"

Kedengaran keluhan keluar daripada bibir Zehra. Membuatkan Rayyan mengerutkan dahi kehairanan.

"Kenapa? Nak share something?"

Zehra menoleh memandang Rayyan. Wajah kacak itu ditenung lama. Satu per satu bahagiam yang Zehra tilik. Daripada rambut Rayyan yang tersikat kemas, keningnya yang lebat, bulu mata yang lentik, matanya yang sedikit sepet, hidung yang mancung, bibir—

Wajah Zehra pula yang membahang kepanasan. Bibir Rayyan yang seksi. Huehuehue! Dan last sekali, rahangnya yang tajam dan kelihatan seksi. Gatal!

Cukup sempurna dimata Zehra. Tidak pernah sekali pun dia menganggap Rayyan seperti apa yang orang luar anggap.

Anak luar nikah.

Tidak. Rayyan tidak bersalah. Dia cukup sempurna. Dia tidak suka kalau ada orang yang berani sebut ayat 'anak luar nikah' dihadapannya. Paling pantang!

Rayyan tersenyum. Termenung lagi! Jari dipetikkan dihadapan Zehra yang sudah termenung lama.

"Zehra? Hey, apa yang awak menungkan dari tadi?"

Zehra tersedar. Bibirnya menyengih kerang busuk.

"Semalam... Saya ada mimpi."

Rayyan diam mendengar. Membiarkan Zehra bercerita.

"Saya mimpi yang awak dah tak ada. Saya pergi kubur awak. Saya baring dan tidur diatas pusara awak." tangan Zehra mula menggigil kecil. Air mata bergenang dipelupuk mata.

"Saya takut—" Zehra terdiam seketika.

"Saya takut kalau awak betul-betul tinggalkan saya. Sama macam mimpi tu."

Rayyan sedikit tersentak. Zehra mimpi macam tu? Kenapa mimpi tu hampir sama dengan mimpi yang pernah dialaminya hari itu? Dia geleng-gelengkan kepala. Mainan mimpi je tu Yan.

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now