S2 | Bab 16

1K 66 6
                                    

OST: Di persimpangan dilema by Terry


Zehra tersengih tatkala susuk tubuh maksunya kelihatan. Lantas tubuh itu didekati dengan langkah yang perlahan. Kalau bab mengusik, serahkan saja pada Zehra. Perempuan itu pasti ada jalan untuk mengusik.

"Bah!"

"Oh mak kau!"

Zehra tergelak kuat. Lengan maksunya dipeluk erat. Butir air mata yang mahu jatuh diseka perlahan. Lama betul tak usik maksu!

"Hish, Zehra! Nasib baik pisau ni maksu tak acukan pada kamu. Kalau tak, dah innalillah dekat sini." Suraya menggelengkan kepala. Bertuah punya anak buah!

Zehra sambung gelak. Jaranglah maksu tak menghiburkan. Ini yang sayang banyak ni!

"Maksu buat sarapan apa?" kepala menjenguk sedikit melihat dalam kuali.

Oh, kari ayam. Mesti nak buat roti jala. Maksu ni macam tahu-tahu je orang tengah mengidam nak roti jala.

"Wah! Maksu ni, macam tahu-tahu je Zehra tengah mengidam nak makan roti jala."

Maksu menoleh memandang anak saudaranya lalu senyum manis. Api dapur ditutup. Lengan Zehra ditarik keluar daripada dapur. Zehra didudukkan diatas kerusi meja makan.

"Mestilah maksu tahu. Anak buah kesayangan maksu ni. Zehra duduk sini kejap. Maksu nak hidangkan. Nanti tunggu yang lain turun, baru kita makan sama-sama okey?" Zehra tersenyum lebar. Laju kepala dianggukkan.

Tak sabarnya!

Tak lama selepas itu, Ayad dan Izuan menghampiri mereka berdua. Mereka mengambil tempat dimeja makan. Ayad tersenyum nipis tatkala melihat senyuman lebar Zehra. Sudah lama dia tidak nampak senyuman lebar Zehra sejak kejadian 'itu'.

"Lebar senyuman tu, Ra? Ada apa-apa ke?" Izuan menjongketkan keningnya pada Zehra.

Zehra sekadar tersengih kerang busuk.

"Zehra mengidam roti jala. Itu yang umi tolong buatkan. Tak perlulah nanti susah-susah beli dekat luar." jawab Suraya bagi pihak Zehra.

Mangkuk yang berisi kari ayam diletakkan disebelah bekas kaca yang berisi roti jala. Zehra menelan liur. Perutnya diusap perlahan. Pergh, maksu! Kenapa tak jadi chef je?

"Ha, mengidam? Zehra mengandung ke?" soal Izuan dengan muka blur nya. Wajah abi, umi dan Zehra dipandang meminta penjelasan.

"Lah, abi awak tak bagitahu ke? Hm, bertuah punya abi!" Suraya bercekak pinggang memandang suaminya bersama renungan tajam. Tetapi tidak diendakan oleh Ayad. Ayad tetap dengan muka selambanya.

Dia siapa nak kita bagitahu?

"Zehra dah mengandung. Kau bila nak kahwin? Sampai bila nak membujang?"

Izuan mencebik. Abi ni, macam tak tahu keadaan anak abi ni! Tak sayanglah tu!

"Awal lagi, abi. Bagilah Wan enjoy dulu puas-puas." selamba Izuan membalas. Roti jala yang sudah dicicah dengan kuah kari itu terus dimasukkan ke dalam mulut. Terpejam mata saat roti jala itu melalui tekaknya.

"Umi! Sedapnya!"

Bahu Izuan ditumbuk. "Kau tak payah nak mengelak. Aku tahu, tahun ni juga kau kena kahwin. Muktamad!" ujar Ayad beri kata putus.

Izuan ternganga. Wajah abinya dipandang tidak percaya. "Abi...."

Kemudian wajah uminya pula dipandang dengan wajah minta kasihan. "Umi...."

Suraya sekadar menjongketkan bahunya. Dia sambung makan. Beberapa ketul roti jala diletakkan diatas pinggan Zehra.

"Makan banyak-banyak. Kalau mengidam lagi, bagi je tahu. Okey?" Zehra angguk kepala ceria.

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now