S2 | Bab 4

810 60 9
                                    

Eshan mengerutkan dahinya. Macam mana Arrayyan boleh ada dekat sini? Pelik! Bukankah semalam dia kata....

"Dia masuk kerja hari ni." Arrayyan bersuara setelah lama bertarung dengan perasaannya. Fail ditutup kasar dan ditolak ketepi. Rambutnya diraup kasar kebelakang. Nafas dihela panjang.

Sebal dengan diri sendiri!

"Tapi esok kau dah kena flight ke Rom."

Arrayyan menghelakan nafas lagi. Tangan naik memeluk tubuh. Badan disandarkan dikerusi. "Aku tak tahulah, Eshan."

Eshan turut menghelakan nafas sama. Merenung wajah Arrayyan yang kelihatan serabut. Tidak seperti biasa. Entahlah. Dia pun tidak tahu mahy berkata apa lagi. Dia pun bukan arif sangat bab-bab rumah tangga ni.

"Patut ke aku suruh kau flight tanpa beritahu dia ke mana kau pergi selama seminggu nanti? Kita tengok reaction dia macam mana nanti."

Dahi Arrayyan mengerut. "Apa yang kau merepek ni? Kena parang dengan bapa mentua aku karang, aku heret kau sekali."

Eshan menjulingkan matanya ke atas. "Kau inform lah pasal ni dekat bapa mentua kau. Nanti mesti kita bertiga jadi gang pengembaraan bermula!"

Tanpa aba-aba, kaki Eshan disepak kuat. Mata mencerlung Eshan tajam. Merepek betul mamat boboy ni!

Dahlah kepam!

"Kau balik sanalah kalau nak merepek tak sudah." halau Arrayyan.

Eshan mencebik. Kita dah tolong dia, bukannya nak cakap terima kasih ke, arigatou ke, kamsahamida ke, syukran ke.

"Nyenyenyenye...." ajuk Eshan mahu menyakitkan hati Arrayyan.

Namun Arrayyan langsung tidak terkesan.

"Nyenyenyenye kepala bana kau. Baliklah sana, kepam! Dahlah suka boboiboy!"

"Tak kacau hidup kau pun kan?" balas Eshan tidak mahu kalah.

"Balik, Eshan. Sebelum aku mengamuk, baik kau balik. Kehadiran kau tidak dialu-alukan dekat sini."

Eshan membuat muka. Tidak dialu-alukan kononnya. Padahal dia yang panggil kita datang sini tadi. Takpe, takpe. Kata kawan! Takpe!

"Tealive aku jangan lupa! Kalau tak...." perbicaraan Eshan tergantung.

"Kalau tak apa? Tak minum benda alah tu bukannya mati pun!" Arrayyan menjeling. Sebal betul nak hadap perangai Eshan ni!

Eshan menghentak meja kerja Arrayyan kuat. "Hello, brader? Tealive tu dah macam makanan harian aku tahu tak? Wajib minum, kalau tak boleh kena sawan!"

"Tealive boleh pula beli. Tapi kurma yang menjadi sunnah rasullullah tu tak nak pula beli." sengaja Arrayyan menyakitkan hati Eshan.

Bior sedar sikit boboy tu!

Eshan tersentap. Tapak tangan ditekapkan didadanya. Bibir tercebik-cebik mahu menangis. Sampai hati kau buat kawan kau macam ni? Kata kawan!

"Sebelum singgah beli tealive, aku nak singgahlah masjid dulu. Insaf sekejap."

"Dah lah, balik sana! Mengganggu kau tahu tak!" halau Arrayyan sambil menolak-nolak tubuh Eshan keluar daripada pejabatnya. Apabila Eshan tidak lagi berada didalam ruangan kerjanya, pintu terus ditutup dan dikunci. Tidak membenarkan sesiapa pun mengacaunya hari ini.

Hari ni nak merajuk! Nak balik esok pagi! Jangan tanya kenapa! Siapa tanya, siap dia!

Sempat Eshan menghentakkan kakinya sebelum melangkah pergi meninggalkan ruangan itu. Arrayyan dijeling tajam. Tunggu kau, manusia!

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now