7

925 77 6
                                    

"Yan, ada tetamu nak jumpa kau."

Rayyan angkat kepala daripada terus menatap pada skrin komputer ribanya. Buku rujukan yang digunakan tadi ditutup rapat lalu diletakkan ditepi. Dahinya mengerut.

"Siapa?"

Rizqi menjongketkan bahunya dengan bibir mencebir. "Aku tak tahu tapi..."

Rayyan menunggu Rizqi menghabiskan ayatnya. Keningnya terjongket. "Tapi?"

".... muka dia macam kau." sambung Rizqi perlahan dengan posisi badannya yang menegak.

Rayyan terpempan. Lidah terkelu seketika waktu. Mu—muka sama? Apa lagi yang akan terbongkar selepas ini?

Anak angkat?

Kembar terpisah?

Keluarga kandung?

"Kau tak payahlah banyak fikir. Ada baiknya kau pergi tengok dengan mata dan kepala kau sendiri. Dia tunggu dekat ruang tamu dengan papa dan mama."

"Ouh... Okay. Thank you, Riz" Rizqi angguk kepala. Kaki membuka langkah pergi daripada bilik Rayyan meninggalkan Rayyan yang masih termanggu-manggu sendiri.

Selepas beberapa puluh tahun, baru nak cari aku? Tch...

***

Mata Rayyan menikam tajam anak mata 'tetamu' yang dikatakan oleh Rizqi tadi. Tetamu? Jauh sekali dia mahu menganggap orang itu sebagai tetamu. Bagi dia, lelaki itu cuma ancaman kepada keluarga ini sahaja. Tiada anggapan lain.

"Apa yang kau nak sebenarnya?" soal Rayyan. Dingin.

Dapat Airiel dan Luna merasakan ketegangan diantara mereka berdua. Mereka pun masih lagi belum memahami sepenuhnya. Jadi selama ini Arena melahirkan anak kembar? Rayyan dan... Arrayyan?

Tetapi bezanya Rayyan dijaga sepenuhnya oleh mereka dan Arrayyan dijaga oleh keluarga Declan? Itulah apa yang diceritakan oleh Arrayyan tadi.

Jadi, apa tujuan Arrayyan ke sini? Mahu membawa ancaman kepada mereka?

Arrayyan membalas tatapan tajam milik Rayyan. Hujung bibirnya ternaik membentuk senyuman senget.

"Aku tak nak pun buat semua ni. Tapi disebabkan kau 'abang kembar' aku, jadi terpaksalah aku bagi tahu." ujar Arrayyan bersama jongketan dibahu.

"Berapa kali aku nak cakap? Aku tak ada kembar!" tegas Rayyan menekan perkataan 'kembar'. Tidak menjerit atau meninggikan suara. Riak wajahnya tidak usah dibahas. Dingin dan bengis. Tangannya siap-siap dikepal membentuk penumbuk.

Sekali lagi Arrayyan menjongketkan bahunya dengan mencebirkan bibirnya. "Terserah kepada kaulah sama ada nak percaya atau tidak. Tetapi aku ke sini dengan niat yang baik. Bukan dengan 'ancaman'."

"Apa tujuan sebenarnya kau ke sini? Berkomplot dengan jantan keparat tu untuk bunuh aku dengan keluarga aku?"

"Aku tak habis cakap lagi, bro. Sabarlah. Banyak sangat soalan kau nak tanya dekat aku ni. Tapi... tak apa. Aku akan jawab. Sebelum tu, aku kena bagi tahu dulu tujuan sebenarnya aku ke sini."

Rayyan diam memeasang telinga. Sama juga seperti Airiel dan Luna. Diam-diam memasang telinga mendengar ulahan Arrayyan. Memang tidak dinafikan. Wajah Rayyan dan Arrayyan mirip sekali dengan wajah Arena, mummy mereka. Beza mereka cuma pada hidung yang mancung, bentuk bibir dan warna rambut. Yang membezakan mereka adalah perwatakan.

Rayyan lebih kepada perwatakan yang baik. Tidak terlalu terdedah kepada dunia gelap. Senang cerita, Rayyan seorang yang bebas nak buat apa-apa sahaja. Tetapi setenang-tenang Rayyan, dia lebih ganas, kasar dan kejam bila ada orang yang cuba menyakiti orang yang dia sayang.

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now