Hampir sebulan Arrayyan menghilangkan diri tanpa meninggalkan satu pun jejak. Bila tanya Eshan, dia pun tidak tahu. Mahu bertanya ibu dan abahnya, mereka berdua sudah pulaukan dia sejak perginya Arrayyan menghilangkan diri. Tanya Rihanna dan Rizqi pun, mereka berdua tidak tahu. Bersikap dingin terhadap dia.
Ya, dia tahu dia salah. Dia sudah sedar dengan kesilapan. Sebab itulah dia mahu mencari Arrayyan. Mahu perbetulkan balik semua yang terjadi. Dia nak minta ampun daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Dia sudah jadi isteri derhaka.
Sepanjang Arrayyan menghilangkan diri, tidak pernah sekali pun lelaki itu lupa tanggungjawabnya. Setiap bulan, pasti sahaja ada nafkah yang diberi. Memang benar Arrayyan seorang lelaki yang penyabar. Banyak mana pun Zehra sakitkan hati lelaki itu, tidak pernah sekali pun lelaki itu merungut atau marah.
Kepala yang terasa sakit diurut perlahan. Waktu-waktu macam inilah rasa nak demamlah, gastriklah. Lantas kepala diletakkan diatas sejadah. Memang setiap kali habis solat, sejadah itulah yang menjadi tempat dia rehatkan diri. Sejadah itulah yang menjadi saksi dia menangis setiap malam mengenangkan dosa dia pada Arrayyan.
Sejadah pemberian arwah Rayyan Han.
Selama ini, Arrayyan tak salah apa pun. Salah dia kerana percaya bulat-bulat omongan Jennie itu hari. Dia yang salah. Semua berpunca daripada diri dia sendiri.
Telefon yang berada disebelahnya dicapai. Nombor kakak iparnya, Nadelle dihubungi. Semenjak ibu abah pulaukan dia, Qayyum dengan Nadelle sahajalah yang sudi membantu dia. Mereka berdua sahajalah yang faham keadaan dia, tidak menghukum dia.
"Ya, Zehra? Ada apa-apa ke?"
Zehra tersenyum nipis. "Kak Nad dekat mana? Zehra nak minta tolong Kak Nad hantarkan Zehra pergi farmasi."
"Maaf, Zehra. Akak dengan Qayyum ada dekat rumah keluarga akak. Baru semalam kami sampai sini. Maaf, Zehra. Akak tak dapat teman Zehra."
"Oh, iya ke? Tak apalah. Zehra minta tolong orang lain. Terima kasih, kak."
"Maaf, Zehra. Akak betul-betul tak dapat teman Zehra."
"Iya, kak. Tak apa. Zehra boleh minta tolong Rihanna. Bye, kak."
"Jaga diri, Zehra."
Talian mati. Bibir membuang keluhan berat. Nak ke Rihanna tolong dia? Sedangkan Rihanna pun marahkan dia.
Tak apalah, cuba dulu. Mana tau hati Rihanna sudah sejuk.
Nombor Rihanna pula didail. Tak lama itu talian diangkat. Melebar senyuman Zehra. Rindu minah seorang ni!
"Rihanna, aku—" pudar terus senyumannya.
"Kau nak apa? Aku tak nak bercakap dengan kau selagi Arrayyan tak balik. Pandai-pandailah kau hidup sana."
Talian putus. Mata Zehra berkaca. Allah! Memang semua orang sudah mula bencikan aku. Muka diraup kasar.
Apa aku nak buat sekarang ni?
Seusai sahaja sedekah bacaan yaasin dan menyiram pusara itu dengan air bunga, air mata yang bertakung tadi mula mengalir. Perlahan-lahan. Dada yang terasa sesak cuba untuk dihiraukan.
"Dah lama saya tak melawat awak, sayang."
Sayang.
Itulah panggilan manja mereka dahulu. Biarpun sudah ditegar berkali-kali, Rayyan tetap memanggilnya dengan panggilan sayang. Maklumlah.... Rayyan Han dulu kan degil orangnya. Mana pernah nak dengar kata.
Katanya, biarlah menjadi memori zaman bujang mereka sebelum berumah tangga. Tetapi....
Zehra hanya mampu tersenyum perit. Angan-angan mereka punah. Rayyan pergi sebelum mereka diikat menjadi suami isteri yang sah. Rayyan... Mungkiri janji dia. He's liar.
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...