16

920 62 3
                                    

"Rayyan!"

Mata Rayyan membulat besar. Sekali lagi peluru yang mempunyai racun dan bisa itu masuk ke dalam tubuhnya. Rayyan jatuh terjelepok diatas lantai simen. Darah keluar melalui mulutnya.

Luthfi berlari mendapatkan Rayyan. Begitu juga dengan Arrayyan dan Izuan. Kepala Rayyan dipangku dipahanya. Luka tembakan didada Rayyan itu cuba ditutup menggunakan tangannya. Tetapi sempat tangan Rayyan menghalang daripada memegang lukanya. Kepala digeleng-gelengkan.

"Ja—jangan. Darah aku ada racun dan bisa daripada peluru tu." perlahan Rayyan bersuara.

Air mata Luthfi bertakung. "Kenapa kau buat macam tu?!"

Rayyan tersenyum nipis. "I'm sorry."

"Medical team!"

"Medical team!" jerit Izuan kuat memanggil pasukan perubatan diluar markas.

"Kenapa kau tolak aku?! Kenapa kau tak biarkan aku kena tembak?! Kenapa?!" soal Arrayyan dengan wajahnya yang merah. Marah dengan tindakan bodoh Rayyan.

"Aku tak nak kau cedera. Kau adik aku, Arrayyan. Masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu kau galas. Belum masanya lagi untuk kau pergi." Rayyan terbatuk kuat. Makin banyak darah yang keluar.

Mendengar balasan Rayyan itu, Arrayyan mengetap bibirnya kuat. Dia bangun dan meluru ke arah Black sebelum wajah kacukan itu ditumbuk. Tubuh Black pula ditendang sehingga Black tidak berdaya untuk melawan.

"Kau yang patut mati, bukan abang aku! Pergi matilah, jahannam! Aku benci kau! Aku tak akan maafkan kau!" Arrayyan melepaskan amarahnya pada Black. Dikerjakan tubuh lelaki itu sehingga lunyai.

Manakala Izz mengambil kesempatan untuk menyerang Dario apabila sedar yang Dario terleka.

Bang!

Bang!

Bang!

"Pergi mati!"

Dario dan Black mati. Tidak bernyawa lagi apabila Izz melepaskan tembakan kepada kedua-dua lelaki itu.

Laju Izz dan Arrayyan mendapatkan Rayyan yang sudah nyawa-nyawa ikan. Dada Rayyan berombak kencang. Luthfi dan Izuan sudah dibasahi dengan air mata.

Argh, sepupu kesayangan mereka!

"Mana medical team?!" lantang Izz bersuara memanggil pasukan perubatan apabila sedar yang Rayyan sudah nyawa-nyawa ikan.

"Pak ngah," huluran tangannya disambut Izz.

"Maafkan saya. Maafkan saya sebab tak dapat tunaikan janji saya."

"Kau cakap apa ni?! Kau akan selamat. Tunggu, sekejap lagi pasukan perubatan akan sampai."

Rayyan tersenyum nipis. "Saya sayangkan Zehra. Saya cintakan Zehra. Tapi, Zehra bukan milik saya lagi."

"Jangan merepek!"

Tangan Izz digenggam erat. "Saya minta maaf sebab tak dapat bahagiakan dia. She deserve someone better. Cukup pak ngah tahu yang saya cintakan dia sangat-sangat. Maafkan menantu tak jadi pak ngah ni, ya?"

Fish kau, Rayyan! Sempat lagi melawak!

"Jangan hancurkan harapan anak aku, Rayyan Han. Aku boleh benci kau kalau kau tinggalkan dia."

"Kalau itu yang terbaik, saya tak kisah. Tugas saya untuk membahagiakan anak pak ngah dah selesai. Pesan pada dia, bawakan segulung Master untuk saya. Kata pada dia yang saya cintakan dia. Sangat-sangat."

"Lailahaillallah..."

"Muhammadu rasullullah...."

Tangan yang menggenggam tangan Izz jatuh diatas lantai. Mata Rayyan tertutup rapat. Dada yang tadinya berombak kencang tidak lagi kelihatan. Tepat pada masa itu, pasukan perubatan tiba.

Tetapi, mereka sudah terlambat.

Air mata Izz, Luthfi, Arrayyan dan Izuan bergenang dipelupuk mata. Mereka mengetap bibir kuat menahan diri daripada mengeluarkan esakan.

"Rayyan!" jerit Arrayyan sambil meletakkan dahinya dikekura tangan Rayyan. Mengalir air matanya ditangan Rayyan.

"Kau tipu! Kau kata nak bawa aku pergi kubur mummy, kenapa kau bawa aku pergi kubur kau pula?!"

"Bangun, Rayyan. Bangun! Kau belum tunaikan janji kau lagi! Bangun!" tubuh Rayyan yang tidak bernyawa itu digerak-gerakkan. Cuba untuk mengejutkan Rayyan daripada tidur.

"Bangunlah, Rayyan! Cukup-cukuplah tu tidur!"

Arrayyan menangis berterusan. Berharap yang ini hanyalah mimpi ngerinya.

***

Zehra bangun mencapai telefonnya yang berdering yang terletak diatas katil. Tertera nombor hospital milik abahnya diskrin telefon. Laju jari menggesek ikon hijau ketepi.

"Assalamualaikum. Cik Zehra sedang berada ditalian ke?"

"Ya, saya. Saya sedang bercakap. Ada apa ya?"

"Begini, Tuan Izz meminta saya call Cik Zehra untuk datang ke I.H sekarang juga."

Dahi Zehra berkerut. "Boleh saya tahu, ada apa-apa yang berlaku ke?"

"Kami dilaporkan yang mayat Tuan Rayyan sedang diuruskan disini sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan."

Zehra tergamam. Air mata mula bergenang. Jantung mula berubah rentak. Ma—mayat?

"Are you sure? Mungkin cik salah orang agaknya. Rayyan masih hidup lagi." Zehra cuba menafikan. Tak. Dia tidak percaya yang itu mayat Rayyan.

"Maafkan kami. Tapi ini semua arahan daripada Tuan Izz sendiri. Saya harap, Cik boleh beri kerjasama dengan pihak I.H."

Telefon Zehra terlepas daripada genggaman. Tangannya menggigil kecil. Tak— Tak mungkin! Itu pasti bukan Rayyan. Abah mesti nak buat prank kan?

Tanpa berfikir banyak, Zehra mencapai tudung sarungnya yang tersangkut sebelum bersiap ala-ala kadar sahaja. Kunci kereta dicapai. Tidak dilupakan dengan telefon dan dompet.

Enjin kereta dihidupkan. Keretanya bergerak keluar daripada perkarangan rumah agam keluarganya itu perlahan-lahan sebelum bergerak laju membelah jalan raya.

Rayyan tak tipu, kan? Awak masih hidup lagi, kan?

***

"Rayyan mana?"

Semua yang berada disitu hanya diam berkutik. Mereka menunduk menekur lantai. Tidak mampu menatap wajah Zehra yang sudah basah dengan air mata.

Cukuplah, mereka tidak mahu tewas sekali lagi.

"Cakaplah. Bagitahu Zehra. Macam mana dengan keadaan Rayyan? Abang Luth? Qayyum? Wan? Rihanna? Isma? Liya? Bagilah tahu aku. Jangan diam macam ni!"

Zehra menoleh memandang Luthfi yang diam duduk bersandar dikerusi. Makin berkerut dahinya tatkala matanya terpandang mata Luthfi yang kelihatan sembap. Luthfi nampak lemah tidak seperti biasa.

Mulalah dia terfikirkan sesuatu. Dia geleng-gelengkan kepala. Tak mungkin! Tak mungkin benda ni terjadi. Tak mungkin!

Ya Allah, tolong katakan yang semua ini hanyalah penipuan semata-mata.

"Abah... Ibu..." Zehra memandang Izz dan Aisyah pula dengan mata yang berkaca dan juga suara serak.

Izz dan Aisyah hanya mampu memejamkan mata mereka dan gelengkan kepala. Mereka tak kuat.

"Rayyan dah tak ada." sampuk Qayyum yang berdiri disebelah Luthfi. Matanya juga berkaca. Sedaya upaya menahan air mata jatuh.

"Tak! Semua tipu kan! Tolonglah... Tolong katakan yang semua ni hanyalah penipuan." ujar Zehra seakan-akan merayu.

Serta-merta dia jatuh terduduk diatas lantai. Kakinya lemah. Tak mampu nak berdiri lagi. Kenyataan apa yang dia dapat ini? Tolonglah... Aku merayu sangat-sangat. Tolong katakan yang semua ini hanyalah penipuan.

"Sabar Zehra..."











COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now