S2 | Bab 9

837 62 3
                                    

Beberapa hari berlalu dengan cepatnya. Seperti biasa Zehra keluar pagi subuh dan balik sebelum maghrib. Alhamdulillah, setakat ni kerja shift pagi. Tak laratlah dia mahu ambil shift malam.

Selesai Zehra memakirkan keretanya digaraj. Sempat dia menyapa Pak Yah yang sedang duduk berehat digazebo. Tak semena-mena anak matanya tertunak pada kereta yang tidak asing baginya yang turut terparking digaraj. Dahi berkerut seribu.

Dah balik?

Zehra melajukan langkahnya. Setibanya dipintu, kasut dibuka dan disusun dalam almari kasut. Memang itu kebiasaannya setelah menggunakan kasut yang jarang dia pakai. Laju kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

Langkahnya terbejat ditengah-tengah ruang tamu tatkala terhidang susuk tubuh orang yang dia rindui. Mata mula berkaca. Kenapalah sejak akhir-akhir ni kau cengeng, Zehra?

Lantas tubuh itu dipeluk erat oleh Zehra. Beg tangannya sudah dicampak entah ke mana. Teruja sangat sampaikan tak perasan dengan keadaan sekeliling.

Lama Zehra memeluk. Sepertinya tidak mahu melepaskan. Sudah selesa dipelukan lelaki itu. Rindu!

"Zehra, ramai orang dekat ruang tamu ni." bisik lelaki itu sambil menepuk-nepuk belakang Zehra minta dilepaskan.

Mata Zehra membulat. Oh, tidak! Macam mana dia boleh lupa?! Pasti selepas ini dia menjadi bahan usikan Luthfi dan Qayyum. Pantas Zehra meleraikan pelukan. Air mata dikesat kasar. Dia berdehem sedikit.

"Tahu pula nak rindu." usik Qayyum dengan sengihan nakalnya.

Izz, Aisyah, Luthfi, Dyan dan Nadelle tersengih mengusik. Bila dekat, nak pandang pun macam nak tak nak. Bila berjauhan, reti pula nak rindu.

"Mana ada!" Zehra menafikan. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Pergilah naik, bersihkan diri dulu, Zehra. Sekejap lagi nak makan malam sama-sama." celah Aisyah dengan senyuman dibibir.

Zehra sekadar angguk kepala. "Okey, bu." langkah dibawa pergi daripada ruang tamu.

"Ray pergilah ikut Zehra sekali. Berehat dulu. Nanti nak makan malam baru turun."

Arrayyan memandang ibu mentuanya. "Baik, ibu. Terima kasih."

Aisyah sekadar tersenyum manis.

"Bolehlah lepaskan rindu dekat yang tersayang ya." ujar Luthfi dengan nada yang mengusik. Sengihan nakal menghiasi wajahnya. Begitu juga dengan Qayyum. Qayyum bersiul panjang.

"Sibuknya pasal orang ya?" Aisyah mencerlung kedua-dua anak lelakinya tajam. Pantang dapat mengusik!

Luthfi dan Qayyum tersengih apabila diperli. Malah dapat pakej gelak tawa daripada isteri.



































Arrayyan melangkah masuk ke dalam kamar beradu bersama bagasinya serta satu beg yang disandang dibahunya. Benda pertama yang terhidang dipandangan matanya adalah susuk tubuh Zehra yang memeluk tubuh sambil memandang dirinya tajam. Kening dijongketkan.

Apa? What's wrong?

"Seronok tinggal bini macam tu je? Tak bagitahu apa-apa. Tahu-tahu dah flight pergi outstation. Seronok ke buat macam tu?" dahi Zehra berkerut. Bibir dikemam menahan diri daripada menangis.

Sendiri yang cakap, sendiri yang menangis. Itulah, dulu bila depan mata tak nak hargai. Bila menjauh, baru reti nak rindu. Julang lagi ego tu tinggi-tinggi.

Melihat riak wajah Zehra yang sudah bertukar itu membuatkan Arrayyan membuang keluhan berat. Beg yang disandang dibahu diletak bawah. Tubuh kecil Zehra didekati lalu dipeluk tubuh itu erat.

Terhambur jua tangisan Zehra dibahu Arrayyan. Tangan naik membalas pelukan Arrayyan. Erat seperti tidak mahu dilepaskan. Rindu menggunung!

"Saya ingat awak tinggalkan saya macam mana Rayyan tinggalkan saya." luah Zehra dengan suara serak basahnya. Trauma. Dia jadi trauma dengan janji.

Dulu, Rayyan juga berjanji tak akan tinggalkan dia. Tetapi, lelaki itu pilih untuk memungkiri janjinya sendiri. Dan sekarang, Arrayyan mahu mungkiri janji dia juga kah?

"I'm sorry...."

"Mati-mati saya ingat yang awak dah tak nak dekat saya. Sebab hari tu saya ada dengar suara perempuan lain dekat dalam talian." luah Zehra lagi bersama air matanya.

"I'm sorry...."

Arrayyan tak jemu untuk memohon maaf. Dia tahu, dia salah. Ikutkan sangat kata Eshan tempoh hari. Sajalah dia mahu menguji Zehra. Tetapi tak sangka pula dia jadi sampai macam ni sekali. Ingatkan, Zehra tak mahu ambil kisah kemana dia pergi, dia buat apa.

"Jangan buat macam tu lagi...."

Arrayyan angguk kepala. Belakang badan Zehra diusap perlahan. "Ya, aku tak buat lagi. Aku minta maaf, hm?"

Melihat Arrayyan yang terus memujuk dirinya itu membuatkan Zehra tergelak dalam tangisannya. Wajah disembamkan didada Arrayyan. Dia ni kan!

"Promise?"

Jari kelingking dikeluarkan. Mahu bercantum dengan jari kelingking Arrayyan. Tanpa sedar, mereka terikat dengan janji lagi. Janji yang bakal merosakkan rumah tangga mereka.

Arrayyan merenung lama jari kelingking Zehra itu. Should I? Tak lama itu, dia tersenyum manis.

"Promise. I'm a man with my words, little girl."














"Don't you dare, Jennie! Papa tak benarkan Jennie pergi jauh daripada kami!" halang papa Jennie dengan wajahnya yang membengis.

Makin lama Jennie dibiarkan bebas, makin banyak pula hal yang terjadi. Jennie memang tidak makan saman!

"Pa! Sampai bila Jennie nak ikut dan dengar cakap papa mama? Jennie dah besarlah! Boleh jaga diri sendiri." suara Jennie tidak kurang tinggi juga menjawab kata papanya.

Tangannya berterusan memasukkan baju-bajunya ke dalam bagasi dengan kasar. Tunjuk protes! Papa dengan mama tak sayang Jennie lagi! Asyik-asyik kongkong hidup Jennie!

Papa Jennie menarik senyuman sinis. "Dah besar? Dah boleh jaga diri sendiri?"

"Kerja pun tidak! Pakaian you pun dari atas sampailah bawah kami yang belikan! Kami yang tanggung! Itu yang kamu kata boleh jaga diri sendiri?!" penat dengan tingkah laku Jennie yang memeningkan kepala.

"John..." ibu Jennie, Melisa menggelengkan kepala kepada suaminya. Menghalang daripada terus berbalah dengan Jennie.

"You nak bela dia, Mel? You pun nak biarkan dia berterusan buat hal? Hal yang boleh memalukan kita?"

Melisa menghelakan nafas. "Bukan.... John, you pun patut sedar. Jennie ni dah besar. She can do anything she wants. Biarlah dia nak pergi mana."

Mendengar balasan isterinya itu, John meramas rambutnya kasar. "Dia nak rosakkan rumah tangga orang, Mel! Sebab itulah saya tak bagi dia pergi!"

Melisa tergamam. Mata memandang Jennie yang sudah terkaku ditempatnya. Macam mana papa tahu?

"Betulkan apa yang papa cakapkan? Jennie nak pergi sana semata-mata nak rosakkan rumah tangga orang, kan? Jawab, Jennie!"

Jennie memusingkan tubuhnya menghadap papa dan mamanya. "Yes! Memang Jennie pergi sana sebab nak rosakkan rumah tangga 'dia'. Kalau Jennie tak dapat 'dia', sesiapa pun tak boleh dapat 'dia'. Jadi, tolong jangan halang Jennie!"

Melisa letakkan tangannya didada. God! Please help me....

"Jangan, Jennie. Kumbang bukannya seekor. Ramai lagi lelaki yang baik-baik dekat luar sana." pujuk Melisa lembut. Lengan Jennie dipegang. Menahan anak perempuannya itu keluar daripada rumah.

Jennis menepis tangan mamanya yang memeluk lengannya perlahan. "I'm sorry, ma. Keputusan Jennies, muktamad. Jennie pergi dulu."

Seraya itu, Jennie keluar daripada rumah bersama beg-begnya. Tidak dilupakan dengan pasport. Benda penting dalam misinya.

Melisa membuang keluhan berat. Wajah bengis suaminya ditatap lama.














COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now