S2 | Bab 6

808 59 3
                                    

Zehra merenung telefonnya lama. Tak ada tanda-tanda mesej atau panggilan masuk. Perihal Arrayyan. Dia apa khabar? Tak nak bertanya tentang keadaannya disini ke? Atau dia merajuk sebab hari tu?

Memikirkan hal itu, Zehra menyembamkan wajahnya dibantal. Kenapa aku bodoh sangat?! Patutlah muka dia muram semacam hari tu! Kenapa Ze, kenapa?!

Argh! Zehra menjerit sekuat hati.

"Oi, oi! Kau apahal ni?" sergah Rihanna dibelakang yang baru sahaja muncul didalam bilik Zehra.

Rihanna menghempaskan punggung dibirai katil Zehra. Mata melilau melihat sekeliling. Banyak berubah selepas Zehra dan abang Arrayyan kahwin.

Kalau tak, bilik Zehra ni bersepah. Hehehe... Itu pun kerja dia. Dialah yang sepahkan. Puas Zehra menegur, tapi dia buat-buat tidak tahu saja.

"Aku rasa bersalah lah, Na." Zehra bangun menghadap Rihanna.

Kening Rihanna terjungkit. "Rasa bersalah kenapa pula? Kau buat apa lagi kali ni?"

Zehra menggaru kepala. "Aku rasa aku buat Ray kecil hati lagi." perlahan suara Zehra memberitahu.

Mata Rihanna membulat besar. Kedua-dua bahu Zehra dicengkam kuat. "Kau biar betul, Ra? Allah tak redha kau nanti, macam mana? Bahaya, Ra. Tak masuk syurga kau nanti."

Mendengar itu, Zehra gelisah. Dia buntu. Dia tidak tahu mahu buat apa. Ke mana Arrayyan pergi pun dia tidak tahu. Buat apa, berapa lama. Arrayyan langsung tidak inform pada dia.

Macam mana ni?!

"Kau call lah dia. Mana tau dia pun tunggu call daripada kau. Kau janganlah harap dia seorang je. Kadang-kadang dia nak juga tengok effort kau as isteri dia. Ingat dia ke tak, sayang dia ke tak, risaukan dia ke tak. Haih kau ni. Itu pun nak kena bagitahu." terang Rihanna panjang lebar.

Walaupun dia baru kenal dan rapat dengan Arrayyan, dia faham dan tahu apa yang Arrayyan rasakan, pendamkan. Semuanya boleh dilihat daripada mata dia. Kadang-kadang dia sendiri boleh lihat betapa sakitnya Arrayyan pada masa itu. Betapa rapuhnya Arrayyan apabila kehilangan abang kembar yang baru dia jumpai. Arrayyan memang tak cakap, tak bagitau, tapi mata dia memang tak boleh tipu.

"Aku takutlah, Na. Kalau dia tak angkat macam mana?" otak masih lagi berfikir negatif.

Iyalah, sebelum ni dia mana pernah kenal Arrayyan. Tahu-tahu kena nikah. Mananya dia tak terkejut.

"Belum cuba, belum tahu Ra. Call je lah. Aku sepuk kau kang!" marah Rihanna. Tangan sudah naik mahu sepuk Zehra. Banyak soal pula minah seorang ni!

Zehra cemberutkan muka. "Iyalah, iyalah...."

Nombor Arrayyan dicari dibahagian call log. Jumpa saja, nama itu terus ditekan. Telefonnya ditekapkan ditelinga. Menunggu panggilan diangkat.

Dihati sudah gelisah ya amat! Takut, malu, gelisah. Semua ada. Bercampur baur perasaannya tika ini.

Kalau diikutkan, jika waktu Malaysia jam 9.30 malam, jadinya waktu di Itali jam 2.30 petang. Tapi tak tahulah panggilan akan tersambung ke tidak. Mana tau Arrayyan busy. Ada kerja.

Zehra pandang Rihanna. Rihanna tersenyum mengusik. Keningnya dijungkit-jungkitkan. Zehra menjeling. Dasar perempuan!

Tak lama itu, talian bersambung. Mata Zehra membulat. Tangan naik menekup mulut tidak percaya.

"He... Hello?" tergagap-gagap Zehra bertutur.

"Yes?"

Zehra menahan rasa sebu diperut. Suara itu tak pernah henti membuat hatinya berdegup kencang sejak akhir-akhir ni. Entah, dia pun tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang ini. Sayang? Cinta?

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now