Epilog

1.1K 70 18
                                    

Flashback,

"Bahayalah, Rayyan. Tak perlulah pergi. Biarkan anak-anak buah abang Luth je yang pergi."

Rayyan tersenyum nipis. Kotak baldu berwarna merah ditolak kepada Zehra. Membuatkan Zehra mengerutkan dahi.

"Apa ni?"

"Simpan dulu cincin ni. Anggap je cincin ni tanda awak milik saya." balas Rayyan tenang.

"Rayyan..."

Zehra menekup mulutnya tidak percaya. Inilah yang dia nantikan selama ini bersama Rayyan. Dua tahun dia menunggu. Bukannya sekejap.

"Balik saja daripada misi tu, saya akan terus masuk meminang awak. Kita nikah."

Muka Zehra berubah. Rayyan tetap dengan keputusan dia. Dia nekad dengan keputusan dia sendiri.

Apa lagi cara yang dia ada untuk halang Rayyan daripada misi itu? Tiada. Zero! Rayyan tetap Rayyan. Kalau A, maka A lah.

"Jangan risau. Saya akan jaga diri saya. Saya kan dah janji nak hidup bersama dengan awak." pujuk Rayyan.

Senyuman manis tak lokek daripada bibirnya. Membuatkan hati Zehra sedikit risau. Mengapa dia masih rasa tak sedap hati?

Ya Allah, selamatkan dia, jagakan dia untuk aku. Jagakan keluarga aku untuk aku.

"Zehra sayang, listen here."

Zehra angkat kepala menatap Rayyan lama. Argh! Kenapa sakit yang aku rasakan?!

"I love you so much. I love you untill my last breath. I miss you always. Hanya awak seorang yang ada di dalam hati saya selain mummy. Take care, okay? Everything will be fine. Ingat, jangan lupa bawa balik segulung Master dan tunjukkan pada saya yang awak dah berjaya. Okay, my queen?"

Air mata mula bergenang. Zehra tidak dapat menahan lagi rasa sakit didada.

"Hey, don't cry sweetie. We'll be back. Trust me. Please, don't cry. It hurts me." pujuk Rayyan sedaya upaya. Tidak mahu Zehra terus menangis.

"Promise yang awak dan yang lain-lain akan balik dengan selamat?" Zehra menghulurkan janji kelingkingnya.

Rayyan pandang lama jari itu. Dada Rayyan terasa sakit tiba-tiba. Tetapi dia tahan rasa sakit itu. Senyuman nipis ditayangkan. Jari kelingkingnya pula dikeluarkan. Bertaut dengan jari kelingking Zehra.

"I promise."

End flashback.

Itulah kali terakhir dia berbual dengan Rayyan sebelum Rayyan betul-betul tinggalkan dia. Buat selamanya. Rayyan dah mungkir janji dia. Dia tak rasa bersalah ke?

Cincin pemberian Rayyan yang tersemat dijari manisnya itu disentuh. Membuatkan dadanya terasa sesak, air mata tak henti daripada jatuh menitik.

"Zehra," muncul Aisyah disebalik dedaun pintu bilik Zehra.

Zehra angkat kepala. Matanya yang berkaca membalas tatapan mata ibunya yang redup. Dia kalah. Dia tak kuat.

"Ibu... Zehra rindu Rayyan."

Aisyah menarik Zehra masuk ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Zehra dicium lama. Menyalurkan kekuatan kepada Zehra.

"Ibu tahu Zehra kuat. Jangan meratapi, Zehra. Lepaskan apa yang terbuku dalam hati Zehra tu. Ibu ada dengan Zehra."

Makin kuat tangisan Zehra dipelukan Aisyah. Sungguh, dia memang butuhkan seseorang untuk meluahkan rasa sakitnya. Dan orang yang paling sesuai adalah ibunya.

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now