"Jadi, kau memang anak Arena? Kembar Rayyan?"
"Ya, tuan." perlahan Arrayyan membalas. Tanpa memandang wajah Izz yang kelihatan dingin itu.
"Panggil aku pak ngah. Kau anak saudara aku."
Arrayyan angkat kepalanya. Memandang Izz dengan riak wajah yang tidak percaya. Aku ingatkan dia nak marah atau hukum aku. Tetapi sebaliknya....
"Tak ada sebab pun aku nak marah atau hukum kau. Kalau kau memang datang nak bawa bala dalam keluarga aku, itu lain ceritalah. Aku tak akan teragak-agak untuk berkasar dengan kau." selamba Izz berbicara sambil menyilang tangannya.
"Arrayyan ada kena mengena dengan Dario. Maybe dia boleh tolong kita dalam misi ni." celah Rayyan setelah lama mendiamkan diri.
"Dia duduk dengan Dario selama ni?"
Rayyan angguk kepala. "Dario yang bunuh Mummy Arena. Dia juga yang pisahkan saya dengan Arrayyan."
Izz menjongketkan keningnya. "Macam mana kau tahu Dario yang bunuh Arena? Bukti?"
"Saya dengar dengan telinga kepala saya sendiri yang dia mengaku." celah Arrayyan tidak betah lagi apabila masuk dalam perbicaraan berkenaan dengan Mummy Arena dan juga Dario.
Arena.
Declan.
Dario.
Tengku Maria.
Musuh.
Selamanya.
Itu kenyataan. Memang sudah tertulis dalam suratan takdir hidup mereka.
"Kau tak kisah kalau kita orang bunuh atuk kau tu? Iyalah, mana tau kau berkomplot dengan dia semata-mata nak jatuhkan aku."
Laju Arrayyan menggeleng. "Saya tak kisah. Saya memang tak ada niat yang buruk dekat King sekeluarga. Awal-awal lagi saya dengan Rayyan dah rancang nak matikan Dario. Kami mempunyai dendam yang sama."
Izz memandang Rayyan pula. Melihat Rayyan sama angguk kepala itu, dia tergelak dalam hati. Mereka masih belum faham erti pengorbanan yang sebenar-benarnya.
"Apa yang aku boleh cakap, kau orang masih mentah lagi. Tak apa. Mungkin selepas ini baru kau orang akan faham."
Rayyan dan Arrayyan memandang satu sama lain. Mereka terpinga-pinga. Balasan daripada Izz itu membuatkan mereka tertanya-tanya.
Apa yang belum lagi kami faham?
"Tak perlu banyak fikir. Pergi balik, pack baju. Pukul 7 nanti dah nak kena berkumpul. Lambat kau orang sampai, mak ngah kau orang nanti membebel tak sudah." putus Izz. Punggung diangkat dan langkah dibawa pergi meninggalkan markas.
Tak boleh lama-lama. Dia sudah berjanji dengan Aisyah untuk balik cepat. Merajuk pula kesayangan dia tu kalau mungkir janji.
Hehehe! Kesayangan.... Aisyah Saffiya kesayangan dia. Buah hati jantung pengarang.
"Betullah apa yang king cakapkan tu. Tak perlu banyak berfikir. Jom balik. Papa dengan mama mesti tak sabar nak jumpa kau."
Arrayyan angkat kepalanya daripada menunduk menekur lantai. "Papa mama tunggu aku?"
Rayyan tersenyum nipis. Bahu Arrayyan dipeluk. "Mestilah..."
Arrayyan membalas senyuman itu. Papa dengan mama tunggu aku. Aku terasa... Disayangi.
Selama aku hidup dan tinggal dengan Dario, aku tak pernah rasa disayangi. Rasa dikongkong. Hidup aku selama ni penuh kekejaman, kegelapan. Rasa bersalah?
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...