"Kenapa susah sangat eh aku nak jumpa dengan kau ni?" soal Rayyan berbaur sinis. Badan disandarkan dikerusi sebelum kaki naik bersilang dengan kaki sebelah.
"Kan aku dah cakap, aku tak boleh senang-senang keluar kalau tak dapat kebenaran jantan tu." balas Arrayyan tidak puas hati. Matanya menjeling Rayyan yang duduk tenang dan santai. Tetapi jelas wajahnya menunjukkan yang dia sedang mengejek.
Kalau iya pun tak sabar sangat nak jumpa, tidak perlulah sindir-sindir. Tumbuk karang! Kau belum rasa lagi kan penumbuk sulung aku?
"Kenapa kena ikutkan sangat peraturan lelaki tu? Sedangkan kau 'cucu' dia?"
"Cucu?" Arrayyan tergelak sinis.
"Dalam hidup dia, tak ada istilah cucu atau cicit. Yang dia tahu cuma takhta, harta, kemewahan dan pangkat. Itu sahaja. Walaupun aku ni 'cucu' dia, dia layan aku tak ubah macam sampah!"
Dahi Rayyan berkerut tidak mengerti. "Kalau dia layan kau macam sampah, kenapa awal-awal kau tak lari je daripada situ? Cari aku. Aku dengan keluarga aku dekat sini boleh tolong kau."
Arrayyan menggaru pucuk hidungnya sambil tersenyum senget. "Kau ingat senang macam lari dalam track ke?"
Rayyan menjongketkan bahunya. "Manalah tahu. Kau kan dari dulu dah kena training dengan dia kaw-kaw."
Arrayyan diam tidak membalas. Mata menjeling Rayyan yang membuang pandangan ke luar tingkap restoran itu. Tangannya naik menyentuh skrin telefon. Kalau balas pun bukannya boleh menang. Buang masa saja berperang mulut dengan dia.
"Tak, sekarang ni kau nak apa jumpa aku?" lama mereka berdiam diri sebelum Arrayyan sendiri membuka mulut untuk bertanya.
Mendengar soalan Arrayyan itu, Rayyan segera menegakkan tubuhnya. Pandangan beralih kepala Arrayyan yang duduk berpeluk tubuh dihadapannya.
"Kau tahu apa niat sebenar orang tua tu?"
Arrayyan angguk kepala. "Dia nak balas dendam. Bagi pihak anak dia, Declan."
"Tapi kenapa dia kena bunuh mummy sedangkan target dia pada keluarga aku?" soal Rayyan lagi dengan kerutan didahi.
Arrayyan mengangkat kedua-dua belah tangannya. "Yang itu aku betul-betul tak tahu. Aku akan siasat lagi nanti."
Rayyan anggukkan kepala berkali-kali. Bersetuju sahaja dengan cadangan Arrayyan. Dia lebih tahu pasal keluarga lelaki itu.
"Rayyan?"
Serentak Rayyan dan Arrayyan angkat kepala melihat gerangan yang menegur. Jantung mereka berubah rentak secara tiba-tiba.
"Zehra? Awak buat apa dekat sini?" soal Rayyan dengan kerutan didahi. Arrayyan dikerling seketika. Dilihatnya Arrayyan sudah menutupi separuh wajahnya dengan cap dan juga mask berwarna hitam. Mujur tidak ketahuan.
"Ouh. Saya teman Rihanna. Ada urusan sikit dengan lecturer dia dekat area sini." Rayyan angguk kepala. Faham.
"Awak? Buat apa dekat sini? Tak kerja?" soal Zehra pula. Matanya mengerling figura yang kekal senyap dihadapan Rayyan itu. Lelaki yang... Pelik dan menjengkelkan?
Rayyan menggaru pucuk hidungnya. Bibirnya menarik senyuman nipis. "Er... Tak. Saya jumpa kawan sekejap. Ada hal sikit. Malam nanti baru kerja."
Zehra membulatkan mulutnya membentuk huruf 'o'. "Okaylah macam tu. Saya pergi dulu. Takut nanti Rihanna cari saya. Sorry ganggu."
"Tak... Tak apa. Ya, take care. Esok kita jumpa lagi."
Zehra anggukkan kepala dan menayangkan senyuman manisnya. Tangan dilambaikan. "Alright. Awak pun sama."
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...