S2 | Bab 17

1.1K 66 5
                                    

Zehra sekadar menunduk disebelah maksunya tatkala kaki melangkah ke dalam rumah Paklong dan maklongnya, Airiel dan Luna. Dia belum bersedia untuk berhadapan dengan semua ini, tetapi mendengar pujukan maklong semalam yang bersungguh-sungguh mahu dia ke sini, terpaksalah dia ikut.

Mata-mata yang memandang dia pelik hanya dihiraukan walaupun jantung sudah berdegup kencang. Perut terasa sebu. Terasa nak membuang air.

"Zehra! Lama maklong tak nampak Zehra dengan Arrayyan." sapa maklong ceria. Tubuh anak buahnya dipeluk erat.

"Arrayyan mana? Tak nampak pun?" kepala maklong memanjang mencari kelibat anak arwah kakaknya itu. Zehra menelan liur payah.

Apa aku nak cakap dengan maklong ni? Takkanlah aku nak bagitahu yang Arrayyan menghilangkan diri sebab merajuk dengan dia?

"Er, Arrayyan..."

Belum sempat Zehra mahu menghabiskan ayatnya, paksu terlebih dahulu memotong. Nafas lega dikeluarkan. Ya Allah, terima kasih paksu!

"Kerja macam biasa. Zehra duduk dengan Ayd." jawab Ayad mendatar. Punggung dilabuhkan diatas sofa berhadapan dengan kakak dan abang iparnya, Aisyah dan Izz.

Kedua-dua manusia itu direnung olehnya tajam sebelum menjeling tidak suka. Menyampah! Meluat dengan lakonan mereka!

"Sorry, maklong sebab tak dapat ajak Arrayyan sekali." bicara Zehra perlahan. Kepala menunduk merenung lantai.

"Arrayyan tak ikut sekali sebab lari rumah, mama. Perempuan ni derhaka dengan suami dia. Memang patut Arrayyan cari perempuan lain. Dia tak layak jadi isteri Arrayyan." pedas Rihanna menyindir disebelah mamanya.

Rizqi yang mendengar sindiran pedas kembarnya itu mengeluh perlahan. Dah cakap jangan bagitahu mama papa, tapi bagitahu juga. Dekat sini tahulah siapa yang jahat sebenarnya. Dia ingat bila menyindir, nampak savage lah tu?

Zehra makin menunduk dihadapan maklong. Malu dengan semua orang. Pasti mereka semua memandang serong pada dia selepas ini.

Lengan Rihanna ditarik paksa oleh Rizqi keluar daripada ruang tamu. Meronta-ronta Rihanna minta dilepaskan. Matanya tak lepas memandang tajam pada Zehra.

"Lepaslah! Yang kau tarik-tarik aku ni, kenapa?!"

"Berapa kali aku nak pesan pada kau? Tolong jaga mulutlah, Rihanna! Kalau kau balik sini semata-mata nak sakitkan hati Zehra, baik tak payah balik. Duduk je lah dekat rumah sewa kau tu! Balik-balik menyakitkan hati orang. Kalau dia mati nanti dan masih belum maafkan kau, padan muka! Merangkaklah kau cari dia dekat mahsyar nanti!" keras suara Rizqi memarahi Rihanna.

Dia ni cukup melampau tau! Bila ditegur, buat tak endah je! Bila dah tahu salah dia, nanti baru menyesal dan terhegeh-hegeh nak minta maaf.

Rihanna sekadar menjeling Rizqi. Bela sangat perempuan tu dah kenapa? Memang salah dia kan?

"Zehra minta maaf, maklong. Zehra salah. Zehra yang derhaka pada suami Zehra. Zehra penyebab Arrayyan hilangkan diri. Maafkan Zehra, maklong."

Luna tersenyum nipis. Zehra dibawa masuk ke dalam pelukannya. Belakang badan Zehra diusap perlahan.

"Tak apa. Semua manusia tak lari daripada membuat kesilapan. Jangan risau, Arrayyan merajuk sekejap je tu. Nanti dia baliklah, okey?"

Zehra tidak mengangguk. Dia sekadar tersenyum memandang wajahnya maklongnya. Semua orang baik dengan Zehra, tapi Zehra aje yang jahat dengan semua orang. Memang patut aku dapat kifarah. Allah....


















"Wan, kau nampak Zehra?"

Izuan mendongak memandang Luthfi. Keningnya digaru. Kenapa dia tanya aku? Adik dia kot.

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now