5

1K 76 4
                                    

"Dia keluar dengan seorang perempuan, tuan. Saya kira-kira, mungkin itu bakal isteri dia." ujar seseorang dalam bahasa Itali. Bahasa ibunda mereka.

Lelaki yang dipanggil 'tuan' itu angguk-anggukkan kepalanya. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk permukaan meja kayu itu. Matanya mengecil merenung sesuatu. Sedangkan kepalanya sedang memikirkan sesuatu.

Keluar? Bakal isteri? Hm....

"Keep an eyes on him."

"Si, capo."

Seraya itu, anak buah lelaki itu melangkah pergi meninggalkan lelaki itu berseorangan.

"I can't wait to meet you, my grandson." bisik lelaki itu perlahan sebelum tergelak sendiri.

Anak itu daripada benih anak lelakinya, Declan. Dengan.... Perempuan simpanannya. Luna Arena.

Yeah, itulah apa yang dimaklumkan oleh anak buahnya. Anak luar nikah. Tak sah taraf. Tetapi masih dijaga baik dengan orang lain. Tch... Sanggup betul.... Tetapi, apa-apa pun, itu tetap tak cucu dia.

***

"What do you think? Yang ini atau.... Ini?" dua botol perfume berlainan bau dan warna ditunjukkan kepada Zehra. Keningnya terjungkit menunggu balasan.

Zehra meletakkan tangannya didagu. Matanya mengecil. Dua-dua mempunyai bau yang sedap. Tetapi Rihanna ni cerewet sikit orangnya. Nak pilih barang untuk dia memang kena pilih betul-betul.

"Saya rasa yang ini kut. Lagi pun, Rihanna mana suka sangat bau perfume yang kuat." botol berwarna ungu yang berada ditangan kanan Rayyan itu menjadi pilihannya.

Rayyan anggukkan kepala. "Alright then. Saya pilih yang ini."

Botol perfume yang berwarna ungu itu dimasukkan ke dalam bakul, manakala yang satu lagi diletakkan ditempatnya kembali. Rayyan tersenyum puas. Nak pilih hadiah untuk Rihanna pun susah. Lagi susah daripada menjaga pesakit dihospital.

"Awak punya?" soal Rayyan kepada Zehra yang sedarinya tadi hanya membelek-belek barangan disitu. Tetapi tidak pula mahu membeli.

Iyalah. Dia ke sini pun untuk menemani Rayyan sahaja. Barang nak beli tu memang ada, tapi rasa macam membazir. Jadi, tidak mengapalah. Lain kali boleh beli. Bukan keperluan pun.

Zehra menjungkitkan kedua-dua keningnya. Jari telunjuk dihalakan kepada diri sendiri. "Saya punya?"

Rayyan anggukkan kepala. "Ya, awak punya. Awak tak nak beli apa-apa ke? Jangan risau, kan saya dah cakap yang saya nak belanja."

Zehra tersengih apabila sudah memahami soalan Rayyan. "Tak. Tak ada apa-apa yang nak dibeli pun."

"Are you sure?" soal Rayyan lagi dengan suaranya yang meleret.

"Iya. Kalau nak beli pun, saya boleh guna duit sendiri. Tak naklah saya susahkan awak."

Rayyan tersenyum senget. "Apa yang susahnya? Saya keluarkan duit untuk bakal isteri saya juga."

Seraya itu, Rayyan melangkah pergi bersama bakul kecil ditangannya. Tidak dilupakan juga dengan barang yang berada di dalam pegangan Zehra. Diambil lalu dimasukkan sekali ke dalam bakul kecil itu. Halah, setakat lipbalm, 1 pack tisu dengan compact powder sahaja. Tak adalah mahal sangat.

Zehra tergamam. Bibirnya dikemam kuat. Ba... Bakal isteri? Bakal Mrs. Han? Huehuehuehue...

Ah! Zehra gedik!

Argh! Ibu, Zehra boleh jadi gila kalau macam ni! Bakal menantu ibu ni suka buat benda diluar jangkaan!

"Zehra, jom cepat!"

COBRA S1 & S2 ✔️Where stories live. Discover now