Arrayyan menumbuk kuat dinding suitenya. Suite yang menjadi tempat tinggal dia di Itali ini. Dengusan kuat dikeluarkan. Menunjukkan dia sedang marah. Rambut diraup kebelakang kasar.
Perangai Jennie tadi memang menyebalkan dirinya. Walau apa-apa pun, dia kena berjaga-jaga. Takut Jennie bertindak luar kawalan. Tidak dia, mungkin Zehra akan menjadi mangsa. Jennie bukannya boleh dijangka kadang kalanya.
Tubuh dihempaskan diatas katil. Kepala mendongak memandang siling suite. Mata dipejamkan. Tangan diletakkan diatas dahi. Serta-merta memori malam dia dan Zehra bersama menjengah masuk ke dalam kepalanya.
Malam dimana Zehra menjadi hak milik dia yang sebenar-benarnya.
Dalam banyak-banyak perkara, benda itu juga yang kau ingat! Gatal punya lelaki!
3 bulan lalu,
Arrayyan menjongketkan keningnya. Melihat Zehra yang duduk berselubung didalam selimut. Meja solek menjadi tempat dia menyandarkan badannya sambil memeluk tubuh.
"Kau kenapa selubung macam tu?" soal Arrayyan terus terang.
Mendengar soalan Arrayyan, laju Zehra menggeleng kepala. Mata dipejamkan. Menyumpah saranah diri didalam hati. Itulah kau! Ikutkan sangat cakap Rihanna! Kata Arrayyan tidak bernafsu lah, apa lah. Tengok sekarang ni? Wajah Arrayyan seperti seorang pervert! Belum buat apa-apa lagi, Arrayyan sudah dapat baca pergerakannya.
Arrayyan menarik senyuman senget. Anak matanya terpandang baju yang dipakai Zehra.
"Kau nak goda aku?"
Zehra meneguk liur payah. Argh, Zehra! Bodoh kau! Terimalah padahnya!
"Kau ingat aku tak bernafsu tengok perempuan? Atau... Kau terpengaruh apa yang Rihanna bagitahu?" tebak Arrayyan sekali lagi.
Semua tepat! Pandai betul Arrayyan teka apa yang dia tengah fikirkan. Memang! Semua ni salah Rihanna! Tunggu kau, perempuan! Tak guna!
Perlahan-lahan Arrayyan mendekati katil. Tangannya yang tadi memeluk tubuh, turun pula masuk ke dalam poket jogger pantsnya.
"Come. You should try, little girl. Kita tengok, aku bernafsu ke tidak." Arrayyan cuba memancing Zehra untuk mendekatinya.
Zehra menggeleng tidak mahu. Rasa mahu menangis. Okay, dia benar-benar menyesal! Nak putarkan masa balik pun tak boleh. Kena hadaplah jawabnya!
"Tak nak...." rengek Zehra tidak mahu.
Arrayyan tergelak kecil. Gelak pun seksi! Apa ni?! Tak nak! Tak nak!
"Come here, little girl. Sama ada kau ke sini, atau aku ke sana. Kalau aku ke sana, lagi teruk kau kena nanti."
Zehra telan liur lagi. Ibu, abah, tolong Zehra! Zehra takut dengan Arrayyan version seksi ni! Zehra buntu. Sama ada mahu turut, atau tidak. Otak kata tidak, hati kata ya.
"1..."
Arrayyan mula mengira. Membuatkan Zehra gelabah tidak tentu fasal.
"2..." Arrayyan sambung mengira.
"Ti—"
Mahu atau tidak, Zehra terpaksa juga. Dia keluar daripada duvet yang tebal itu. Perlahan-lahan kaki bergerak mendekati Arrayyan yang memerhatikannya.
Kaki berhenti dihadapan Arrayyan. Kepala menunduk menekur. Dia bermain dengan jarinya. Mata dipejamkan, bibir bawah digigit kuat. Malu, ya Allah! Tanpa sedar wajahnya bertukar merah padam.
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...