Rihanna memandang Arrayyan tajam. "Kau masih berhubung dengan perempuan ni, Ray? Kau sengaja nak sakitkan hati Zehra ke apa?!"
Pantang betul nenek moyang dia bila tengok ada orang sanggup menduakan. Lagi-lagi Zehra ni sahabat dia, kakak ipar dia. Macam manalah dia tak mengamuk macam orang gila?
Arrayyan membuang keluhan berat. "Sabar dulu boleh tak, Na? Kita duduk dulu, bawa berbincang. Janganlah jerit-jerit macam ni. Jiran dengar nanti." dahi Arrayyan berkerut tidak suka.
Zehra yang memerhati sekadar diam tidak menyampuk. Satu per satu wajah kusut mereka dipandang sayu kecuali perempuan tidak cukup pakaian itu. Kecil besar kecil besar Zehra pandang dia seperti mahu menelan perempuan tu hidup-hidup.
"Bang, perempuan yang kau sakitkan hati dia tu... Sahabat aku tau. Kau nak aku biar perempuan tak cukup kain ni rosakkan rumah tangga sahabat aku? Nonsense lah!" Rihanna meraup mukanya kasar.
"Eh, you! Yang you nak marah-marah abang you tu dah kenapa? Where is your manners, girl? Dekat lutut ke?" sinis perempuan itu memerli Rihanna. Kaki bergerak mendekati sofa sebelum melabuhkan punggungnya disitu.
"Kau diam boleh tak?! Yang kau datang sini buat apa? Sengaja nak buat onar untuk pisahkan aku dengan isteri aku?!" tengking Arrayyan pada Jennie.
Sungguh dia tidak boleh bersabar lagi. Selepas satu masalah, masalah lain pula yang datang. Bilanya dia mahu hidup bahagia bersama Zehra? Takdir Tuhan tidak berpihak kepada mereka kah?
Jennie mengerutkan dahinya. Dia bangun menghadap Arrayyan yang sudah dikawal dengan api kemarahan. Jari telunjuknya menolak-nolak bahu Arrayyan.
"You lupa ke janji you pada I dulu? You janji nak kahwin dengan I, kan? Kenapa tiba-tiba you kahwin dengan perempuan tu pula?!" balas Jennie yang tidak kurang kuat suaranya juga. Masing-masing dikawal api kemarahan.
Naik rimas Zehra dibuatnya. Lantas dia bangun mendekati mereka semua. Tangan Jennie ditepis kasar daripada terus menyentuh Arrayyan.
"Kalau kau tak nak kepala kau berpusing aku kerjakan, baik kau jauhkan diri daripada suami aku." dingin Zehra bersuara. Matanya menikam tajam mata Jennie.
Jennie tersengih sinis. Zehra dipandang atas bawah. Not bad! Patutlah Arrayyan boleh jatuh cinta dekat perempuan ni. Bertudung, dan bertutup labuh! Wow!
"Jadi, kaulah perampas tu?"
Mendengar ayat yang keluar daripada mulut Jennie itu membuatkan Rihanna panas hati. Baru sahaja dia mahu mengerjakan perempuan itu cukup-cukup, Rizqi terlebih dahulu menahan Rihanna daripada bertindak menggila.
"Perangai kau tak boleh elok sikit? Sayang... Cantik tapi bermulut longkang. Hati busuk." balas Zehra dengan riak mengejek.
Kau ingat, kau aje yang boleh buat onar? Tch... Ini Zehralah! Jangan pandang sebelah mata. Aku pernah buat orang masuk hospital, tahu? Jangan sampai.... Haih!
Jennie mengetap bibir kuat. Tangannya mahu naik menampar Zehra tetapi Arrayyan terlebih dahulu menghalang. Mata Arrayyan menikam mata Jennie tajam.
"Don't mess with my wife, Jennie." keras suara Arrayyan memberi amaran.
Jennie menepis kasar tangan Arrayyan yang menghalang tangannya untuk menampar Zehra. Dadanya berombak kencang. Tidak puas hati dengan itu, dia berfikir cara lain.
"Kesian you, girl. You dah kena tipu hidup-hidup dengan husband you. Pity you, Elya."
Dahi Zehra berkerut. "Apa yang kau merepek ni?"
Begitu juga dengan Arrayyan. Dahi lelaki itu turut berkerut. Apa perempuan ni nak sebenarnya? Astaghfirullah!
Jennie tergelak sinis. "You tak bagitahu dia, Ar?"
"Bagitahu apa? Kau jangan mereka cerita yang tak betul, Jennie!"
Rihanna dan Rizqi dibelakang sekadar memerhati dan mendengar. Mereka juga ingin tahu apa yang Jennie cuba mahu beritahu. Sama ada betul atau tidak, mereka boleh siasat nanti.
"I tak reka, Ar. You yang bagitahu I sendiri."
"Terpulang pada you, Elya... Sama ada nak percaya atau tidak. I cuma beritahu you apa yang I dengar sahaja."
Zehra diam mendengar. Diam-diam mata mengerling Arrayyan yang sudah panas punggung disebelahnya. Tangan lelaki itu sudah dikepal kuat.
Tetapi dia tidak kisahkan itu. Cerita Jennie lebih menarik sekarang ini. Dia perlu tahu apa yang Jennie tahu daripada Arrayyan.
"Okeylah, macam ni. Dulu, Ar ada bagitahu I. Dia cerita dekat I."
Jennie tergelak dalam hati melihat wajah Arrayyan yang sudah merah padam. Manakala wajah Zehra yang ingin tahu dengan ceritanya. Mudah!
"Dia cerita dekat I yang dulu dia dan Black pernah berkomplot, bersubahat untuk bunuh Rayyan. You know, Rayyan? Your love dulu. Yes him."
"Dari dulu lagi sebenarnya. Semenjak dia datang cari Rayyan dekat Malaysia, dia dah plan macam-macam untuk jatuhkan Rayyan, abang kembar dia sendiri. Dia cemburu tengok Rayyan lebihkan you daripada dia. Dia—"
Tubuh Jennis ditolak kasar sehingga membuatkan Jennie terjatuh terduduk. Dada Arrayyan berombak kencang. Matanya menikam Jennie tajam. Jari ditunding dikepala Jennie.
"Kau perempuan tak guna! Aku tak pernah cakap pun macam tu pada kau! Aku tak pernah cerita apa-apa pun dekat kau! Kau memang munafik! Kau memang perempuan sampah! Aku benci kau, aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila! Sampai aku mati pun aku tak akan maafkan kau, perempuan!" jerkah Arrayyan kuat. Rizqi menarik tubuh Arrayyan menjauhi Jennie.
"Sabar, Ray. Bawa mengucap!"
Zehra dan Rihanna terdiam. Terdiam seribu bahasa. Tidak tahu mahu memberi respon apa. Mereka terkelu, tergamam. Mereka terkaku ditempat mereka berdiri. Be... Betulkah apa yang mereka baru dengar sebentar tadi?
Arrayyan menepis pegangan Rizqi. Dia berlari mendapatkan Zehra. Tangan Zehra digenggam erat. Kekura tangan Zehra dicium bertalu-talu.
"Kau lebih percaya aku, kan? Kau tak percaya cakap dia, kan?"
Mata Zehra berkaca. Tangan Arrayyan yang menggenggam tangannya itu ditepis kasar. Arrayyan direnung tajam.
"Betul ke apa yang dia cakap? Betul ke awak sengaja bunuh Rayyan?" terketar-ketar bibir Zehra mahu bertanya.
Melihat Arrayyan diam tidak menjawab itu, Zehra angguk kepala. Faham....
"Betullah memang awak dengan Black berkomplot untuk bunuh Rayyan?" sambung Zehra lagi. Air mata sudah jatuh dipipi.
Ya Allah! Aku diuji lagi!
"Zehra, aku—"
"Jawab soalan saya, Muhammad Arrayyan!" suara Zehra naik seoktaf. Dia terlalu marah. Terlalu kecewa. Kecewa dengan Arrayyan. Kecewa dengan diri sendiri. Rasa tertipu!
"Zehra!"
Tidak pula Zehra mahu menoleh. Malahan dia hanya menunduk dan mampu menangis mengenang nasibnya ditipu berbulan-bulan lamanya. Dia tahu itu suara siapa. Suara abah. Dan pasti datang bersama ibu.
Tahulah dia yang dia akan dimarahi oleh abah dan ibunya.
"Mana adab Zehra dengan suami?! Siapa yang ajar Zehra menengking pada suami?!" Izz mengucap panjang. Astaghfirullah!
Ingatkan datang ke sini bolehlah dia bergembira satu hari. Tetapi pudar terus angan-angannya. Dihidangkan pula dengan situasi yang macam ni. Apa lagi, datang lagilah barannya itu.
"Abah...." Arrayyan menggeleng kepada bapa mentuanya.
Biarlah dia yang dimarahi. Tetapi bukan Zehra. Zehra tidak tahu apa-apa. Jadinya, dia memang tak patut dimarahi.
Izz merenung menantunya tajam. "Berapa kali aku kena beritahu kau? Jangan manjakan dia! Bila kau terlalu manjakan dia, macam ni lah jadinya! Dah berani pijak kepala!"
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...