"Kau ada masalah ke? Daripada tadi aku tengok kau asyik termenung je." soal Eshan dengan kerutan di dahi.
Arrayyan menggeleng kepala. Tie yang terlilit dilehernya dilonggarkan. Kemudian badan disandarkan pada kerusi. "Tak ada apalah."
Eshan agak mungkin masalah rumah tangga. Selama mereka kenal, Arrayyan tak akan termenung walaupun kerja dipejabat bergunung.
"Kalau kau ada masalah dengan isteri kau, bincanglah elok-elok. Jangan ego. Kalau dua-dua jadi api, siapa yang nak jadi air? Tak tercalar pun maruah tu kalau mengalah dulu."
Arrayyan diam mendengar nasihat rakannya itu. Entahlah. Dia sendiri pun tidak tahu. Nak kata bergaduh dengan Zehra, sejak bila pula? Dia sahaja yang mengada cemburukan orang yang sudah tiada.
"Aku tak tahulah, Eshan. Kenapa aku kena cemburukan orang yang dah tak ada? Teruk betul aku ni." Arrayyan mentertawakan diri sendiri.
Sorry, Yan. Terukkan aku ni? Dengan kau pun aku nak cemburu. Tak patut betul! Wajarlah kalau dia masih cintakan kau. Sebab kau cinta pertama dia.
Kening Eshan terjungkit. "Kau cemburukan arwah Rayyan?"
Melihatkan Arrayyan diam tidak membalas itu, dia angguk kepala faham. Jadi, Arrayyan cemburukan arwah sebab Zehra masih cintakan dan belum dapat melupakan arwah?
"Kau kena bagi masa dekat dia. Tak mudah Ray nak lupakan cinta pertama. Tapi kalau kau cuba slow talk dengan dia, mungkin dia akan faham. Mungkin dia masih terkejut dengan apa yang jadi. Arwah meninggal, dan tiba-tiba dia kena kahwin dengan kau. Kalau aku dekat tempat dia, aku pun akan rasa benda yang sama. Lagi pun, kau orang masih baru lagi. Cuba kenal-kenal dulu. Borak panjang dengan dia. Tanya dia apa yang dia suka, apa yang dia tak suka." bicara Eshan panjang lebar.
Eshan tidaklah punya pengalaman, tetapi keadaan sekeliling yang menjadikan dirinya matang. Kakak dia juga dulu seperti Arrayyan. Awal-awal sahaja macam tak sehaluan, tetapi kalau cuba dan berusaha untuk perbaiki hubungan, semuanya akan baik-baik sahaja. Biasalah gaduh-gaduh manja.
"Kau faham tak apa yang aku cakapkan ni?" Arrayyan angguk-anggukkan kepala.
"Ya, faham. Nanti aku cuba."
"Jangan cuba, tapi kena buat."
Arrayyan menghela nafas perlahan. Tahu-tahu jam sudah menginjak ke angka 1.30 pagi. Punyalah lama dia lepak dengan Eshan dimamak selepas berjumpa dengan Tuan Aslan, Presiden Techno.
Mamak yang bekerja disitu pun sudah kenal Arrayyan dengan Eshan. Mereka berdua memang kerap lepak disitu. Bila stres, mamaklah tempatnya. Tak ada dah tempat lain.
"Baliklah, oi. Ane tu dah nak tutup kedai. Dah muak agaknya asyik tengok muka kita je lepak sini."
Arrayyan memandang mamak yang sedang memerhatikan mereka berdua dengan tangan mencekak pinggang. Perlahan-lahan bibir menarik sengihan janggal. Alamak, ane tu macam nak marah je.
"Sorry, ane. Jangan marah."
"Apa sorry-sorry? Pergi balik cepat!"
Langsung Arrayyan dan Eshan berlari keluar daripada kedai selepas membayar makanan mereka. Mereka tergelak apabila dimarahi.
Ane ni, garanglah!
Zehra menghela nafas berat. Antara buang, bakar atau simpan. Ketiga-tiga itu Zehra berat hati mahu lakukan. Tetapi, bagaimana dengan hati dan perasaan Arrayyan nanti?
Kenapa susah sangat dia mahu buat keputusan? Antara Rayyan dan Arrayyan. Mana yang lebih penting? Argh, serabut!
"Kalau nak simpan, simpanlah. Aku tak halang." Zehra mendongak memandang si gerangan yang mencelah.
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...