Zehra menghempaskan tubuhnya disofa. Mata dipejamkan rapat. Nafas dihela panjang. Urat-urat leher dibetulkan. Penat! Nak patah pinggang rasanya. Inilah jadinya bila awal-awal dulu tak nak buat. Know-know seminggu kemudian dah berhabuk satu rumah.
Arrayyan yang berada dipintu bahagian belakang sekadar tersenyum melihat Zehra yang kepenatan. Itulah, dah upah orang untuk bersihkan rumah, tapi tak nak. Nak juga buat sendiri. Ingat tak penat ke bersihkan rumah sebesar ni? Degil punya isteri!
"Zehra, aku pergi belakang sekejap tau!" laung Arrayyan kuat.
"Ya, pergilah!" balas Zehra tidak kurang kuatnya juga. Tak larat nak bangun, jawab sajalah.
Tanpa membuang masa, Arrayyan terus kebelakang. Zehra masih belum tahu tempat ini. Kerap juga dia datang ke sini tetapi tidaklah tinggal dirumah sini. Tekadnya, dia akan duduk dirumah ini bersama isteri. Tidak mahu tinggal seorang-seorang.
Belakang rumah, ada padang yang luas. Tempat Arrayyan selalu bermain dikala bosan. Tetapi, bosan juga kalau main seorang-seorang. Sebab itu kalau boleh dia nak tinggal di rumah ini bersama isteri. Bolehlah ajak teman.
"Alan...."
Arrayyan tersenyum memandang Alan. Kepala Alan diusap perlahan. Bagai tahu yang itu tuannya, Alan menggeselkan kepalanya ditangan Arrayyan.
"Makin manja kau eh." Arrayyan tergelak.
Alan seekor kuda berwarna putih. Kuda kesayangan Arrayyan. Waktu mula-mula dia bela Alan, Alan agak liar juga. Mungkin masih belum terbiasa dengan persekitaran yang baru. Arrayyan pula jenis yang suka jinakkan haiwan yang semula jadi liar. Sukakan cabaran. Benda yang extreme.
"Aku nak ride kau. Kau dah ready, Alan?" tanya Arrayyan pada Alan seakan-akan Alan itu seorang manusia.
Alan berbunyi kuat menjawab soalan Arrayyan.
"Ziyad, aku ambil Alan. Kau dah boleh uruskan kuda-kuda yang lain." bicara Arrayyan pada pekerjanya yang bekerja menjaga kuda-kuda disini.
"Baik, tuan!" ringkas Ziyad membalas sebelum hilang daripada pandangan Arrayyan. Banyak lagi kuda yang perlu dia uruskan. Nasib baik ada pekerja lain yang turut membantu disini.
"Let's go!"
Arrayyan bergerak pergi bersama Alan memasuki padang yang luas. Tidak dilupakan untuk bawa bersama alatan memanah. Sedar yang sudah hampir jauh, Arrayyan naik dibelakang Alan dengan berhati-hati.
Apabila sudah berada dikedudukan yang selesa, langsung Arrayyan melibas tali yang dipakaikan pada Alan. Alan berlari dengan laju. Bersungguh-sungguh Alan berlari membawa tuannya bermain.
Arrayyan mengeluarkan busur panah yang tersimpan dibelakang badannya. Matanya aim tepat pada papan panah yang terletak diluar daripada landasan sebelum busur panah itu dilepaskan.
Perkara yang sama diulang banyak kali sehinggalah habis busur panah yang dibawanya. Tidak usah diberitahu lagi. Pasti Arrayyan memanah kesemuanya tepat dibahagian yang mempunyai 10 markah. Arrayyan mula memberhentikan larian Alan.
Mereka pulang ditempat asal. Arrayyan turun daripada belakang Alan. Dia tersenyum puas. Badan Alan ditepuk-ditepuk tanda bangga. Alan tak pernah mengecewakan. Sebab itu dia sangat sayangkan Alan. Alan pun sudah dia anggap seperti jiwa dan raganya.
"You did it, Alan. I'm proud of you." Arrayyan tersenyum pada Alan. Alan berbunyi suka apabila dimanjakan oleh tuannya.
Ting tong!
Bunyi loceng ditekan membuatkan Zehra kalut menyarungkan tudung dikepala. Lantas membawa diri ke pintu utama. Waktu orang nak rehatlah, ada tetamu. Nasib baik tetamu itu pembawa rezeki.
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Acción2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...