"I miss her so much...."
Aisyah mengelus kepala Izz lembut. Matanya memandang redup Izz yang terbaring lemah dipahanya. You're strong, my husband.
"Yeah, I know. I miss her too. Tapi rindu tu bukan menjadi alasan untuk awak jadi lemah macam ni. Ini bukan suami saya. Suami saya kuat orangnya. Dia mampu hadap semua ujian yang Allah beri. And I...."
Aisyah tersenyum. Tangannya turun ke pipi dan rahang Izz pula. Dielus-elus lembut. Membuatkan Izz terbuai seketika.
"I'm his beloved wife. Penguat semangat Mr. Mafia! Kan, kan?"
Izz merenung Aisyah lama sebelum tergelak dengam telatah Aisyah yang lucu itu. Sudah 40-an tetapi perangai masih lagi budak-budak. Macam manalah tak sayang banyak-banyak! Ada sahaja kerenah yang mencuit hati.
"Thank you, sayang. Aku sayang kau banyak-banyak!" dahi Aisyah dicium lembut.
"Habis selama ni, awak sayang saya sikit je ke?"
Aisyah mula bercekak pinggang. Memandang Izz tajam. Mula dah dia....
"Tak, bukan macam tu. Aku—"
"Ah, tak ada! Selama ni awak memang sayang saya sikit je. Tak nak kawan awak!"
Kepala Izz ditolak tepi. Aisyah turun daripada katil sebelum berjalan laju keluar daripada suite. Nak bergosip dengan Luna! Sampai hati buat kita macam ni!
Benci, benci!
Hilang sahaja Aisyah daripada pandangan, Izz tergelak kecil. Tengok, tengok! Perangai macam budak-budak. Tapi tetap sayang banyak!
Aisyah hilang sekejap je tu. Paling tak pun, dia lepak dengan Luna. Tak pun, Suraya atau Laura. Dah bosan nanti, cari dia balik. Pelik, tapi comel! Ei, geram! Hahahaha!
Yang tak ada pasangan, tak apa. Stay halal, brader and sistah!
***
"Wahai budak-budak tak cukup umur! Ke sini kamu! Uncle kau yang hesmes ni nak bagi hadiah!"
Mereka yang melihat dari jauh sudah menggelengkan kepala. Jay dan Irshad. Sama-sama otak jatuh, lepas tu hilang. Tak tahu dah dekat mana otak tu.
"Beratur-beratur! Hei, kau! Curi-curi pula! Letak balik! Anak siapalah ni! Eh, anak aku lah tu."
"Tu lah kau, dah tua pun bodoh! Anak sendiri tak kenal!" kepala Jay ditunjul kuat oleh Irshad. Geram, geram!
Jay menjeling Irshad. "Hello? Excuse me?! Aku ni lama sangat pergi outstation. Bukan macam kau! Duduk rumah goyang kaki macam kau yang beranak triple!"
"Goyang-goyang kaki aku pun, ikan bilis aku sihat! Siap dapat triple lagi. Kau? Twins pun tak dapat!" balas Irshad tidak mahu kalah.
Dua-dua tu mulut je bising tapi tangan masih bergerak membahagikan hadiah pada budak-budak. Dah tua tapi still macam budak-budak. Asal jumpa je, mesti ada yang tak puas hati.
Kena lepuk dengan bini masing-masing nanti, baru tahu!
"Dapat tak dapat tu, rezeki! Belajar ke tidak?!"
"Tak payah lah jerit-jerit depan muka aku! Dah lah cakap tersembur!"
"Kau pun samalah! Dengan air liur basinya. Kantoilah kau baru bangun tidur!"
Irshad cepat-cepat mengesat air liur basi yang dikatakan Jay tadi. Tetapi apabila dikesat, langsung tiada apa-apa kesan. Baru tersedar yang Jay menipu dirinya.
YOU ARE READING
COBRA S1 & S2 ✔️
Action2021 | Short Story + Action Romance story Spin-off Dia Mr. Mafia ❝𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬 𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙖𝙡𝙞𝙫𝙚. 𝙄𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙣𝙞𝙜𝙝𝙩𝙢𝙖𝙧𝙚. 𝙄 𝙠𝙣𝙤𝙬.❞ [ Complete ] - The Beginning √ Kemunculan adik kembar Rayyan, Arrayyan membuatkan Rayyan tid...