𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS
Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Matahari mula menyinari bilik Alisha, menandakan hari sudah siang. Alisha yang tidur selepas subuh terus bergegas bangun dari katilnya.
Dia menerpa telefon pintarnya. Terdapat 15 mesej daripada Arief. 'Apa la mamat ni nak lagi? Semak la. Nasib dia sorang je kawan aku, kalau tak dah lama aku palau dia.' bisik Alisha, perlahan.
Selepas menjawab mesej- mesej Arief, dia bergegas ke bilik air untuk mandi dan seterusnya bersiap.
Seperti biasa, Alisha akan keluar breakfast bersama satu- satunya rakannya. Walaupun umurnya sudah mencecah 20 tahun, tetapi dia masih lagi setia dengan rakan karibya, Arief atau nama panggilannya, Rif.
Mereka berdua merupakan rakan sejak berada di bangku sekolah dan kini masih lagi bersama. Ramai yang menyangka mereka 'teman tapi mesra' tetapi mereka berjaya mengekalkan persahabatan mereka tanpa timbul walaupun sedikit rasa cinta. Arief bagaikan knight in a shining armour bagi Alisha.
Semasa di sekolah, Alisha sentiasa dibuli oleh rakan sekelasnya kerana dia datang dari keluarga yang susah. Namun, kehidupan mereka berubah selepas kakak Alisha, Elara berjaya menamatkan pelajaran dan seterusnya mengejar cita- citanya untuk menjadi doktor. Kehidupan mereka berubah sekelip mata. Benarlah kata pepatah 'bersusah- susah dahulu, bersenang-senang kemudian'.
Bunyi hon mematikan lamunan Alisha.
"Alisha, Rif dah sampai dekat depan tu agaknya. Jangan la buat budak tu tertunggu." Puan Lina, Ibu Alisha menerpa Alisha yang sedang asyik memilih kasut di rak kasut.
"No worries la ibu. He can wait" Alisha bergegas mengambil beg tangannya lalukeluar daripada rumah.
Kelihatan kereta Honda Accord yang berwarna hitam terparkir di hadapan rumahnya. Tingkap kereta itu terbuka dan muka poyo Arief terpapar.
"Dengan spek hitamnya. Dia ingat dia Haqiem Rusli ke? Poyo betul mamat ni", bisik Alisha dengan perlahan. Takut didengari Arief.
"Silakan princess. Kenapa cepat sangat keluar? Kenapa tak keluar esok je? Bersiap 10 jam pun camtu jugak, selekeh", kata Arief sambil menjeling Alisha.
Alisha masuk ke dalam kereta. Kerana tidak puas hati dek perangai sengkek Arief, dia segera menarik spek hitam milik Arief.
"At least aku tak over macam kau. Poyo gila pakai spek hitam. Okay apa aku pakai? Apa salahnya kalau pakai hoodie dengan seluar slack? Ada kacau kau berak ke kalau aku selekeh pun?."
Spek hitam di tangan Alisha dirampas semula oleh Arief.
"Hello, girl. Memang la tak kacau aku berak pun tapi malu la aku. If you wanna go out with me at least make an effort la. Dress up a bit", kata- kata Arief sangat pedas, menusuk ke dalam hati Alisha.
Alisha tercengang.
"Alaa main- main je pun. Don't take it serious la bro. I'm joking. Breakfast harini aku belanja", pujuk Arief lalu menghidupkan enjin keretanya.