28

233 12 0
                                    

Suasana sepi rumahnya itu membuatkan Alisha bosan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana sepi rumahnya itu membuatkan Alisha bosan. Awal pagi lagi suaminya itu telah pergi ke kafe meninggalkan dirinya bersendirian. Baru nak merajuk tetapi ada sahaja perkara yang menghalang.

Hidangan roti bakar bersama omelette dan soufflé pancakes yang kelihatan sangat gebu terletak sempurna di atas meja makan. Madu dan strawberi menghiasi hidangan pancakes itu. Now you tell me how could I be mad at him? I'm falling harder day by day!

Nota yang ditinggalkan di atas meja membuatkan Alisha ceria.

'Sorry sayang. Ada kerja sikit. Enjoy your
'homemade-by-your-husband' breakfast. Hope you'll love me more after you eat your breakfast. Te quiero con todo mi corazón.'

Ayat terakhir yang kelihatan asing itu menarik perhatian Alisha. Dia mula berteka- teki dengan maksud ayat itu. Tanpa membuang masa, dia mencapai telefon pintarnya dan membuka aplikasi google. Dia menaip ayat itu dan menekan butang search.

'I love you with all of my heart.'

Telefonnya diletakkan di dadanya. Makin berbunga- bunga hati Alisha. Pipinya terasa hangat. Membahang pipinya ini. Blushing!

Sebaik sahaja menghabiskan sarapannya, dia mengemas makanan itu. Pinggan dibasuh ssn meja dilap.

Dirinya terasa kosong. Pergi ke kiri, bosan. Ke kanan pun bosan. Haish!

Dia duduk di atas sofa. Remote tv dicapai lalu ikon netflix ditekan. Dia mencari- cari movie yang best di Netflix tetapi hampa. Semuanya dah marathon bersama suaminya.

Dia bangun semula. Perutnya terasa sakit.

"Aduh! Baby jangan buat mama gini. Ingatkan baby aktif malam ajer. Saja kan nak ganggu mama rehat." Dia mengusap perlahan perutnya.

Tengah tendang ke tengah twerk baby ni? Kemain ganas.

Dia memandang tangga rumahnya. Ting! Idea sampai! Rasa sakitnya tadi terus hilang. Rupanya baby nak naik atas ye. Okay mama faham.

Kakinya mendaki anak tangga dan menuju terus ke mini office Arief. Pintu dibuka dan dia melangkah masuk.

Dia memerhati ruangan itu. Sungguh selesa dan tenang. Baunya juga harum, bau vanilla. Dia menangkap suatu alat pewangi yang berada di atas almari buku Arief.

Patutlah wangi.

Dia kembali memerhati ruangan itu semula. Satu kotak berwarna putih terserlah di ruangan bilik itu. Setahunya, sebelum ini kotak itu tiada pun. Bukan sahaja di bilik ini, tetapi di mana- mana juga. Entah apa yang disimpan di dalam kotak itu.

Nak tahu? Jom kita tengok!

Tanpa melengahkan masa, dia membuka penutup kotak itu.

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now