𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS
Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
*FLASHBACK
"Nah." Arief menghulurkan coklat Hacks perisa anggur kepada Alisha yang dari tadi sedang asyik melihat permandangan di luar tingkap. Sapaan suara Arief menghentikan lamunannya.
"Huh coklat Hacks? Macam tau- tau je aku tengah sakit tekak." Senyuman lebar dilemparkan kepada jejaka di hadapannya itu.
Huluran coklat Hacks itu diambil tanpa segan silu.
"Bismillah" Tangannya membuka plastik yang membaluti coklat Hacks sebelum coklat itu mengisi mulutnya.
"Nak kau." Bisik Arief perlahan. Entah Alisha dengar atau tidak.
"Apa? Pulau?" Alisha mengerutkan pelipis dahinya. Matanya melihat Arief pelik.
"Tak ada apa la." Arief berlalu pergi meninggalkannya. Kepalanya masih ligat mengimbas semula kata- kata Arief.
"Pulau? Surau? Apa eh Arief cakap tadi?" Dia bercakap sendiri sebelum Fakhrul menyampuk.
"Dia nak kau. Pekak lah kau ni. Aku yang duduk jauh pun boleh dengar." Fakhrul menggeleng kepalanya. Alisha ini tidak dengar atau buat- buat tidak dengar. Kasihan rakan karibnya. Alisha tidak pernah melihat Arief lebih daripada sahabat. Dirinya juga terkesan apabila melihat Arief semakin hari semakin monyok.
Bila disuruh mencari pengganti lain, mulalah 1001 alasan. Kononnya, Alisha itu wanita terbaik untuknya. Hanya Alisha mampu memiliki hatinya. Dalam tidak sedar, dirinya terseksa. Tindakan memakan diri sendiri.
"Sibuk je kau ni. Dia cakap pulau lah. Aku dengar tadi."
"Arief tu tak bangang lagi lah. Kau tu yang bangang. Telinga rosak. Otak lag." Puas dirinya apabila dapat melepaskan geram terhadap wanita yang tidak habis menyakiti sahabatnya . Geram. Kalau orang lain tu, dah jelas nampak bahawa Arief itu sukakan dia tetapi Alisha ini terlalu buta. Nak sahaja Fakhrul mengorek biji matanya lalu dibasuh dan digosok menggunakan dawai besi. Mana tahu dah berkarat matanya itu. Kerana itu dia tidak melihat segala usaha Arief dalam memikat hatinya.
"Eh kau ni. Aku baling kotak pensel ni kang, apa pun tak dapat." Tangan Alisha dinaikkan ala- ala ingin membaling kotak penselnya tetapi Fakhrul sedikit pun tidak berganjak. Tangannya kembali seperti biasa. Matanya sengaja dijulingkan.
"By the way kau tau tak maksud Hacks?" Semakin orang tak ada mood, semakin dia cucuk. Pertanyaan Fakhrul dibiarkan sahaja. Dirinya malas melayan karenah Fakhrul yang menyakitkan hati itu.
Tetapi apa maksud Hacks? Alah tak penting pun. Bukan masuk exam pun. Buat serabut otak sahaja.
"Maksudnya, Hanya Aku Cinta Kau Seorang." Membuntang mata Alisha apabila mendengar bait- bait kata yang dilontarkan oleh Fakhrul.
Dia cuba menenangkan diri. Tidak mungkin Arief menyimpan perasaan terhadapnya. Dia sendiri tahu bahawa Alisha suka akan Ammar bukan dirinya.
Otaknya ligat berfikir. Kan dah cakap makin serabut otak sahaja apabila dapat tahu maksud coklat Hacks. Benarkah Arief sukakan dia? Ataupun ianya hanya mainan perasaan sahaja.
Dia melihat semula Fakhrul yang berada di hadapannya.
"Kau jangan merepek."
"Ikut kau la senah. Otak kau ni memang ralat lah. Susah berfikir." Pedas sahaja kata- kata Fakhrul tetapi tidak dapat menembus hati sekeras batu seperti Alisha ini.
Dia berlalu pergi untuk mendapatkan sahabatnya itu. Mana tahu patah hati sampai terperap dalam tandas. Dia pun mahu join jugak.
Alisha hanya melihat kelibat Fakhrul yang keluar daripada kelas. Kata- kata Fakhrul tadi masih bermain di dalam fikirannya.
Tidak! Tidak mungkin Arief sukakan aku.
Dia cuba menepis segala bukti dan kata- kata yang mengatakan bahawa Arief sukakan dia. Dia tahu Arief memberi layanan itu kepadanya kerana dia rakan karibnya. Tidak lebih pada itu. Fikir positif. Jangan terlalu berharap. Nanti ada hati yang akan sakit.