𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS
Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Eh Arief. Nak pergi mana?" Alisha menyoal Arief yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
Arief yang berpakaian t shirt Polo putih dan mengenakan seluar slack hitamnya melangkah ke dapur, mencari tuan empunya suara itu.
"Nak pergi cafe jap" Arief mengambil tempat di sebelah isterinya yang sedang menyenduk nasi goreng. Tangannya segera mencapai pinggan berisi nasi goreng itu daripada isterinya.
"Tapi kan saya dah masak" Alisha mencebik. Dah masak pun nak makan dekat luar ke? Ke nak jumpa scandal ni? Ha dah mula dah overthinking
"Bukan nak makan. Nak settle business jap." Matanya hanya tertumpu kepada nasi goreng Alisha. Ini kali pertama dia dapat merasai air tangan Alisha. Tak sangka pula sesedap ini.
"Nak ikut boleh?" Alisha segera melakar senyuman manis untuk memancing Arief. Siapa je boleh tolak permintaanya kalau dia senyum manis begini. Not even Ammar can say no.
"Boleh sangat. Boleh la abang show off isteri baru dekat staff saya nanti"
Alisha hanya membiarkan Arief begitu sahaja. Malas hendak layan conversation bodoh Arief. Semakin layan, semakin menjadi- jadi.
Tapi terkadang perasaan serba salah menghantuinya. Perlukah dia membalas cinta Arief? Mampukah dia? Layakkah dia memiliki Arief?
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Amboi lawanya. Isteri siapa ni?" puji Arief. Tangannya meliar di pinggang Alisha yang baru sahaja turun dari tangga.
"Dulu cakap selekeh la apa la", mata Alisha menjeling ke arah Arief yang berada di sebelahnya.
"Dulu selekeh sebab kita kawan. Sekarang bila sayang dah jadi isteri abang baru cantik. Macam princess", puji Arief melambung - lambung . Macam ada udang di sebalik pujian Arief .
"Ye ye je awak ni. Eh mana spek hitam awak?", Alisha mula pelik dengan perangai suaminya. Dulu bukan main beria pakai spek hitam.
"Taknak la. My princess tak suka bila abang pakai spek hitam", Jari Arief mencuit hidung mancung isterinya lalu mengenyit mata ke arah isterinya sebelum keluar daripada rumah, meninggalkan Alisha yang masih lagi terkebil- kebil.