𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS
Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Okay dengar ni Rif. Masa perkahwinan nanti, kau swap tempat dengan abang kau. Means that kau lari daripada wedding kita ", jelas Alisha.
Arief meraup kasar mukanya. Ayat yang keluar dari mulut Alisha ternyata sangatlah bodoh. Apa yang perempuan ni fikirkan?
"Apa?!! Aku agak dah. Mesti plan bodoh kau lagi. Kali ni kita give up je la. Go on je dengan apa yang parents kita nak", balas Arief. Mengalah dengan keputusan ibu bapa mereka berdua.
"Senang la kau cakap. Aku tak boleh terima semua ni. Aku tak cintakan kau. Aku cintakan Ammar", bantah Alisha keras.
"Ha dah kalau cinta sangat, sayang sangat mamat tu kau bagitau la parents kita berdua. Aku nak tengok sendiri diorang nak cakap apa", penat Arief melayan Alisha. Cakap macam orang bodoh.
"Ammar dah ada calon. Mama aku rancang nak kahwinkan dia lepas kita kahwin. Maybe seminggu or sebulan selepas kita kahwin", ya Arief tidak boleh menyembunyikan lagi hal yang sebenar. Rahsia yang selama ini disimpan rapi di dalam hatinya.
Bukan salahnya juga. Abang dia sendiri yang meminta dia untuk merahsiakan perkara tersebut. Kononnya, nak suprise atuk dan neneknya. Tetapi sedar tak sedar sekali dengan Alisha pun kena suprise.
Mau terbeliak biji mata Alisha apabila mendengar khabar itu.
Alisha tidak berkata. Tiada apa yang dapat diungkapkan. Adakah benar apa yang disampaikan oleh Arief. Tak mungkin! Ammar bukan lelaki begitu.
Setahu dirinya Ammar seorang yang introvert. Takkan lah senyap- senyap dia dah ada girlfriend? Ini semua salah dirinya. Dia menyesal. Mungkin kalau dia berani untuk meluahkan perasaannya kepada Ammar, mungkin dia masih lagi ada peluang bersama lelaki yang dicintainya.
Alisha buntu. Kepalanya sakit. Hatinya juga sakit. Perasaannya seperi dikhianati. Sanggup Arief merahsiakan perkara ini daripada dia?
Terlalu lambat untuk menyesal.
"Hey, look at me. Do you really want to spend the rest of your life with someone who doesn't love you?", Arief berharap soalan itu dapat menenangkan Alisha.
"Then, do you love me?! Besides love can grow after we wed. There's no problem with that", jawab Alisha.
Kata- kata Arief menyemarakkan lagi api di dalam hati Alisha.
"Do you want spend your life with someone who despise you? You just ruined his life by seperating him and his loved one. Do you think he'll go easy on you?", lawan Arief. Mukanya mula merah apabila Alisha masih lagi degil.
"I guess no"
"Alisha, being happy is a choice and I want you to happy. Aku boleh bahagiakan kau. Aku janji", nada suaranya mula menurun, memujuk hati Alisha.
Mata Alisha sudah berkaca. Dia tidak mampu lagi menahan betapa peritnya kesakitan yang dia alami sekarang ini. Menyesal? Terlalu lambat.
"Fine. Kau sure kita akan bahagia?"
"Ya Alisha. Aku janji aku takkan sakitkan hati kau"