"Alisha."
Lembut sahaja suara itu memanggil dirinya. Tangannya yang tadi sedang sibuk menyalin semula nota kimia terhenti. Matanya tertumpu pada jejaka yang bergelar rakan di hadapannya itu.
"Yes, bro. Can I help you?" Tenang sahaja dia membahasakan 'bro' kepada rakan karibnya itu.
Mestilah bro takkan sis pulak kan?
"Kau tau tak lagi kau duduk group mana? Dengar kata cikgu dah kelaskan group baru berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun. Jadi group sebelum ni dibubarkan." Jelas Arief.
Diri Arief terasa bahagia. Kali ini dia akan pastikan dirinya berada dalam kumpulan yang sama dengan pemilik hatinya itu, Alisha.
Dia sengaja tidak menjawab banyak soalan dan mendapat markah yang teruk untuk berada di kumpulan sederhana, bersama Alisha.
Kumpulan B menjadi sasarannya.
"Ooh... Aku group A. Ada la improvement sikit. Sebelum ni kan aku kumpulan B. Group sederhana aje." Arief seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Senyuman yang terukir sempurna di bibirnya mati sekelip mata.
Dahinya dikerutkan.
"Ooh ye ke aku ingatkan kau kumpulan B"
"Uish aku kena la masuk kumpulan A. Kan Ammar akan guide dan jadi mentor untuk semua students dalam kumpulan A. So aku boleh la spend time dengan dia"
"Aku macam mana?"
"Kau duduk la dengan siapa- siapa je. Bersosial la sikit." Alisha menjeling ke arah Arief . Dia pelik dengan Arief ini.
Dia sendiri tidak layak untuk masuk ke dalam kumpulan A. Mengapa beria?
Selalunya pelajar- pelajar tidak suka diharapkan dengan harapan yang setinggi Gunung Everest. Katanya, takut stress. Tambah- tambah lelaki. Arief ini lain pula. Beria sungguh ingin menyertai kumpulan A.
Arief hanya terdiam mendengar respon Alisha.
"Dahla jangan kacau aku dengan muka kesian kau tu. Kau pergi la mintak tukar dekat cikgu. Mana tahu cikgu lembut hati tengok muka kau ni." Alisha menggoyang- goyangkan tangannya sedikit untuk memberi signal supaya Arief tidak mengganggunya lagi.
Arief berlalu pergi meninggalkan Alisha. Kakinya menuju ke tempat duduknya semula. Dia mula mencapai sehelai kertas berwarna biru di dalam buku notanya.
Pen hitam berjenama Pilot diambil lalu dia menulis sesuatu pada kertas itu.
'Kerana cinta manusia berbatas tapi bukan cintaku padamu wahai Alisha Ilaira binti Hayyan Rahmat.'
Kemudian, kertas itu dilipat menjadi sebuah origami berbentuk hati. Origami itu disimpan di dalam beg khas yang menempatkan semua origaminya yang lain.
Dia mengurut pelipis dahinya. Air matanya yang dari tadi seakan mampu memecahkan bentengnya itu , cepat - cepat ditahan. Dia menutup lama matanya itu.
Kalau kau nak nangis, nangis dekat rumah. Bukan dekat sini, Arief.
Sungguh sakitnya hati ini mendengar bait- bait yang keluar daripada mulut pemilik hatinya sendiri .
Misinya gagal.
Benarlah, takdir mencemburui mereka berdua. Ada sahaja halangan di sebalik rasa cintanya.
Jika aku bukan jalanmu,
Ku berhenti mengharapkanmu.
Jika aku memang tercipta untukmu,
Ku kan memilikimu.
Jodoh pasti bertemu.Satu rangkap lirik bermain di fikirannya. Lirik itu kedengaran biasa di telinga manusia lain, tetapi bukan di telinganya. Dia menghayati setiap bait- bait lirik itu dengan penuh jiwa.
Sampai bila lagi aku perlu pendam perasaan aku? Sampai Alisha dan Ammar berkahwin? Atau sampai aku mati?
Hati kecilnya kian lemah saat terus disakiti oleh gadis idamannya itu. Jika benar Alisha bukan miliknya, mengapa Allah tidak pernah meluluhkan hati ini untuk berhenti mencintai Alisha?
Wahai sang hati,
bertabahlah.
Kuatlah wahai sang hati.
Walaupun ketika mereka mengeluarkan kata- kata yang membuatkan kau terluka.
Bersabarlah.
Sesungguhnya kebahagiaan menanti kita.
YOU ARE READING
MY ALISHA ILAIRA | C
Romance𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓐'𝓼 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 || A MAN WITH HIS WORDS Indahnya apabila takdir sentiasa mengikut perancangan. Lalai dengan apa yang dimiliki sehingga alpa mempersiapkan diri untuk masa hadapan yang lebih mencabar. Hidup mereka berubah sekelip mata sa...