14

211 17 0
                                    

"Cantik tak Arief? Ke nampak gemuk?" Alisha memusingkan badannya untuk memberikan imej yang maksimum kepada Arief supaya suaminya itu dapat melihatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cantik tak Arief? Ke nampak gemuk?" Alisha memusingkan badannya untuk memberikan imej yang maksimum kepada Arief supaya suaminya itu dapat melihatnya.

(Macam ayat student biologi je. Nasib korang la readers dapat author ambik aliran sains tulen)

Tetapi hampeh! Arief tak pandang dia langsung.

"Ha ja cantik aje." Jawab pun endah- tak endah.

Panasnya hati!! Macam nak keluar sahaja asap daripada telinga Alisha. Chut chuuut! Macam bunyi kereta apa dah.

Geram dengan perangai hampeh suaminya itu, dia bangun dari kerusi meja solek lalu melangkah ke arah suaminya.

"Tak tengok pun boleh komen ke?" Alisha mencekakkan pinggangnya ala- ala mak gitcheww! Kena la ada vibes ibu- ibu. Nanti kan nak jadi ibu hehehe. Soon readers soon!

Arief mendongak. Telefon yang ada di tangannya tadi, diletakkan di tepi.

"My Alisha Ilaira always look good in everything. Pakai baldi atas kepala pun still cantik sayang." Dia menarik lembut tangan Alisha untuk duduk di atas ribanya.

"Dah buat salah lepastu nak bodek. Bukan nak mintak maaf. I was expecting a sorry." Alisha menyilangkan tangan dan memuncungkan bibirnya. Merajuk dengan Arief!

"I'm sorry sayang. Sweetie pie Arief Rayyan." Dia mengusap lembut rambut Alisha.

Alisha masih lagi memandang ke hadapan. Masih lagi tidak boleh menerima pujukan suaminya.

Macam itu sahaja mintak maaf?

"Okay la. Kalau awak merajuk jugak, saya tak nak peluk awak malam ni. Awak suruh la mister pocong hug awak."

Apa lagi? Alisha pun mencubit lengan Arief yang dililit rapi di pinggangnya. Kan dah mendapat.

"Sengaja kan dia tu. Sudah la. Dahla suka bagi orang merajuk tapi tak pandai pujuk. Kata baca novel cinta konon." Alisha melepaskan diri daripada pelukan Arief.

Tibe je bagi alasan baca novel Melayu sebab nak jadi suami yang sweet tapi heh hampeh!!! Bukan sweet tapi masam! Asyik nak mengusik sahaja.

"Abang tak mampu la nak pujuk macam hero dalam novel. Abang tak ada banyak duit. Abang bukan mafia. Tapi tak apa sayang, esok awak get ready. Abang nak bawa awak pergi tempat special. Abang baru aje booking tadi." Arief menangkap Alisha ke dalam pelukannya semula. Dagunya sengaja direhatkan di atas bahu Alisha.

"Now get ready for our family gathering at ibu and abah's place." Arief membisik ke telinga Alisha.

Alisha melentokkan sedikit kepalanya. Geli! But in good way.

"Kak Elara!!!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kak Elara!!!!"

Alisha terus menerpa kakak kesayangannya sebaik sahaja dia melihat kelibat kakaknya. Eh dia ada kakak selain Elara kah? Tidak. Nak taknak kena la jugak sayang kakak dia seorang ini.

"Alisha!!" Mereka berdua saling berpelukan.

Alisha yang sedikit tinggi daripada Elara merehatkan dagunya di atas bahu kakaknya itu. For you information adik lagi tinggi daripada kakak. Fakta ye. Bukan auta.

"Amboi Alisha. Terpa kakak dulu bukan nak salam ibu abah dulu." Teguran Encik Rahmat meleraikan pelukan mereka berdua.

"Rindu la dekat kakak. Time majlis kahwin pun bukan kakak ada. Saja la nak melepaskan rindu." Jelas Alisha sambil tersengih malu. Seronok dan puas kerana akhirnya dapat juga melepaskan rindu kepada kakaknya.

"Dah. Jom masuk. Jangan tercegat dekat depan pintu ni. Panas." Puan Lina mengajak mereka berempat untuk masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu.

Rumah ini lah tempat dia membesar. Jujur, dia rindu dengan suasana rumah ini sebelum dia berkahwin. Dia rindu ingin bergelak tawa di ruang tamu bersama keluarganya. Tetapi hidup perlu diteruskan.

Dia bukan dirinya yang lalu. Hidupnya berubah apabila dia mengahwini Arief. Dia bukanlah seorang bujang yang tidak mempunyai tanggungjawab lagi, dia ialah seorang isteri yang mempunyai tanggungjawab untuk memelihara institusi keluarganya.

Mereka bergerak ke dalam. Bahagian ruang tamu menyapa mereka. Mereka semua mengambil tempat di atas sofa.

"Macam mana dengan persiapan majlis Kak Elara ?" Arief memulakan bicara.

Elara tersenyum apabila teringatkan hari bahagianya yang bakal berlangsung tak lama lagi.

"Semua dah siap. Keluarga sana tolong siapkan semuanya. Nak tolong pun semua benda dah siap." Jelas Elara. Dia beruntung dapat keluarga mertua yang sangat sporting dan memahaminya. Bagaikan bulan jatuh ke riba.

"Bukan nak suruh Alisha buat. Teringin juga nak prepare majlis kahwin orang." Alisha memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati. Dia juga tidak berkesempatan untuk menguruskan sendiri majlis nikahnya. Ini semua kerana keluarga mereka berdua yang sibuk menguruskan segala- galanya.

Terdetik rasa syukur dalam diri Alisha kerana dia juga dikurniakan mertua yang menganggap dia seperti anak mereka sendiri.

"Awak tu tak perlu sibuk. Fokus family awak tu. Ni dah 5 bulan kahwin. Bila kakak boleh merasa dukung baby ni?" Elara sengaja mengusik dua pasangan sejoli ini.

Mereka berdua saling berpandangan. Lidah mereka kelu.

"Itu la ibu pun teringin nak dengar suara budak dalam rumah ni." Puan Lina sengaja mengangkat keningnya berkali- kali. Dia tahu mereka berdua memerlukan masa. Take it slowly. Tapi jangan slow sangat.

"Biarkan je la mereka spend time berdua dulu. Kalau teringin sangat nak dengan suara baby, nanti saya bawa awak pergi taska." Encik Hakim yang diam sejak tadi mula bersuara.

Semua yang ada tergelak sakan. Puan Lina pula segera mencapai air teh yang ada pada meja kopi lalu diminum secara perlahan- lahan. Nak gurau sikit pun tak boleh.

"Bila due date Athia? Haritu akak ada nampak dia checkup dekat hospital." Elara sengaja mengubah topik. Dia tidak mahu ibunya malu dek dibahan abahnya.

Walaupun itu perkara biasa kerana mereka saling membahan antara satu sama lain, tetapi dia kasihan akan ibunya. Cukuplah abahnya membahan ibunya kerana tersalah beli barang minggu lepas.

Minggu lepas, abahnya pesan kepada ibunya untuk membeli penyapu untuk menggantikan penyapu sampai yang telah patah. Tetapi lain pula yang ibunya beli.Puan Lina membeli penyapu roti.

Dalam situasi ini kedua- dua pihak salah. Abahnya tidak menerangkan penyapu itu untuk apa. Dan ibunya pula tidak bertanya. Ini menunjukkan bahawa komunikasi sangat penting dalam hubungan kerana akan menimbulkan ketidaksefahaman.

"Kamu dapat posting dekat mana- mana sekolah tak?" Encik Rahmat bertanya. Sudah lama agaknya anak perempuan keduanya ini menunggu peluang pekerjaan. Salah anak dia juga kerana memilih universiti yang open market. Sekarang rasailah akibatnya .

"Belum lagi." Nada Alisha menurun.

"Kamu kerja saja la dekat kafe Arief kan senang." Puan Lina mencadangkan penyelesaian terhadap masalah Alisha.

Benar sekali, Alisha boleh sahaja menolong suaminya di kafe. Cuma mahu dengan tak mahu sahaja la.

"Boleh je." Arief mengangguk perlahan. Lagi la dia seronok. Boleh dapat jumpa isterinya 24 jam.

Alisha tersenyum. Dalam fikirannya pada ketika itu hanyalah Zahra. Dia syak wasangka dengan perangai si Zahra itu.

Selepas ini boleh la dia pantau Zahra. Dia ingin tahu mengapa Zahra kelihatan seperti membencinya. Kalau betul Zahra memendam perasaan terhadap suaminya, dia boleh show off kebahagiaan mereka berdua di depan Zahra. Biar berdarah biji mata perempuan itu!

MY ALISHA ILAIRA | CWhere stories live. Discover now